Bab 4

447 32 16
                                    

Ini rumah atau istana? Berdiri megah di hadapan Ara sebuah rumah yang mempunyai pagar yang jauh lebih tinggi darinya. Sehingga sakit leher kerana mendongak mencari penghujungnya. 

Kertas yang di print dari tempat kerja di baca sekali lagi. Alamat yang tertulis sama dengan apa yang tertera di plat berwarna putih hitam ini. Sah ini rumah Lutfan. Buat seketika dia terlupa bahawa Lutfan merupakan anak orang kaya sejak dari dulu.

Sebab itu, kertas perjanjian mereka semasa kecil tidak berharga di mata Lutfan. Siap diramas dan dicampak seperti tiada nilai. Diri sendiri yang bodoh kerana mengharapkan orang yang tidak sama darjat.

Tapi kehadiran hari ini bukan untuk menuntut janji tapi lebih kepada ingin menunaikan janjinya pada Lutfan dan juga Kila. Memandangkan Lutfan tidak berniat untuk memperisterikannya, Ara ingin melangsaikan hutang mereka semasa kecil. Dia ingin hubungan mereka berakhir tanpa ada sebarang pekara yang boleh dituntut kelak. Biar ia menjadi perpisahan yang terakhir buat mereka.

Mengingatkan diri supaya bertenang, nafas dihembus berulang kali sampai kepalanya terasa berpusing. Jari telunjuk berada di tengah butang loceng tapi tidak menekannya lagi. Tujuan sudah ada tapi ayat untuk menyatakan tujuan tersebut masih tidak bersusun. Bagaimana kalau dia tersilap cakap atau Lutfan tidak memahami apa yang cuba dia sampaikan?

Mungkin lebihan masa diperlukan supaya segalanya berjalan lancar. Itu yang terbaik, tidak perlu tergesa-gesa. Kakinya sudah melangkah pergi tapi hatinya tidak membenarkan.

Sampai bila dia harus melarikan diri dari menghadap realiti? Sekarang atau kemudian, keputusan Lutfan tetap sama. Samada dia berani ataupun tidak untuk menghadapinya. Lagipun, dia hanya datang untuk menawarkan bantuan. Tidak lebih dari itu.

Tapi macam mana kalau Lutfan enggan menerima pertolongannya? Adakah dia perlu berhutang budi selama dia hidup? Atau itu satu alasan untuk sentiasa dekat dengan Lutfan? Tak mungkin sebab cinta dia terhadap Lutfan tidak sedalam itu.

Malas hendak memikir akibat yang akan jadi, Ara berserah segalanya pada takdir. Jika ini jalan yang benar, pintu pagar ini akan terbuka sendiri tanpa dia menekan loceng. Bukan mencabar tapi dia sudah ketandusan idea.

Seminit, dua minit, pagar masih tidak bergerak. Jawapan yang dicari sudah diberi dengan jelas. Tiba masanya untuk dia mengundurkan diri. Kakinya mengundur setapak demi setapak dengan senyuman hampa di bibir. Dia berharap dapat melihat Lutfan buat kali terakhir tapi ternyata ini bukan jalan hidupnya.

Merasakan sudah agak jauh dari pagar, Ara berpaling dan bersedia untuk menjalani kehidupan yang masih sama. Yang berbeza hanyalah kehilangan nama Lutfan di dalam hatinya dan juga dalam setiap doa yang dipanjatkan supaya mereka dapat disatukan kelak.

Seperti ada orang yang menolak dari belakang, Ara melangkah tanpa rela. Perlahan tapi yakin dia tidak akan berpatah balik sebelum bunyi pagar terbuka di belakang.

“Hello. This is a right place.”

*******************

“Adik. Where are you?”

Perempuan berketurunan Filipina masih tidak berputus asa mencari kelibat Ara yang sedang menyorok. Disalah sangka sebagai pengganti pelayan kerana pakaiannya yang tidak seperti tetamu lain. 

Dijemput dari pagar lalu ditarik sehingga masuk melalui pintu belakang. Berulang kali Ara cuba untuk menerangkan tapi mereka mengalami masalah komunikasi. Melarikan diri adalah jalan terakhir.

Keluarga Lutfan sedang mengadakan majlis sambutan, dari pagi orang gaji mereka menanti kedatangan pembantu untuk melancarkan perjalanan majlis malam ini. Belum sempat memperkenalkan diri, apron dan uniform sudah diberi dan beberapa tugasan diberitahu.

Misi 7 BulanWhere stories live. Discover now