bab 25

366 25 1
                                    

Terdengar suara mama menjawab salam.

"Ma, harini mama masak makan malam ke?" soalku sambil melangkah ke tempat ingin dituju.

"Harini mama tak masaklah pula, kenapa? Eira nak mama masak ke?"

"Oh, tak adalah. Kalau macam tu, Eira nak singgah pekan kejap, mama nak apa-apa tak untuk makan malam nanti?" tanya aku.

"Beli ajelah apa-apa, mama tak kisah, " balas mama.

"Okey, Eira pergi dulu ya, Assalamualaikum."

Panggilan dimatikan. Sampai saja dihadapan guard, aku hulurkan kad pengenalan. Pekan ini memang diawasi bagi menjaga keselamatan.

Tak jauh dari apartment rumah aku, hanya jalan kaki beberapa minit. Pekan ini juga tempat aku ulang kaji bersama Afliq dan Aurel haritu. Terdapat banyak kedai seperti Marrybrown, Nasken, Tealive dan bermacam lagi.

Aku berjalan dari satu kedai ke kedai yang lain. Nak beli apa untuk makan malam dengan mama nanti ya?

Sedang aku memerhati kedai untuk beli makanan, mataku terpandang pasangan yang sedang berjalan kaki di hujung sana. Hampir tidak kelihatan dek dihalang oleh pokok.

Aku tersentak. Membulat mataku memandang mereka.

Afliq dan Aurel.

Apa mereka buat disini? Aku cuba menganisasi mereka jika salah orang. Itu memang Afliq dan Aurel. Aku kenal cara jalan Aurel dan bag yang dipakai oleh Afliq sama seperti aku.

"Aurel sukakan Afliq."

Ayat Fana dahulu kembali diingatan. Tapi, Fana beritahu dia tersalah dengar dan berita itu tak betul. Ataupun memang betul Aurel sukakan Afliq? Tapi Aurel sendiri beritahu dia tiada hati kat Afliq.

Dan mereka... Bercinta?

Tiba-tiba hati aku pedih melihat pemandangan itu. Patutlah Afliq senang saja beri aku balik seorang diri hari ini, rupanya ingin balik dengan Aurel. Tapi kenapa mereka rahsiakan tentang hubungan mereka?

Dan Aurel. Kenapa dia perlu tipu aku?

Kejap. Aurel dah tahu ke umur sebenar Afliq? Tapi Afliq beritahu hanya aku seorang yang tahu. Argh!

Aku geleng kepala. Kenapa aku perlu terasa? Tugas Afliq hanya lindungi aku. Dia hanya teman pergi dan balik sekolah hanya kerana tugasnya, tak lebih dari itu.

Aku kena sedar.

Baik Eira, mulai harini berhenti taruhkan perasaan pada sesiapa lagi. Fokus pada diri dan pelajaran kau. Semua ni buang masa!

Uncrush dari Chris, dan move on dengan Afliq.

Aku segera melangkah pergi dengan hati yang berbolak balik.

— 𓆩⚝𓆪 —

Sebaik sahaja aku masuk ke kelas, mataku terus tertumpu pada Afliq dan Aurel. Mereka sibuk mengulang kaji di meja sendiri. Kemudian kelihatan Afliq bangun dan menuju ke arahku. 

"Indra, hari ni kelas tambahan tak ada tau, aku ada hal," ujarnya.

Aku pandangnya sekilas lalu angguk kepala. "Beritahu Aurel sekali." Aku melangkah ke arah mejaku.

Afliq mengekori aku hingga ke meja. Dia berdiri di sebelah aku yang sedang mengeluarkan buku sains dari bag. Lepas ni perlu ke makmal sains pula.

"Aku dah beritahu dia."

Oh. Mestilah dia akan beritahu Aurel dahulu. Itukan kekasih dia.

"Okey." Kemudian aku terus bergerak keluar menuju ke makmal sains. Aurel yang sedang mengeluarkan barang, jerit memanggil aku.

istimewaWhere stories live. Discover now