Hari ini sekolah aku di gemparkan dengan satu berita kehilangan seorang pelajar di sekolah ini.
Aurel Milea.
Semua pelajar dan termasuk guru terkejut dengan berita kehilangan ini. Ada segelintir pelajar yang mengenali Aurel, ada yang tidak, dan ada yang hanya mengenali nama dan tidak pada rupa. Pagi itu, pengetua sekolah adakan bacaan yassin dah tahlil untuk arwah Aurel.
Ramai pelajar yang mengucapkan takziah padaku disebabkan aku satu-satunya kawan rapat dan sahabat Aurel. Tentang Aurel ialah adik kandung Afliq dirahsiakan daripada pihak sekolah. Afliq beritahu tak nak merumitkan keadaan. Nanti akan banyak soalan yang timbul.
Siapa sangka, pada hari kebumian Aurel, hampir semua pelajar datang di tanah perkuburan Aurel. Ramai juga cikgu-cikgu yang hadirkan diri.
Chris dan Arena juga ada di sini. Sejujurnya, aku memang sudah tiada perasaan apa-apa lagi pada Chris. Entah bila perasaan itu hilang. Tapi aku sangat bersyukur sebab dapat tumpukan perhatian pada benda lain pula.
Chris dan Arena mendekatiku. Bahu aku ditepuk sekali oleh Arena. "Semoga kuat ya, Eira?"
"Kitaorang ada dengan kau. Jangan sedih lama sangat." Chris pula bersuara.
Kemudian badanku ditarik oleh Arena ke dalam pelukkannya.
Pelukkannya dibalas. Mata dipejam rapat. "Terima kasih."
Setelah dileraikan pelukan, mereka meminta izin untuk pulang.
Aku tersenyum kecil. Tengok Aurel, ramai kawan kau yang datang.
Tanah merah yang baru dikambus itu aku pandang. Tertera nama Aurel ditulis pada kertas dan dilekatkan pada kayu sebagai tanda sebelum di bina batu nisan.
Mama yang berada di sisi aku menepuk bahu. Memberi semangat. Mama juga sudah di beritahu tentang semua yang terjadi sejak aku menjadi target pihak musuh. Abang dan Tuan Araf yang terangkan pada mama. Mama juga tak sangka dengan pekerjaan sebenar papa sebelum ini.
Abang pula sewaktu itu memang dalam perjalanan ke markas Istimewa atas isyarat bantuan daripada Afliq. Nasib baik abang ada disitu kerana aku memang tiada kudrat untuk melangkah selepas apa yang berlaku.
Sekarang hanya tinggal aku, mama, abang dan ahli keluarga Aurel. Puan Marina, mama Aurel dari tadi tidak henti-henti menangis atas pemergian Aurel.
"Mama tahu ramai yang sayang Aurel. Kita doa banyak-banyak ya?" Mama bersuara. Sekelip mata mengingatkan aku tentang pemergian arwah papa. Tak sangka, dalam masa beberapa bulan selepas aku kehilangan papa, kini Allah ambil seorang lagi keluarga yang aku sayang.
Nafas dihela.
Aku pandang pula ke arah Afliq yang sedang merenung kubur arwah adiknya. Dia duduk di atas kerusi kecil sambil terkumat-kamit membaca doa. Baju kurta bewarna hitamnya sudah kotor dek tanah sewaktu dia menolong membawa jenazah Aurel untuk dikebumikan.
Aurel sangat beruntung mempunyai abang yang baik seperti Afliq.
Afliq bangun lalu berdiri disisi kanan aku. Mama dan abang sudah menunggu jauh dibelakang.
"Aurel dulu nak sangat tahu tentang organisasi Istimewa ni." Afliq bersuara tiba-tiba.
Aku hanya memasang telinga. Menunggu ayat lanjut daripada Afliq.
"Tapi disebabkan dia masih belum capai 18 tahun, kami tak boleh dedah lagi untuknya. Sampai la satu hari, kami terpaksa minta bantuan dia, iaitu tugas untuk menjaga kau." Afliq tersenyum kecil.
Aku pandang Afliq. "Jaga aku?"
"Yup, sebelum aku masuk sekolah untuk jalankan tugas, kami terlebih dahulu beri tugas pada Aurel untuk tengok-tengokkan kau. Kebetulan kau orang pula sama kelas. Bukan main gembira dia dapat jalankan tugas pertamanya." Afliq ketawa kecil. Mesti teringat gelagat comel Aurel.
YOU ARE READING
istimewa
Science Fiction"Kau mahukan dia juga, bukan?" Tidak tahu apa sedang berlaku. Tidak tahu apa mereka mahu. "Kerana mereka... Istimewa."