Menggigil tangan Ara menolak pintu besi yang sudah berkarat. Matanya pula disapa dengan habuk-habuk yang datang daripada runtuhan dinding namun kaki Ara tetap melangkah walaupun tanah basah menyukarkan pergerakannya.
Sekarang tujuan Ara adalah untuk mencari Lutfan. Mungkin penculiknya sudah mendapat apa yang mereka cari dan sebab itu dia ditinggalkan sendirian.
"Lutfan. Lut."
Suara Ara terasa perit kerana sepanjang hari dia tidak diberi minuman mahupun makanan. Dinding sejuk menjadi pembantu tatkala lututnya hampir mengalah. Mulut Ara tidak berhenti memanggil nama suaminya sehingga dia tiba di penghujung tembok.
"Allahuakbar." Jari yang menggeletar menutup mulutnya.
Di hadapan Ara, terbaring beberapa tubuh yang berlumuran darah. Mereka semua mengenakan pakaian yang sama. Lebih kepada beruniform dan lengkap bersenjata.
Kesemua tubuh kaku tanpa sebarang pergerakan.
ereka berpakaian seperti Lutfan ketika dia sedang menjalankan operasi. Tiada seorang daripadanya yang berpakaian biasa. Dan mereka semua terbaring kaku tanpa sebarang pergerakan.Kaki Ara melangkah pantas tatkala dia memikirkan kebarangkalian Lutfan mungkin berada di kalangan mereka. Ara menterbalikkan setiap satu tubuh yang tidak bernyawa sebelum menarik penutup muka mereka.
"Lutfan." Nama suaminya dalam esakan.
Perasaan takut menghuni seluruh hatinya selagi kelibat Lutfan tidak dijumpai tapi dalam masa yang sama dia juga sedikit lega. Ini bermakna suaminya sedang menanti di luar dan dia perlu keluar dari situ.
Ara bangkit sebelum namanya dilaung.
"Ara!"
Kepalanya mendongak ke atas. Shark sedang berdiri memegang rantai besi ditangan dan di ujungnya kelihatan seorang anggota polis yang sedang diikat pada kakinya.
"Kau mesti ingat suami kau lepas kan?" Shark ketawa. "Aku tak akan senang-senang nak bunuh dia macam yang lain." Shark menarik rantai tersebut membuatkan anggota polis itu mengerang.
"Bad news. Ni suami kau." Shark menunding ke arah lelaki yang diikat itu.
Ara menggeleng. Tidak semudah itu mereka dapat menangkap Lutfan. Pasti ini sekadar taktik Shark untuk menakut-nakutkan Ara.
"Kau ingat aku percaya dengan kau?"
"Tak percaya?" Shark menarik rantai itu lagi membuatkan lelaki tadi mengerang. "Cakap something. Bagi isteri kau ni dengar."
Lelaki itu menggelengkan kepala.
"Laki bini ni memang degil la." Shark mengeluarkan pistol lalu melepaskan tembakan tetapi sekadar terkena pada rantai.
"Cakap atau aku tanam peluru ni dalam kepala kau," ugut Shark tetapi tiada perubahan. Pistol tadi diarah ke Ara pula. "Ke kau nak aku tembak isteri kau ni?"
"Jangan." Teriak lelaki itu.
Runtun hati Ara mendengar suara Lutfan. Kakinya erus mara sebelum lantai di hadapan pecah terkena tembakan. Dia perlu mendapatkan Lutfan. Selangkah Ara bergerak tetapi Lutfan menghalang.
"Berhenti."
"Tapi Lut..."
Shark menyampuk. "Aku bagi kau masa untuk lari. Dendam aku dengan suami kau bukan dengan kau."
Lutfan memujuk Ara tetapi dia tetap tidak berganjak. Mana mungkin dia sanggup meninggalkan suaminya untuk diseksa oleh Shark. Ara tetap berdegil.
"Tak. Aku tak akan tinggalkan dia."
YOU ARE READING
Misi 7 Bulan
Romance'Tooth for a tooth, brothers for the brother.' Inspektor Zade Lutfan-seorang lelaki yang terperangkap dalam kerjaya impian abangnya sebagai anggota Unit Tindakan Khas. Demi mengejar impian sendiri, Lutfan harus membalas dendam terhadap apa yang berl...