Terus aku tekan group yang masih sibuk bermesej. Nampaknya mereka masih rancak berborak.
Mesej di atas tiada apa yang menarik. Mereka hanya borakkan tentang perlawanan bola jaring yang dijalankan 2 hari lepas. Semestinya yang juara daripada 20 sekolah bertanding, adalah sekolah aku.
Notifikasi baharu daripada Chris aku baca.
Hidup kena selek
Chris
KORANG!
BANGUN WOI!
BERDIRI CEPAT!Apasal Chris ni? Buang tabiat ke suruh orang berdiri tiba-tiba?
Ziyad
Asal?Chris
Berdiri je. Cepat.Demi melayan crush yang tak betul, aku pun berdiri di atas katil. Lepas tu nak buat apa? Aku merenung skrin telefon, tunggu arahan daripada Chris lagi.
Notifikasi daripada Chris buatkan keningku berkerut. Voice chat. Tanpa bayak songeh, aku pun tekan button play.
Negaraku... Tanah tumpahnya darahku...
Rakyat hidup... Bersatu dan maju...Alunan Lagu Negeraku menyapa gegendang. Siot! Dia suruh berdiri sebab Lagu Negaraku je?
Ziyad
La ilaha illallah.Dylan
Nak penampar tak Chris? Penat-penat aku gagahkan badan nak diri atas meja ni.Syara
HAHA dah kenapa berdiri atas meja?Dylan
Umi aku baru mop lantai.Ziyad
Assalamualaikum umi.Chris
Cey cey bau-bau nasi minyak.Syara
Astaghfiruallah, zina, zina!Dylan
Waalaikumussalam pakcik. Nak jadi suami umi saya ke?Ziyad
Uminya dah berpunya, saya ambil anak dia boleh?Dylan
Maaf, anak dia dah berpunya. Lelaki dia Tom Holland.Aku membulatkan mata. Eh, minah ni. Curi husband kita pula. Aku dah kahwin dengan dia tau. Sedap-sedap cop laki orang.
Tangan menekan kekunci. Menaip mesej untuk di hantar.
You
Sorry, Tom Holland husband aku.Dylan
Lah, Eira hidup lagi rupanya. Ingat dah tak ada.Bintang
Kenapa?Dylan
Eira tak pernah chat dalam group ni, bila mention lelaki dia, baru muncul.Ziyad
Woi, cikgu kata nak buat lawatan.Dylan
Walawei, kat mana tu? Dah lama sekolah ni tak ada lawatan. Last dua tahun lepas. Itupun pergi Langkawi balik hari.
YOU ARE READING
istimewa
Science Fiction"Kau mahukan dia juga, bukan?" Tidak tahu apa sedang berlaku. Tidak tahu apa mereka mahu. "Kerana mereka... Istimewa."