Ara menunggu kepulangan Lutfan sepanjang hari setelah dia di tinggalkan berseorangan selesai solat subuh berjemaah. Semasa Ara bertolak ke tempat kerja Lutfan sudah keluar dulu.
Hampir sepuluh jam di luar, kelibat Lutfan masih tidak muncul di rumah. Ara merasakan dirinya seperti kain lap kaki. Hanya digunakan apabila perlu saja.
Sudahlah Ara terdengar nama Suri disebut oleh Lutfan sebelum dia pergi. Pasti Suri juga seharian bersama suaminya di luar. Jika dulu mungkin Ara tidak berapa kisah kerana Lutfan sekadar suami di atas kertas tetapi sejak kejadian semalam, seluruh tubuh Lutfan adalah milik Ara.
Malam ini Ara bercadang untuk menggoda Lutfan walaupun kesakitan semalam masih terasa.
Kali ini dia memilih pakaian yang dibelikan oleh ibunya. Nightgown yang nipis berwarna hitam. Segala isi dalam boleh kelihatan dengan jelas tanpa perlu menanggalkannya. Tapi rasa malu setiap kali melihat cermin membuatkan Ara menutupnya dengan jubah mandi.
Selang beberapa minit, pintu rumah dibuka. Lutfan muncul membawa satu beg plastik di tangan. Terus menunju ke dapur selepas kasut dan stokin diletakkan di dalam almari.
“Kenapa tak tidur lagi?” plastik tadi diletakkan di atas meja. “Ke kau lapar? Ni aku ada belikan nasi goreng.”
Ara tidak mahu bergaduh jadinya dia melayan saja apa yang dimahukan oleh Lutfan. Ara mengajaknya. “Sedapnya bau tapi banyak sangat la. Jom kongsi.”
“Kenyang. Aku dah makan dekat luar tadi dengan Su..Zarif.” Lutfan mengetap bibir bawahnya. Tangan pula pantas mengosongkan gelas yang berisi air tawar. “Aku nak mandi. Lepas tu tak sabar nak tidur.”
Melihat agenda mandi sebagai satu peluang. Ara merasakan dia perlu lebih berani untuk memulakan dengan menerpa ke Lutfan. “Aku join mandi sekali boleh?”
“Kau tak mandi lagi ke?” Lutfan menghidu Ara. “Tapi wangi je ni.”
“Dah mandi tapi nak mandi lagi.” Ara masih tidak putus asa.
“Tak yah bazir air la. Buat apa nak mandi banyak kali.”
Baju Lutfan dipegang. “Sebab tu nak mandi sekali, boleh jimat air.”
“Nak jimat air, tak payah mandi terus.” Genggaman Ara dilonggarkan. “Lagi jimat.”
Ara berputus asa. “Fine. Pergilah mandi sorang-sorang. Aku nak tidur.”
“Eh..jap,” panggil Lutfan membuatkan langkah Ara terhenti. Hatinya mula berbunga sebelum, “tu bathrobe aku kan? Buka, aku nak pakai.”
Ara berpaling dengan marah. “Sikit punya banyak bathrobe dalam almari kau tu, yang aku pakai ni jugak kau sibuk nak. Pergilah ambik yang lain.”
“Kau pulak. Dah habis mandi kan, buat apa pakai bathrobe lagi?”
“Sebab aku tak pakai baju dalam bathrobe ni.” Ara mula meluap. “Ke kau nak aku bogel dekat sini.” Ugut Ara membuka ikatan di pinggang.
“Eh tak payah. Ak..aku boleh ambik yan..g lain.” Lutfan segera berjalan ke almari pakaiannya. Jubah mandi berwarna kelabu di ambil.
“Ke kau nak goda aku macam semalam?” tiba-tiba Lutfan bertanya.
“Tak ada masa aku nak goda kau. Semalam pun kau yang mula dulu.” Ara melabuhkan punggung di atas katil.
“Betul ni?” Lutfan mengumpan Ara. “Kalau kau nak goda boleh je masuk mandi sekali.”
“Thank you je la.” Ara menarik selimut menutup kesemua tubuhnya termasuk kepala. Tadi orang beria tapi di tolak sekarang dah tawar hati baru nak di ajak semula. Memang mandi sendirilah jawabnya.
YOU ARE READING
Misi 7 Bulan
Romansa'Tooth for a tooth, brothers for the brother.' Inspektor Zade Lutfan-seorang lelaki yang terperangkap dalam kerjaya impian abangnya sebagai anggota Unit Tindakan Khas. Demi mengejar impian sendiri, Lutfan harus membalas dendam terhadap apa yang berl...