Bab 6

434 40 19
                                    

Hilda meninggalkan kedua-dua lelaki di dalam hidupnya di ruang tamu selepas bersarapan. Mencari keberanian, Lukman menyatakan hasratnya yang juga merupakan idea Hilda semalam.

“Kahwin?” soal Lutfan sebelum Lukman mengangguk. “Dengan Ara?”

Percayalah dia sendiri tidak suka akan keputusan yang diambil. Tapi disebabkan keadaan yang terdesak dan jika perlu dia sanggup memeluk kaki Lutfan supaya melupakan niatnya untuk bersama Reena.

Kepalanya berat mengangguk perlahan untuk menjawab apa yang ditanya oleh Lutfan. Senyuman sinis terbit dari bibir anaknya itu. 

I think you need to see a doctor. Takut ada masalah dekat sini.” Lutfan menunding jari di kepalanya sendiri. Berani dia mengutuk keadaan mental Lukman. Fikirannya masih waras cuma keadaan yang memaksa dia untuk melakukan pekara yang gila.

Enough with your jokes. Sekarang ni papa nak kamu nikah dengan Ara. The end.” Dia perlu bertegas seperti yang disuruh oleh Hilda.

Lutfan menongkat siku pada lutut. “In your dream.

“Jangan degil Lutfan.” Lukman bangkit dari kerusi. “Papa tak benarkan kamu nikah dengan Reena. Tak akan sesekali papa benarkan benda tu terjadi. Kamu faham?” 

“Tak. Lut tak faham,” balas Lutfan bersahaja. “Hari tu beria suruh Lut pilih. Dah pilih Reena, tiba-tiba hari ni suruh pilih Ara pulak.” Lutfan bersandar ke kerusi. “Explain please.”

“Dengar sini. Ramli dengan Reena ada plan nak rampas syarikat kita,” beritahu Lukman. Dia bercerita tentang apa yang didengar tempoh hari dengan penuh semangat tanpa meninggalkan sebarang maklumat. Lutfan hanya mendengar.

“Kamu faham tak?” Lukman risau dengan reaksi kosong di wajah Lutfan. Tidak menjawab sebaliknya Lutfan bangun dari tempat duduknya. Dia membetulkan kepala tali pinggang supaya berada di tengah.

“Lut pergi kerja dulu,” balas Lutfan sebelum beredar.

“Zade Lutfan!” Lukman memanggil dari belakang. “Kamu faham tak?” 

“Faham,” balas Lutfan senada sebelum berpaling. “I won’t marry her. Puas?” 

Masih tidak yakin dengan jawapan Lutfan. “Jadi bila kamu nak nikah dengan Ara?”

Look.” Mereka saling menghadap sebelum Lutfan menambah. “Dua-dua pun Lut tak nak.” 

Debar Lukman kembali menerjah. Berstatus bujang membuatkan Lutfan akan menjadi sasaran Ramli dan Reena. Mereka akan berusaha supaya Lutfan jatuh ke dalam perangkap. 

Di dalam dunia korporat, menganggu lelaki yang sudah berkahwin akan dipandang rendah oleh golongan atasan. Perniagaan mereka boleh jatuh jika perbuatan keji mereka terbongkar.

Lukman segera memberikan alasan. “Kamu kena nikah jugak kalau nak syarikat papa.” 

Senyuman nipis terbit dari bibir Lutfan. “Lapuk. Alasan lain?” 

“Sekarang ada polisi baru dari lembaga pengarah. Mereka hanya benarkan lelaki yang sudah berkahwin memegang jawatan pengarah sebab tak nak terlibat dengan skandal. Sebab tu, dari awal papa paksa kamu untuk bernikah.” Hatinya berdoa supaya Lutfan termakan kata-katanya.

“Ok.” Bibir Lukman ternaik sedikit. “Nanti Lut dah ada calon, Lut kahwinlah.”

“Tak boleh nanti.” Lukman menghalang jalan Lutfan. “Contract papa dah tamat, syarikat perlukan pengarah baru secepat mungkin.”

“Sign perjanjian baru.” Ada sahaja balasan yang tepat.

“Papa ada bukti,” serta merta matanya ditatap oleh Lutfan, “tentang kemalangan Lutfi dulu.” Lukman memberanikan diri. “Kalau kamu nak tahu, kahwin dengan Ara.”

Misi 7 BulanWhere stories live. Discover now