Bab 13

369 53 10
                                    

Sensor lampu di pintu masuk terbuka apabila Lutfan membuka kasutnya. Lampu yang lain masih terpasang sementara Ara sudah terbaring lena di atas katil. Mungkin Ara yang membukanya kerana Lutfan telah mematikan kesemua lampu sebelum dia keluar tadi.

Terus berjalan ke dapur yang hanya lima tapak dari pintu masuk, Lutfan meletakkan segala barang yang dia beli ke dalam peti sejuk. Biar esok saja Ara memakannya kerana dia juga tiada mood untuk bercakap dengan sesiapa sekarang ini.

Punggung di labuhkan di atas sofa seperti yang di janjikan. Lutfan meletakkan bantal kecil sebagai alas di kepala tanpa sebarang selimut. Sengaja tidur bertentangan dengan katil supaya dia dapat melihat Ara.

Jika lamarannya tidak di tolak dulu, pasti tempat Ara sudah di isi oleh Suri dan Lutfan tidak perlu berbaring kaku di atas sofa yang keras ini. Di saat dia mula menerima takdir bahawa isterinya adalah Ara, kenapa Suri pula muncul? Ketika hati dia sedikit terbuka buat Ara, kehadiran Suri menutup kembali ruang yang ada.

Lutfan mengeluh apabila teringat semula kata-kata Suri yang meremukkan hatinya. Dia tidak bersedia untuk terikat dengan mana-mana lelaki pada waktu itu kerana hendak fokus pada kerjaya. Lutfan yang sentiasa memahami memberikan ruang padanya untuk melebarkan sayap.

Bukan sekadar sokongan, Lutfan juga selalu turun padang membantu operasi Suri sehingga dia dinaikkan pangkat. Pendek kata, Lutfan telah melakukan segala-galanya sambil menanti dengan penuh sabar saat hati Suri berubah. 

Tidak lama selepas itu, hati Suri benar-benar berubah tapi bukan untuk Lutfan. Pada hari jadi Lutfan yang ke tiga puluh, Suri datang membawa berita yang dia bakal bernikah dengan salah seorang anak pegawai atasan mereka. 

Perkahwinan yang diatur oleh ayah Suri membuatkan dia tidak dapat menolak. Bagi Lutfan itu semua hanya alasan kerana Suri terkenal dengan sikap keras kepalanya. Tidak pernah dia bersetuju dengan apa yang dicadangkan oleh ayahnya jika tidak memberi apa-apa kebaikan buat dirinya sendiri.

Percintaan yang hampir memasuki tahun kelima disia-siakan begitu saja. Lutfan mula fokus pada matlamat utamanya masuk ke bidang polis setelah di tinggalkan. Dia juga berusaha untuk naik pangkat supaya dia tidak perlu berada di bawah Suri di dalam sesuatu operasi kelak.

Dia juga bersumpah yang hatinya tidak akan terbuka untuk sesiapa selagi dia masih seorang anggota polis. Tidak akan.
******************

Kosong.

Ara sedar dirinya bersendirian di dalam rumah apabila sebelah katilnya tidak berpenghuni. Begitu juga di atas sofa. Adakah Lutfan langsung tidak pulang ke rumah?

Bantal yang digunakan Lutfan awal semalam, ditarik sebelum Ara meletakkan kepalanya. Bau Lutfan masuk ke rongga hidung membuatkan Ara rindu padanya. 

Di pagi hari, hatinya sudah berat apabila teringat pergaduhan mereka semalam. Ara tidak bermaksud untuk menyakitkan hati Lutfan. Dia cuma bergurau kerana suka melihat Lutfan yang banyak bercakap apabila mereka bertengkar. Kalau tidak, hendak dengar sepatah dua keluar dari mulutnya sangatlah susah.

Berulit dengan bantal sebelum mata Ara memandang jam di dinding. Hampir masuk sembilan pagi. Dia perlu bangun dan mengemas. Risau kalau Lutfan pulang melihat keadaan rumah yang tidak bersih.

Memandangkan Lutfan tidak ada di rumah, Ara membuka hoodie nya. Meninggalkan singlet bertali kecil yang sekadar menutup dada dan separuh perutnya.

Selesa sikit untuk membuat kerja rumah tanpa baju tebal dan penutup kepala. Ara mengesot ke tepi katil sehingga kakinya memijak lantai. Tangan pula sibuk meletakkan rambut panjangnya dalam keadaan sanggul tanpa memandang ke bawah.

“Arghhh…” Ara menjerit apabila terasa kakinya memijak sesuatu yang lembik. Dia melompat semula ke atas katil.

“Aduhh…” kedengaran orang mengerang di bawah katil. “Kenapa kau pijak aku?”

“Lut?” Ara menjenguk. Lutfan bangun daripada posisi menyiarap di atas lantai. “Kau buat apa dekat bawah ni?”

“Cucuk tanam,” perli Lutfan. “Tak nampak sayur-sayur ni semuaaaa?”

Mata Lutfan terbeliak memandang Ara. Tidak sekali pun kelopaknya berkerdip sehingga Ara sedar apa yang dilihat.

“Lutfann..” Rengeknya semakin kuat. Habis seluruh badan di selubung dengan selimut. Gelap pandangan di dalam sementara kakinya menendang angin.

“Keluarlah.” Selimutnya dikuis dari luar oleh Lutfan. “Dah macam ulat bulu dah tu.” Sempat lagi dia ketawa sedangkan Ara rasa malu yang teramat sangat.

Perlahan-lahan wajah Ara menjelma melihat Lutfan yang menyangkut dagunya pada katil. Wajah mereka hanya seinci jauhnya. Tubuh Ara keras tidak dapat bergerak apabila anak mata Lutfan yang berwarna hazel memandangnya.

“Pagi-pagi dah kena belanja.” Hujung hidung Ara dicuit sebelum Lutfan mengangkat muka. Naik panas satu badan Ara bukan disebabkan berselubung.

“Owh..” Muka Lutfan berkerut dengan tangannya memegang lengan yang cedera.

Ara terus terduduk apabila melihat balutan lukanya sudah menjadi merah.

“Kenapa berdarah sampai macam tu? Kau buat apa semalam?” Marah dan ingin tahu sebati sama membuatkan suara Ara tinggi.

Nothing. Aku cuma urut perut kau je.”

“Siapa suruh kau urut pe…apa?” Ara menggosok telinganya. “Urut apa? Perut siapa?”

Ara terpaksa mendongak apabila Lutfan sudah berdiri tanpa menjawab soalannya. Nasib saja selimut berselit bawah tilam membuatkan pergerakan Ara terbatas.

Tubuh Lutfan membongkok. Pipi Ara dipegang kedua-dua belah. “Semalam. Aku . Urut. Perut. Kau.” 

Mata Ara membesar setiap kali perkataan keluar dari mulut Lutfan. Dia juga mengejek dengan membesarkan matanya seperti Ara. Di akhirnya siap tersenyum gembira.

“Bu..buat apa? Siapa suruh kau sentuh aku?” Ara menggelengkan kepala supaya tangan Lutfan beralih.

“Dah sepanjang malam kau mengerang sakit.  Aku nak lelap pun tak dapat.” Lutfan mengambil sebotol minyak angin dari atas meja kecil. “Aku letak ubat ni baru kau tidur.”

“Eii. Siapa suruh kau buat macam tu?” Ara bukan marah sebab dia disentuh tapi malu sebab Lutfan pasti nampak perutnya yang buncit dan juga mempunyai strecth mark.

No one. Aku yang nak urut sendiri. Aku urut isteri aku kot. Takkan nak mintak permission daripada orang lain.” Lutfan mencekak pinggangnya di hadapan Ara. Dia sedar tak kata-katanya membuatkan jantung Ara berdegup kencang sekarang ini. “Aku tanya ni, salah ke?”

“Tak salah. Cuma…”

“Cuma apa?”

Ara tidak meneruskan kerana darah mula mengalir turun dari lengan Lutfan. Dia mengeluarkan tangannya dari dalam selimut sebelum menarik Lutfan duduk di sebelah.

Next time, jaga diri sendiri dulu baru jaga orang lain. Faham?” tegur Ara membuka balutan sedikit demi sedikit. “Tengok luka sampai berdarah macam ni.”

“Kau yang buat.” Dengan selamba Lutfan menuduh Ara yang baru bangun tidur.

“Bila masa aku buat sampai kau berdarah?”

“Tadi.” Lutfan menunjuk di bawah katil. “Kau pijak lengan ni tadi.”

“AH?” Ara buat-buat terkejut bila dia teringat benda lembik yang dipijak sebentar tadi. Rupanya itu tangan Lutfan. Patutlah menjerit sikit punya kuat.

*****************

Mungkin ada sinar harapan buat mereka? Kita tunggu next chapter yee..

Tolong rajin-rajinkan jari untuk tekan ⭐ lepas habis baca...

Misi 7 BulanWhere stories live. Discover now