Pintu gelangsar kaca itu terbuka setelah seseorang mengimbaskan tapak tangannya pada skrin, iaitu kunci untuk memasuki ke dalam. Dua orang lelaki melangkah masuk ke dalam ruang utama, tempat mereka bekerja. Di dalam bilik utama itu terdapat dua orang manusia yang sedang bersandar pada dinding ruang utama. Seorang lelaki dan seorang wanita.
Kedua lelaki yang baru tiba itu mengambil tempat di meja bulat canggih yang bewarna putih kebiruan. Terdapat beberapa skrin yang terpancar bagi maklumat yang sedang mereka kaji.
Untuk seketika, ruang itu sunyi tanpa seseorang yang berani bersuara. Keempat-empat manusia itu termenung bagaikan sudah tiada harapan untuk mereka melangsungkan tugas mereka.
"Sudah selesai proses pengebumian tadi?" soal lelaki muda yang bersandar pada dinding. Mata memandang ke arah kedua-dua lelaki itu. Seorang lelaki sudah berusia manakala seorang lagi lelaki muda. Walaupun sudah berusia, tetapi dia mempunyai bentuk badan yang tegap dan bertenaga.
"Sudah," jawab lelaki berusia itu. Manakala seorang lagi hanya menganggukkan kepala. Tiada suara yang dikeluarkan.
"Kami akan melawat makam pada esok hari jika ada waktu. Tuan boleh beri lokasi pada–" Belum sempat wanita itu habiskan ayatnya, penggera kecemasan berbunyi. Di ruang itu sudah berselang-seli dengan cahaya lampu merah kemudian bertukar kembali bewarna putih. Bunyi bingit menguasai seluruh ruang.
"Apa yang berlaku?" tanya lelaki berusia yang digelar tuan itu.
"Tak pasti, biar saya periksa sekarang." Wanita itu melangkah ke arah sistem skrin lalu menekan-nekan pada papan kekunci yang terpancar itu. Ketiga-tiga lelaki itu sudah bersedia dengan apa yang berlaku sambil menunggu berita yang akan di beritahu.
"Tuan, kita diceroboh!" Skrin dihadapan mereka dibesarkan bagi menampakkan situasi yang sedang berlaku di luar markas mereka. Terdapat beberapa pihak musuh sedang meletupkan pintu utama untuk memasuki kawasan mereka.
"Apa? Macam mana mereka boleh masuk?" Lelaki muda yang dari tadi berdiam diri menghampiri skrin itu dan mengambil alih. Dia cuba untuk mengaktifkan pertahanan supaya melengahkan masa pihak musuh.
"Pindahkan maklumat penting itu ke tempat selamat. Mereka datang mahukan maklumat itu. Jangan sampai jatuh ke tangan mereka." Lelaki yang digelar tuan itu memberi arahan.
"Baik." Setelah pertahanan diaktifkan, segera dia mendekati pintu kedua dan letakkan telapak tangan pada imbasan, belum sempat pintu dibuka, satu letupan meletup di pintu itu.
Bom!
Terpelanting badan lelaki itu ke belakang setelah kena dengan serangan bom tadi. Kemudian muncul beberapa musuh bersama pistol ditangan. Mereka melepaskan tembakan rambang.
Habuk dan sisa batu kesan letupan itu menyukarkan mereka untuk mencari target untuk ditembak.
"Pergi! Pindahkan maklumat segera!" Tuan mereka bersuara. Kelihatan mereka bertiga sudah mengeluarkan senjata untuk membalas serangan musuh.
Lelaki itu berlari ke arah bilik yang menempatkan segala maklumat penting. Ketika ada musuh datang menyerang, dia melawan dengan menumbuk dan menendang mereka hingga tidak sedarkan diri. Mereka silap kerana dia bukan lawan mereka.
Sebaik sahaja tiba, pendrive khas diambil lalu diletakkan di atas skrin meja. Sejurus itu, terpapar papan kekunci. Dia terus melakukan tugas.
Bang! Bang!
Kepala ditoleh kebelakang, kelihatan dua orang musuh sudah masuk ke dalam kawasannya. Dia segera tunduk menyembunyikan diri. Pistol yang sentiasa tersimpan dikeluarkan. Mata mengintai keberadaan musuh sebelum dia menembak dua orang musuh itu sekaligus di bahagian kaki mereka. Kedengaran suara mereka mengerang kesakitan.
"Complete, complete."
Suara komputer bergema di ruang itu menandakan maklumat penting sudah selamat berada di dalam pendrive. Segala sisa maklumat dan bahan bukti di padam sebelum dia berlari keluar untuk menolong kawannya yang lain.
Tanpa dia sedar, seorang musuh sedang mengeledah bilik penting mereka.
Bunyi tembakan semakin lama, semakin berkurang. Musuh-musuh yang lain kembali berundur setelah melihat semua pasukannya sudah dikalahkan dengan tiga orang yang berada di ruang utama.
Semua memandang pelik melihat musuh yang baru ingin diserangnya, tiba-tiba berundur daripada kawasan itu.
"Ini yang terakhir," ujar lelaki muda lalu menumbuk wajah musuhnya hingga rebah tidak sedarkan diri.
"Semua selamat?"
"Selamat, tuan." Wanita itu menjawab.
"Tapi... Kenapa sekejap sangat mereka serang?" Lelaki muda itu memandang hairan apabila melihat hanya beberapa orang musuh sudah tewas disitu.
"Betul. Macam... Ada sesuatu tak kena. Takkan mereka sudah dapat maklumat tu?" Wanita itu memandang kedua-dua lelaki yang berdiri tidak jauh darinya.
"Hubungi dia." Arah tuan mereka.
"Status. Kau dah pindahkan maklumat ke dalam pendrive?" soal wanita itu pada alat komunikasi di telinganya.
"Helo?" Serunya lagi ketika tiada apa-apa balasan.
Tiba-tiba pintu yang dimasuki lelaki tadi terbuka. Kelihatan figuranya sedang melangkah memasuki ruang utama.
"Semua maklumat selamat?" tanya tuan mereka.
Kepala diangguk. Kelihatan mereka bertiga melepaskan nafas lega.
"Tapi..." Wajah tuannya dipandang.
"Mereka dapat maklumat gadis tu."
301223
YOU ARE READING
istimewa
Science Fiction"Kau mahukan dia juga, bukan?" Tidak tahu apa sedang berlaku. Tidak tahu apa mereka mahu. "Kerana mereka... Istimewa."