Ara jarang dapat melihat wajah suaminya di rumah sejak luka Lutfan sudah sembuh sepenuhnya. Mereka berdua mempunyai jadual kerja yang tidak sama. Tetapi jika bertemu, Lutfan akan menghabiskan masa melekat tanpa regang sehingga Ara terpaksa melarikan diri.
Tetapi berlainan dengan hari ini. Lutfan diberikan cuti kerana baru selesai misi membanteras kes seludup dadah di tengah ibukota. Matahari sudah menegak di atas kepala tetapi Ara masih bersendirian di dapur manakala Lutfan berkurung di dalam bilik kerjanya.
Celik mata, katil di sebelah Ara sudah tidak berpenghuni tapi Ara yakin semalaman Lutfan ada bersamanya kerana dia tidak dapat tidur dengan selesa kerana Lutfan memeluknya seperti anak panda.
Rindu dengan usikan suaminya, Ara menyiapkan sarapan untuk dihidangkan di dalam bilik. Mungkin bila mereka bertemu, Lutfan akan bertukar menjadi anak panda semula.
Tuk..tuk..
Ara mengetuk pintu bilik menanti seruan suara suaminya.
“Masuk.”
Gegendang telinga disapa suara Lutfan yang rendah membuatkan pintu ditolak laju. Ara ingin memulakan hari mereka dengan sedikit gurauan.
“Macam bos pulak, kena hidang sarap…” kata-kata Ara terkumpul di hujung lidah melihat apa yang ada di depan matanya.
Alangkah terkejutnya melihat keadaan bilik yang bersepah. Seluruh lantai dipenuhi dengan kertas-kertas. Fail separuh terbuka dan ada juga sudah terbelah dua bergelimpangan di atas meja.
Lutfan berdiri menghadap komputer kerana kerusi sudah terbalik di bawah kakinya. Kening Lutfan berkerut dengan tulang rahangnya jelas kelihatan. Anak matanya beralih pada Ara sebelum berdiri tegak.
“Ada apa?” Jari jemarinya menolak rambut yang tidak disikat ke belakang.
Ara gugup sehingga kakinya teragak-agak untuk bergerak. Dia beranikan diri untuk menyapa suaminya yang jelas tiada mood untuk berbual. “Ad…ada sarapan.”
“Stop,” tangan Lutfan diangkat. “Jangan datang. Ada kaca dekat lantai. Letak je dekat luar, nanti aku datang.”
Berkira-kira dengan cadangan Lutfan tetapi keadaan tidak akan bertambah baik jika dia ditinggalkan sendirian. Memandangkan serpihan kaca hanya berada di hujung bilik, Ara berani untuk melangkah.
“Kena makan panas-panas baru sed…arghh.” Sesuatu tajam telah menusuk tapak kakinya. Kepedihan yang teramat membuatkan Ara tidak dapat berdiri tegak.
“Ara.” Lutfan segera mendapatkan Ara. Dulang bertukar tangan sebelum diletakkan di atas meja. Lutfan menolak Ara untuk duduk di atas kerusi. “Tengok kaki tu.”
Kaki Ara yang berdarah diletakkan di atas lutut Lutfan. Cebisan kaca yang terpacak disentuh perlahan oleh Lutfan. Setiap pergerakan mengundang perih yang ditemani dengan jeritan kecil.
“Sakit.” Ara memegang tangan Lutfan.
“Kita pergi hospital.” Dia sudah separuh berdiri tapi dihalang oleh Ara. Luka sekecil ini tidak perlu ke hospital. “Macam mana darah nak berhenti kalau tak pergi hospital?”
Dahi Lutfan mula berpeluh. Kakinya berbalik pada tempat yang sama sementara mata tidak lepas dari luka. Ara perlu menenangkan Lutfan terlebih dahulu.
Dia rasa bersalah kerana tidak mendengar kata Lutfan dari tadi sehingga dia cedera begini. Tangan Lutfan ditarik untuk duduk menghadapnya. “Lut, sini. Tarik nafas. Tenang dulu.”
Lutfan menurut sehingga kedua-dua pipinya mengelembung. Tangan Ara menempel di muka Lutfan yang terasa panas. Setelah dia merasakan Lutfan lebih tenang, Ara mula bersuara.
YOU ARE READING
Misi 7 Bulan
Romance'Tooth for a tooth, brothers for the brother.' Inspektor Zade Lutfan-seorang lelaki yang terperangkap dalam kerjaya impian abangnya sebagai anggota Unit Tindakan Khas. Demi mengejar impian sendiri, Lutfan harus membalas dendam terhadap apa yang berl...