Bab 8

406 46 10
                                    

‘Sapu di bahagian yang melecur.’

Ara mengeluh setiap kali dia membaca arahan di tiub krim itu. Sejak lima minit yang lepas, dia setia berdiri di depan bilik air. Tidak pasti apa yang perlu dia lakukan saat Lutfan keluar dari situ.

Berdiri menghalang seperti hero korea, teh panas yang dilempar tadi mengenai belakang badan Lutfan. Ara segera membawanya ke dalam tandas walaupun Lutfan sikit pun tidak mengerang kesakitan. 

Ara menolak Lutfan berdiri di bawah shower untuk menyejukkan tempat yang cedera. Tidak selesa dipandang oleh Lutfan, dia pergi mencari ubat sebagai alasan untuk beredar dari situ. Sekarang ubat sudah di tangan, dia tidak mempunyai pilihan lain selain berdepan dengan Lutfan kerana pertolongannya pasti diperlukan untuk meletakkan ubat di belakang badan.

Letak dan terus lari.

Itu perancangan Ara supaya tiada soalan yang terbit daripada mulut Lutfan. Apa je jawapan yang dapat diberikan sebagai alasan ayah kandungnya cuba menyimbah air panas ke muka anak sendiri.

Kaki Ara berundur setapak bila pintu bilik air dibuka. Tangannya menyuakan tiub berwarna biru itu. “Nah. Sapu dekat luka.”

Kedua-dua tangan Lutfan memegang sisi pintu. Air mengalir turun dari seluar yang masih di pakai. Tidak seperti nasib bajunya yang sudah menyembah lantai. Mata Ara memandang ruang di tengah dahi Lutfan.

“Luka dekat belakang,” balas Lutfan tidak mengambil ubat tersebut sebaliknya dia berpaling. “Tolong sapukan.”

Bertenang Ara. Ini bukan kali pertama dia berada di dalam situasi sebegini. Anggap saja Lutfan seperti pesakit lain di hospital. Dia bukan lelaki tetapi hanya pesakit. 

Penutup di pulas, krim putih keluar perlahan-lahan apabila tiub dipicit. Bergegar tangannya untuk sampai ke kulit yang sudah berwarna merah.

“Tahan sikit,” suruh Ara sebelum jarinya lembut meratakan krim. “Kalau sakit sangat, cakap tau,” tambah Ara lagi kerana Lutfan tidak bersuara sebaliknya dia ketawa kecil. “Tak payah nak berlagak kuat.”

Lutfan terus berpusing. Mata Ara di sapa dengan perut rata Lutfan sebelum dia mengerling ke atas. “Tak…tak siap lagi. Pusing la.”

Ara memberikan isyarat dengan tangan kerana badan Lutfan tidak berbaju untuk disentuh. Lutfan tidak mendengar sebaliknya memberikan pandangan yang sama seperti awal tadi.

Kalau dari tadi Ara tidak mahu membincangkan hal yang terjadi, apa bezanya sekarang ini? Penutup krim ditutup sebelum dihulurkan. Lutfan mengambil tanpa soal.

“Sapu sendiri.” Ara berpusing untuk beredar tetapi tangannya terasa pedih apabila dicengkam oleh Lutfan. “Owh..pedih..pedih.”

Lutfan menarik lengan bajunya ke atas. Terdapat kesan melecur di tengah lengan kanan. Lepuh yang berair sudah pecah dan kulitnya tersiat sehingga daging merah kelihatan. Berbanding lukanya, Ara lebih takut melihat mata Lutfan yang merenung ke arahnya.

“Tak ada pape. Sikit je ni.” Ara menghalang lukanya dengan tangan. “Lecur kau lagi teruk.” Dia cuba menarik tangannya tapi tidak berjaya. “Sakitlah Lut. Pedih ni.”

Ara merayu apabila air menyentuh lukanya. Cengkaman Lutfan masih erat. “Mana lagi yang kena?”

“Sini…sini je kot.” Ara tidak pasti kerana luka ini pun dia tidak perasan sampai disentuh oleh Lutfan. “Sikit je la. Aku okay.”

Tangannya dilepaskan. Ara berpaling untuk segera beredar dari sana tetapi pinggangnya pula dirangkul daripada belakang. Dada Lutfan berlanggar dengan badannya.

“Wei, apa ni Lutfan? Lepaslah.” Ara menolak tangan Lutfan tetapi tergelincir. Seluruh tubuhnya sudah basah termasuk bahagian kepala. “Habis basah baju aku.”

Misi 7 BulanWhere stories live. Discover now