Cerai? Senang sangat dia memikirkan tentang penceraian. Tahu tak hampir kesemua wanita takut apabila berada dalam situasti seperti itu. Tapi Ara boleh pula membangkitkan isu yang sensitif seperti ini.
Marah dengan sikap tidak bertimbang rasa Ara dan juga Lutfan tidak mampu menahan diri apabila baring sekatil membuatkan Lutfan mengambil keputusan untuk menghirup angin malam.
Duduk bersantai di hadapan kedai serbaneka, Lutfan tetap enggan membelikan apa yang diminta oleh Ara. Tin air di buka tetapi bayang Ara yang separuh berbaju menerjah fikiran Lutfan. Air diteguk sehingga habis dengan harapan dapat membasuh otaknya yang sudah tercemar.
“Kau dah kenapa ni Lut?” Dia mempersoalkan dirinya sendiri. Tidak mungkin dia sudah ada perasaan terhadap Ara. Mungkin naluri lelakinya terganggu kerana sudah lama tidak bercinta. Sah, itu hanya nafsu semata-mata.
“Angkat kaki sikit abang.” Salah seorang pekerja kedai datang menyapu di bawah kakinya. Lutfan hanya menurut walaupun tempat lain lebih kotor. “Tin mahu ka?”
“Tak.” Lutfan menyerahkan tin yang sudah kemek padanya.
“Terima kasih abang.”
“Sama-sama,” balas Lutfan dengan malas. Jari jemarinya menyusup dalam rambut sebelum di genggam kuat. Pekerja lelaki tadi masih terpacak di hadapannya. “Nak apa lagi?”
“Tiada apa abang. Saya pirigi dulu.” Lelaki tersebut beredar tapi baru dua langkah dia berpatah semula. “Hang tak kenai aku ka? Dahsyat sangat ka aku menyamar sampai hang tak cam aku.”
Lutfan sedikit pun tidak terkejut kerana dia sudah mengenalnya saat dia membeli air di dalam kedai.
“Aku nak tengok sampai bila kau nak berlakon.” Lutfan menendang keluar kerusi di sebelah sebelum Zarif duduk di atasnya. “Dah kenapa kau jadi pekerja kedai pulak? Kelly bukannya tinggal dekat sini.”
“Oh, ni side income aku. Ada orang upah aku untuk intip ja. Senang eh buat duit.” Zarif ketawa gembira sebelum menambah. “Aku pilih sini sebab target aku selalu mai sini. Tapi takat tu ja aku boleh cakap. Privasi client.”
“Ada aku tanya?” balas Lutfan membuatkan bibir Zarif terjungkit.
“Kali ni macam mana hang tau? Aku dah sumbat contact lens dah.”
Lutfan menarik tangan Zarif. “Parut ni.”
Di antara ibu jari kanan dan jari telunjuk, ada satu parut kecil tapi agak pekat warnanya.
“Hebatlah hang ni. Ingat lagi na parut aku.” Zarif menggosok parut yang membuatkan mereka rapat. “Kalau la hang nikah dengan Suri, tak sia-sia parut aku ni."
“Jangan sebut nama dia boleh?” Membara hati Lutfan setiap kali mendengar nama tersebut.
“Apasai hang asyik berangin ja ni?” Zarif mencuit lengan Lutfan hampir terkena pada lukanya. “Awat? Bini tak nak ‘belanja’ ka?”
“Belanja apa, dia tengah uzur,” balas Lutfan dengan keluhan sebelum dia tersedar. Kenapa dia mengeluh pula?
“Patutlah. Orang pompuan ni kalau uzur, depa nak makan benda manis. Pi la beli aiskrim ka coklat ka. Ada juga income aku malam ni.” Zarif menunjuk ke arah kedai.
“Dia mintak jugak tadi tapi aku…”
“Haa…orang dah mintak kena beli. Lagi-lagi pompuan tengah uzur. Emosi tak stabil. Sat gi tidur luar hang.” Zarif sudah berdiri dari kerusinya.
“Biarlah tidur luar pun. Aku malas nak jumpa dia.” Lutfan mengetip kukunya, tidak mengendahkan Zarif yang berdiri.
“Emosinya. Hang period jugak ka? Nak aku belikan coklat?” Lutfan menjeling. “Cuba cita apa yang tak kena sekarang ni?”
YOU ARE READING
Misi 7 Bulan
Romance'Tooth for a tooth, brothers for the brother.' Inspektor Zade Lutfan-seorang lelaki yang terperangkap dalam kerjaya impian abangnya sebagai anggota Unit Tindakan Khas. Demi mengejar impian sendiri, Lutfan harus membalas dendam terhadap apa yang berl...