Bab 21

481 42 12
                                    

Ara merasakan tugasan untuk membuka mata sangatlah payah buatnya ketika ini. Tak pasti samada terlalu penat ataupun keadaan bilik yang sejuk dan selesa membuatkan dia tidak mahu bangun. 

Selimut tebal menghalang rasa sejuk penghawa dingin tapi tidak jugak membuatkan dia rasa panas. Keadaan bilik yang malap juga memberatkan kelopak matanya.

“Wah ada orang main api.” Suara teruja Lutfan kedengaran. Ara memaksa dirinya untuk bangkit melihat Lutfan yang sedang melekat di tingkap bilik. 

Lutfan membawa keluar telefonnya dan cuba pelbagai sudut untuk merakam. Tak sampai beberapa minit kedengaran Lutfan mengeluh. Mungkin tidak dapat apa yang dia mahukan. 

Lucu dan kasihan melihat kesungguhan Lutfan membuatkan Ara bersuara.

“Pergilah turun.” Lutfan terus berpaling. Telefonnya disorokkan di belakang badan. “Tak nampak kalau dari atas.” 

“Nam..nampak je.” Lutfan beralih ke katil. “Kau okay tak? Nak air?”

Ara menolak kerana tekaknya masih mual. Matanya melihat jam di dinding yang sudah masuk pukul lapan malam. Lama juga dia tertidur. Beralih dari jam, dia ternampak pula si suami duduk menggosok perut dari tadi. Ara terus bertanya.

“Kau dah makan?” 

“Belum. Tunggu kau bangun dulu.” Lutfan bermain dengan hujung rambut Ara. 

“Pergi je la kalau kau lapar. Aku tak pergi mana-mana pun.” Lutfan beralih ke belakang Ara. Rambut Ara ditolak ke tepi untuk dagunya berehat di bahu.

“Tak boleh.”

“Sebab apa?”

“Sebab Zarif telefon tadi. Nama aku dah enclosed,” beritahu Lutfan dengan selamba.

“Ah? Habis tu macam mana?” 

“Jangan terkejut sangat nanti pengsan lagi.” Ara menyiku perut Lutfan. “Okay. Gurau je. Tapi betul, kau tak perlu risau. Aku tak setuju so should be no problem tapi sebagai langkah keselamatan, aku nak kau stick dengan aku. Faham?”

Jika kedudukan mereka perlu dirahsiakan selama seminggu sebelum misi bermula, ini bermakna musuh mereka orang yang berbahaya. Selalu mereka berkerja dalam kumpulan tapi kali ini Lutfan hanya seorang diri. Macam mana Ara tak perlu risau tentang keselamatan Lutfan?

“Faham tak ni?” soal Lutfan sekali lagi apabila Ara mengelamun.

“Faham tapi…”

“Tapi apa?” Dagunya diganti dengan pipi pula. Matanya besar memandang Ara.

Stick macam mana tu? Takkan aku pergi tandas pun kau nak ikut.”

Why not. Selain boleh menjamin keselamatan. Kita boleh jimat air dekat hotel ni.” Tangan Lutfan mula membuka butang baju Ara sebelum dihalang.

“Kata nak pergi makan.” Ara menarik bajunya dari tangan Lutfan. “Jom.”

Dia tergesa-gesa bangun tetapi Lutfan menariknya untuk duduk semula. Plastik hitam di tepi katil diambil lalu Lutfan membawa keluar sesuatu.

Actually, aku nak kau buat something dulu.” Satu kotak biru pink diberikan pada Ara. “Cuba check. Takut kau muntah dengan pengsan tu sebab berisi.”

Sampai ke situ pula fikiran si Lutfan. Bukan Ara tak sudi tapi dia tak nak hampakan Lutfan kalau keputusannya negatif. Mungkin di mulut Lutfan akan cakap okay tapi siapa tahu dalam hatinya. Kotak tadi ditolak semula pada Lutfan.

“Lut, aku tak rasa aku pregnant. Tadi tu sebab aku motion sickness plus bergaduh sebab tu black out sekejap.” 

Lutfan mengupil hujung kotak. “Tapi kau tak pernah teruk macam sekarang ni pun kalau mabuk kereta.” Lutfan mengangkat mukanya. “Lagipun makcik dekat farmasi tadi yang suruh aku beli. Dia cakap dari cerita aku tu kau macam pregnant.”

Misi 7 BulanWhere stories live. Discover now