Bab 23

419 40 14
                                    

Rambut dan muka Lutfan disapa lembut angin pagi sementara matanya dijamu matahari yang mula terbit di hujung laut. Gigi air seperti sedang bermain dengan kakinya yang hanya berselipar. 

Walaupun pemandangan di depan sangat cantik tetapi mulut Lutfan tidak berhenti mengeluh saat melihat keadaan Ara ketika bersarapan tadi. Tiada sedikit pun makanan yang disentuh kerana risau akibatnya nanti. Jujur di hatinya, Lutfan mahu saja membatalkan rancangan mereka tetapi Ara tidak benarkan kerana mereka telah berhutang budi pada Zarif. 

Seperti di telan mati mak, di luah mati bapak. Pilihan yang ada hanya membiarkan Ara bersendirian di darat. Hati Lutfan tidak senang setelah apa yang terjadi semalam. 

Dia cuba meleraikan kekusutan fikirannya dengan berjalan sepanjang pantai sebelum lilitan pita kuning pada kedai menarik perhatiannya. 

Tangan Lutfan menyentuh dinding-dinding yang lembab tanpa ada sebarang jalan keluar selain pintu di hujung kedai. Setiap inci kedai tersebut diperbuat daripada kayu. 

Andai kata malam itu Talib menghidupkan api. Dengan mudah seluruh kedai boleh terbakar termasuk dengan orang yang berada di dalam. Kedudukan barang di dalam kedai yang padat menyukarkan pengunjung untuk menyelamatkan diri.

Lutfan mencengkam rambut sambil mengeluh berat. Ketika itu hanya keselamatan Ara yang berada di fikirannya. Sedikit pun dia tidak memikirkan tentang keselamatan orang awam yang sepatutnya menjadi tanggungjawab utama sebagai anggota polis.

Patutlah Zarif begitu marah dengan jawapan yang diberikan oleh Lutfan malam semalam. 

“Woi, Lut,” teriak Zarif . Panjang umur kawannya itu. Begitu juga dengan Ara yang berjalan di belakang Zarif.

“Awainya mai. Tak sabaq la tu nak diving.” Zarif berpaling ke belakang. “Kan aku dah habaq. Laki hang mesti tunggu dekat pantai. Tak caya.”

“Ye la kau je yang betul,” balas Ara mengheret kakinya. 

Wajah Ara tidak seperti biasa. Bibirnya kelihatan pucat dengan mata yang bengkak seperti baru lepas menangis. Adakah dia bergaduh dengan Zarif semasa ketiadaannya? 

“Ready, bro?” soal Zarif sambil mencekak pinggangnya. Lutfan terus menarik lengan Zarif ke tepi.

“Kau kacau Ara aku kan?” Anak mata Zarif ditenung tajam.

“Ma..mana ada.”

“Habis tu kenapa mata dia bengkak macam baru lepas menangis?” Lutfan tidak berpuas hati. Ara kelihatan sihat dan elok semasa dia pergi meninggalkan bilik.

“Mana aku nak tau. Pergi la tanya bini hang tu.” Zarif menolak Lutfan ke arah Ara yang sedang duduk di atas tunggul kayu.

Ara mendongak ke arah Lutfan. Senyumannya tidak dapat membasuh kepenatan yang terpancar di wajah.

“Kau okay ke?” Lutfan memegang dahi Ara. Tak panas. “Kenapa pucat sangat muka kau?” Kali ini bibir Ara pula disentuh dengan ibu jarinya.

“Sebab tak pakai makeup kot,” Ara membalas sambil tersengih.

“Selalu pun tak pakai tapi cantik je.” Lutfan memegang dagu Ara kerana Ara cuba melarikan wajahnya. “Cakap dengan aku siapa buat kau menangis pagi-pagi ni? Ke kau tak nak ikut sangat sampai kau menangis?”

Ara pantas menggeleng kepala sambil memegang tangan Lutfan. “Mana ada. Aku rasa tak sedap perut tadi lepas breakfast. Masuk toilet terus muntah. Nervous kot sebab nak naik bot.”

“Dah tu macam mana? Tak naik lagi dah muntah,” tanya Lutfan yang berbelah bagi. 

Ara bangun berdiri. “It’s okay. Dah lepas muntah ni rasa better. Tak muntah lagi kot sebab perut dah kosong.”

Misi 7 BulanWhere stories live. Discover now