Ara mengelap telapak tangannya pada baju sementara mata tidak lekang dari Lutfan yang sedang berdiri mencekak pinggangnya. Lutfan dipanggil apabila si perompak bernama Talib tadi membuat laporan. Dia ingin mengikut sebagai saksi tetapi Lutfan tidak membenarkan.
Bilangan pegawai semakin bertambah dan kesemuanya berdiri menghadap Lutfan. Bagaimana kalau mereka menekan sehingga Lutfan terpaksa mengalah? Ara tidak mahu Lutfan dipenjarakan.
Pada awalnya, Ara tidak dapat mendengar perbualan mereka disebabkan jarak tetapi keadaan menjadi genting apabila salah seorang pegawai mula meninggikan suaranya.
“Kau tu polis biasa mat. Tak payah nak buat ribut dalam kawasan aku,” teriaknya pada Lutfan yang tidak berganjak dari tempatnya.
Melihat keadaan sekeliling dikerumuni orang ramai, Ara turut mengikut untuk lebih dekat. Suaminya melawan dengan tenang.
“Kawasan kau dah memang ribut kawan. Sebab tu orang awam boleh pegang pistol.” Dada Lutfan ditolak oleh pegawai tadi tetapi Lutfan hanya tersenyum.
“Kau tak payah nak berlagak hero la wei.”
Beberapa orang anggota yang lain memegang lelaki tadi.
“Dia memang hero pun, Aman.” teriak seorang makcik, ibu kepada pemilik kedai tadi.
Aman menolak tangan yang memegangnya. Dia datang menghampiri makcik tersebut.
“Hero? Mak Pah tahu tak hero ni nak biarkan semua orang dalam kedai tu terbakar semata nak selamatkan bini dia. Tahu tak?”
Orang sekeliling mula berbisik sesama sendiri sebelum Mak Pah bertanya pada Lutfan.
“Betul ka?”
Lutfan menjawab tanpa berfikir terlebih dahulu. “Saya tak ada pilihan. Dia nak bawak lari isteri saya.”
Jika Ara ada di sebelah, dah lama mulut Lutfan ditepuk. Dalam keadaan sebegini tak perlu rasanya untuk terlalu jujur ataupun romantik.
“Huh. Kalau isteri cantik macam model tak pe la.” Panas telinga Ara mendengar. Adakah adegan di lobi hotel akan berulang kembali? “Kalau aku, memang aku suruh si Talib ni bunuh terus.”
Buk.
Aman terhuyung hayang memegang pipinya. Lutfan pula sudah dipegang oleh pegawai lain termasuk seseorang yang memakai kostum katak. Mungkin pekerja yang menjual di tepi pantai.
“Ku…kurang ajar,” Aman cuba berdiri tetapi tidak stabil. Dia meludah ke atas pasir tetapi masih ada kesan merah diseluruh giginya. “Bawak dia pergi balai.”
Keadaan menjadi semakin tegang. Pasti mereka akan memukul Lutfan semasa di balai nanti. Ara mula panik sehingga di merempuh beberapa orang di depannya.
“Sabar dulu.” Muncul seorang lelaki berdiri di sebelah orang yang memakai kostum katak itu. “Saya ada bukti.”
Dia menunjukkan sesuatu pada telefon bimbit. Mereka berkerumun di situ sehingga Ara tidak dapat melihat suaminya.
Tiba-tiba bahunya dicuit dari belakang. Ara berpaling melihat Tila berdiri memegang perutnya.
“Tu suami saya. Dia ada bukti yang si Talib tu simbah minyak dekat arah yang bertentangan,” jelas Tila tapi Ara masih tidak faham. Apa kena mengena dengan kes Lutfan.
“Suami awak mesti tahu tempat yang dia ugut nak bakar tu tak ada minyak. Sebab tu dia berani lawan,” tambah Tila.
Dada Ara terasa ringan. Akhirnya, ada juga manusia yang datang membantu mereka. Jika keadaan di situ tidak lembab, dah lama Ara bersujud syukur di atas pasir pantai. Matanya panas tetapi cepat disekat apabila Tila bersuara.
YOU ARE READING
Misi 7 Bulan
Romance'Tooth for a tooth, brothers for the brother.' Inspektor Zade Lutfan-seorang lelaki yang terperangkap dalam kerjaya impian abangnya sebagai anggota Unit Tindakan Khas. Demi mengejar impian sendiri, Lutfan harus membalas dendam terhadap apa yang berl...