Hari ni Aurel ajak study di luar. Katanya bosan sebab asyik hirup udara kat sekolah. Kafe Tealive menjadi pilihan kami.
"Assalamualaikum." Aurel beri salam lalu mengambil tempat disebelah aku. Salam dijawab dalam hati. Aku dengan Afliq sudah sampai dulu sebelum Aurel.
"Kau okey Eira?" soal Aurel tiba-tiba.
Dahiku berkerut. "Okey, kenapa?" soal aku balik.
"Kau tak tidur ke? Muka nampak penat sangat." Aurel mengeluarkan buku dari bag sandangnya.
"Oh, biasalah, study," jawabku selamba. Terus aku keluarkan buku untuk mengulang kaji.
"Nak jadi pandai pun kena jaga kesihatan, Indra." Afliq bersuara. Suaranya berbaur seperti memberi pesanan tegas.
"Nak jadi top student kenalah rajin," balasku.
"Dapat jadi top student, package sekali dengan sakit," sindir Afliq. "Buat jadual belajar, Indra. Seimbang masa belajar dengan masa berseronok," sambung Afliq lagi.
Ish, bisinglah Bintang ni!
"You study smart, i study hard, we're different," kataku selamba. Aku dengan Afliq memang mempunyai cara belajar yang berbeza. Afliq ada jadual belajar yang teratur. Manakala aku akan belajar jika mempunyai masa lapang. Nak pandai macam dia, kenalah kerja lebih sikit kan?
"Eh, dah dah! Gaduh pula." Aurel yang senyap dari tadi, bersuara.
Afliq menggeleng kepala. Mungkin penat beri nasihat untuk aku yang keras kepala ni.
Kami mula mengulang kaji subjek sejarah.
"Macam yang kau orang tahu, sejarah perlu ingat segala isi penting. Banyak cara untuk korang menghafal. Kalau cara aku, korang hafal aje dulu satu bab yang korang belajar." Afliq mulakan tugasnya sebagai guru.
Kami berdua mengangguk. Menunggu Afliq menyambung ayatnya.
"Lepas tu, sediakan satu kertas kosong untuk tulis semua isi yang kau orang hafal tadi. Tak kisahlah ingat sikit ke banyak, tulis je. Lepas puas hati dengan apa yang kau orang tulis, baru rujuk semula dengan buku teks. Cek balik isi mana yang betul, yang salah, tertinggal dan sebagainya."
Tekun aku mendengar Afliq jelaskan. Boleh pakai juga cara Afliq ni.
"Lebih afdal, korang cari soalan berkenaan tajuk yang kau orang hafal tu, dan tulis terus jawapan. Macam jawab periksa. Soalan kbat aku yakin kau orang tahu nak jawab, sebab dia ikut logik kepala. Soalan struktur yang kena score. Sebab kena jawab sebiji dalam buku."
"Okey, aku nak cuba cara kau," kata Aurel terus mengambil buku teks.
Sedang kami sibuk menghafal, bunyi notifikasi daripada Iphone Afliq. Kelihatan dia mengambil dan mula membelek.
Sempat aku mengintai wajah Afliq semasa dia sibuk dengan telefon. Mukanya tiba-tiba kelihatan cemas sambil menoleh kiri dan kanan. Seperti sedang mencari seseorang. Apahal Bintang ni? Cemas semacam aje.
Nak tanya, takut menyibuk pula. Aku mengerling Aurel disebelah, dia masih sibuk mengahafal. Aku kembali fokus melihat buku. Kalau dia perlukan pertolongan mesti dia akan panggil.
YOU ARE READING
istimewa
Science Fiction"Kau mahukan dia juga, bukan?" Tidak tahu apa sedang berlaku. Tidak tahu apa mereka mahu. "Kerana mereka... Istimewa."