bab 35

458 33 1
                                    

Kaki melangkah keluar daripada lif canggih bersama Afliq di sisi. Mata melilau melihat sekeliling baharu Organisasi Istimewa. Semenjak kejadian hari itu, aku sudah lama tidak jejakkan kaki ke sini. Aku akan dihantui dengan memori bersama Aurel dahulu. Sekarang aku gagahkan juga untuk kesini semula.

Pagi tadi, aku dan Afliq ke sekolah mengambil keputusan spm. Alhamdulillah, semua berjalan dengan lancar dan peperiksaan sudah lama berakhir. Kini, aku sudah habis tempoh menjadi pelajar di sekolah. Rasa sekejap rasanya.

Nak tahu keputusan spm aku? Aku dapat...

"Nah, hadiah untuk 8A," ujar Afliq dari belakang. Aku berpaling melihat kotak besar yang mengandungi Coklat Ferrero Rocher. Di atasnya dilekatkan nota kecil.

"Wah! Bila kau beli?" Aku menyambutnya dengan senyuman lebar. Ingat dia tak nak beri hadiah pada aku memandangkan Afliq tiada bawa apa-apa sewaktu kami berdua ke sekolah.

"Adalah. Untuk aku? Tak ada ke?" tanyanya mengangkat kening.

"Eh, kau nak juga ke?" Aku membelek nota yang ditampal pada atas kotak itu. Dari segi tulisan, Afliq yang menulisnya sendiri memandangkan tulisannya kemas.

Aku meneliti setiap perkataan yang ditulis. Setiap baris dibaca tertib.

Hadiah ni aku akan bagi tak kira apa pun keputusan spm kau. Ini tanda sebagai usaha kau untuk capai dan sanggup tak putus asa semata-mata untuk dapat apa yang kau nak.

Terkelu aku membaca ayat yang ditulis oleh Afliq.

"Mestilah, aku dapat 7A kot," kata Afliq bangga.

"Aku peliklah. Macam mana kau boleh dapat 7A? Otak kau memag kuat ke untuk ingat semula yang dah belajar 3 tahun lepas?"

Terkejut juga aku bila tahu keputusan Afliq 7A dan 1 B+. Apa yang dia makan pun tak tahulah.

Afliq hanya mengangkat bahu. Afliq meletakkan tangannya pada skrin sebelum pintu gelangsar mula terbuka. Kelihatan Tuan Araf sedang melakukan tugas dimeja bulat itu.

"Assalamualaikum, pa," sapa Afliq terlebih dahulu.

Mataku pantas memandang Euria yang berada di situ. Kaki melangkah ke arahnya. "Mana Zryan?" Selalu mereka ni berkepit je 24 jam. Kalini baru kali pertama aku lihat tiada Zryan di sisi Euria.

"Tengah training. Katanya lama dah tak jalankan tugas, takut tak cekap macam Afliq." Serentak itu aku dan Euria hamburkan tawa.

Afliq yang mendengar terus mencebik. "Takut kalah saing dengan aku la tu."

Euria kembali menjalankan tugasnya yang terganggu tadi.

"Macam mana dengan keputusan kamu, Eira?" soal Tuan Araf.

"Alhamdulillah. Terbayar semua hasil usaha saya. Hehe." Aku tersenyum kecil. Sebelum datang ke sini, Afliq teman aku ke kubur papa. Seronok aku bercerita pada papa yang aku berjaya capai gred A dalam matematik. Selepas itu, kami ke kubur Aurel.

"Alhamdulillah, papa yakin dia mesti bangga dengan kamu."

Aku senyum. Ya, aku pasti.

"Papa panggil kamu ke sini kerana ada sesuatu yang ingin diberitahu," ujar papa serius.

Aku mula memandang hairan.

"Sekarang kamu sudah lepasi umur 18 tahun. Jadi, papa nak tawarkan kamu untuk sertai organisasi ini. Ejen istimewa."

"Ejen?" Aku ternganga.

"Memandangkan organisasi ini adalah hasil daripada papa Eira, Kamu berhak dan layak untul sertai. Dan kamu takkan keseorangan, Afliq dan abang kamu, Eiman juga sudah lama menjadi ahli istimewa."

"Tapi... Saya masih tak berapa tahu tentang maklumat-maklumat mereka ni." Aku garu kepala. Kalau aku sertai pun, apa je kerja yang aku boleh buat? Nak lawan musuh? Seni pertahankan diri pun aku tak berapa mahir lagi.

"Itu semua boleh belajar. Eira boleh timba ilmu lagi untuk semua ni. Banyak masa yang Eira boleh guna untuk asah kembali kebolehan Eira dan menjadi ejen terbaik di sini," terang Tuan Araf memberi harapan.

Afliq yang berada disitu anggukkan kepala. Keputusan sekarang terserah pada aku sendiri.

Setelah berfikir-fikir, aku anggukkan kepala.
"Baik, saya terima untuk menjadi salah seorang ejen istimewa," kata aku yakin.

Tuan Araf tersenyum lebar termasuk Afliq.

"Nampaknya kita ada beban baru," ujar Afliq selamba.

Dengan pantas aku membaling kertas Ferrero Rocher yang dimakan tadi ke arah Afliq. Sempat pula dia mengelak. Ish!

"Nampaknya terpaksa aku jadi partner kerja kau." Afliq hela nafas. Geleng kepala seperti mempunyai tugas yang berat.

"Kalau Aurel ada mesti dia yang akan jadi partner aku," balasku balik, tersenyum hambar. Teringat tentang Aurel yang tidak sabar untuk bertugas di Istimewa.

Sejak-sejak ni, Afliq sering ceritakan gelagat Aurel ketika aku beritahu yang aku rindunya. Terubat la sikit bila dapat dengar tentang Aurel.

Bip! Bip!

Bunyi penggera daripada salah satu komputer di situ bergema. Euria segera berlari ke arah komputer itu dan cuba menganalisis apa yang di terima mereka.

"Ada apa Euria?" tanya Tuan Araf.

"Seperti signal. Kejap." Laju tangan Euria menekan-nekan di papan kekunci itu. Matanya serius melihat skrin komputer.

"Singnal manusia istimewa!" ujar Euria teruja.

"Hah? Untuk kategori apa?" Afliq mendekati mereka dan melihat maklumat tertera di skrin komputer.

"Mind reader."

"God! Akhirnya, kita jumpa juga kategori mind reader. Tahu lokasi di mana dia berada sekarang?" soal Afliq teruja. Menanti jawapan daripada Euria.

"Sekarang dia berada di..." Euria tekun melihat titik merah dan lokasi yang tertera. Cuba mengesan di mana manusia istimewa itu berada, "...Kawasan kita."

"Hah? Kawasan kita? Maksudnya, dia tinggal di sini?" tanya aku pula. Nampaknya Unit Istimewa ini akan bertambah dengan manusia yang mempunyai kelebihan.

Aku gembira untuk itu.

Mereka bertiga tiba-tiba diam sambil berpaling memandang aku. Tepat mata mereka tertumpu padaku. Dahiku berkerut seribu. Dah kenapa pula ni?

"Kenapa? Dia berada di mana sekarang?" soal aku pada mereka yang tak lepas memandang aku.

"Eira... Manusianya adalah..." Euria bersuara perlahan.

"Kau." Afliq menyambung.

"Hah?"

Tamat.

522024

istimewaWhere stories live. Discover now