bab 3

561 39 3
                                    

Malam ni kami bertiga makan masakan mama. Ikan siakap tiga rasa dan telur dadar. Cukuplah untuk kami tiga beranak. Masak banyak-banyak buat apa? Kalau ada arwah papa, mesti mama akan masak lebih. Selalunya papa yang akan habiskan lebihan makanan.

"Mama dengan abang nak keluar esok, beli barang abang. Eira nak ikut?" soal mama memecahkan kesunyian kami bertiga.

"Kat mana?"

"Entah, ikut abang. Klcc ke?" soal mama pada abang.

Abang yang sedang makan sambil menonton movie Marvel di televisen menoleh bila terdengar namanya disebut. Abang diam seketika, sedang memikir tempat yang di cadang oleh mama tadi. "Tak naklah. Dah selalu."

"Jadi, kat mana?" soal aku pula.

"Ioi City Mall, nak?" Abang pandang mama. Minta persetujuan.

Mama menghabiskan makanan di dalam mulut sebelum menjawab, "Ikutlah. Barang yang abang nak beli tu ada ke?"

"Klcc lah. Ada banyak kedai nak shopping. Kinakuniya, Petrosains, Godiva..." Aku tak nak mengalah. Klcc best apa? Macam-macam boleh beli.

"Itu nak shopping apa? Macamlah ada barang nak balik London kat kedai Godiva." Abang menggeleng kepala.

Aku tersengih. Lama sangat aku tak keluar jalan-jalan. "Habis tu, abang nak pergi mall mana?" soalku malas pada abang. Cerewet betul!

"Pavilion?"

"Tak nak, tempat cina."

"Klcc pun tempat cina apa?"

"Klcc special sikit. Ada mat salleh, bangla, pakistan, arab–"

"Tengok Eira ma. Nak cuci mata pula kat sana," adu abang pada mama yang dari tadi senyap dengar kami cadangkan tempat yang nak di pergi esok.

Betul apa? Kat Klcc memang ramai dengan pelancong luar negara. Macam-macam orang ada. Walaupun setiap minggu ke sana, tetap tak menjemukan aku. Bangga bila lihat ramai pelancong luar menangkap gambar berlatarkan menara berkembar itu.

"Dah. Esok pergi Ioi je." Mama membuat keputusan.

"Yes!" ucap abang gembira dalam kemenangan. Abang memandang aku seperti mengejek kerana mama tak memilih tempat yang aku cadangkan.

Aku berdecit lalu menghabiskan sisa nasi di dalam pinggan. Selesai, aku bingkas bangun menuju ke singki. Malas nak layan!

Terdengar gelak tawa abang dari luar. Dia gelakkan aku?

"Merajuk ke tu?" jerit abang dari meja makan.

"Diamlah!" Aku melaung dari dalam dapur. Dah menang diam, jangan bising-bising.

"Jangan merajuk, esok abang belanja Eira. Ambil je apa yang Eira nak." Terdengar suara abang mulai dekat dengan aku. Tahu-tahu dia sudah berada di dalam dapur sambil membawa pinggannya.

Dengar saja tawaran tu terus merajuk aku lesap entah pergi mana. Bersinar mataku memandang abang.

"Betul eh? Abang tak menyesal?" tanyaku minta kepastian.

istimewaWhere stories live. Discover now