Fuh! Otak aku memang dah tak boleh nak berfungsi sekarang! Satu apa pun aku tak faham cikgu Faridah ajar.
Aku berjalan ke arah lokar lalu keluarkan sebuah novel. Sekarang waktu rehat, aku nak habiskan waktu di perpustakaan sambil baca novel. Ini sahaja cara yang boleh kembalikan otak aku.
"Eira Indra?" Kedengaran suara dingin seorang lelaki. Aku berpaling untuk menghadap empunya suara.
Ni seorang lagi. Waktu ni la nak kacau aku.
Di depan aku sekarang berdirinya sebuah trafic light eh, berdirinya seorang Afliq dan di tangannya mempunyai beberapa buku latihan. Maaf, Afliq ni tinggi sangat, sampai terdongak aku.
Dia menyerahkan buku latihan kepadaku. Tanpa banyak songeh, aku menyambut hulurannya.
"Buku kau?" Dia bertanya untuk kepastian. Keningku terjongket. Ni mesti sebab tak kenal classmate sendiri. Tengok macam ragu-ragu aje bila nak beri buku tadi.
Aku mengangguk sekali. Malas ingin layan. Aku tak ada mood sekarang ni.
"Kenal Fana Sophia?" soalnya lagi.
Aku mengetap bibir. Menahan tawaku terletus di hadapannya. Kan dah cakap. Dia tak kenal classmate sendiri!
Aku menadah tangan meminta buku itu. Afliq seperti teragak-agak untuk memberi.
"Nanti aku bagi," ujar aku sebaris lalu. Ingin cepat pergi dari situ.
Kemudian buku Fana sudah berada di tangan aku.
"Thanks," ucapnya.
Macam biasa, aku hanya mengangguk.
Aku melihat Afliq berlalu dengan ekor mata. Kemudian dia menoleh dan mendekati aku semula. Dahiku berkerut.
"Indra?" tanyanya dengan muka tak berperasaan. Kemudian membelek buku latihan yang berada di tangannya. Aku pandang dengan pandangan pelik.
Dia hulurkan sehelai kertas nipis kepadaku. Aku menyambut hulurannya. "Apa ni?"
"Formula matematik. Aku pun dapat. Cikgu Faridah bagi."
"Okey, terima kasih."
Kemudian Afliq melangkah pergi. Sejujurnya aku cemburu dengan Afliq. Dia memang pelajar cemerlang. Di dalam kelas, Afliq paling bijak dalam subjek matematik. Tak berhenti Cikgu Faridah memuji dia.
Walaupun aku pelajar cemerlang juga, tapi aku masih cemburu dengan pelajar yang pandai dalam semua subjek. Bukan macam aku.
Macam mana aku nak tepati janji papa untuk lulus semua subjek dalam spm?
Aku menilik kertas yang diberi Afliq tadi. Memang berguna formula ni, walaupun kertasnya macam dah lama kerana ada tompok hitam. Mataku terpandang nombor di bawah hujung kertas. 101. Apa benda ni? Muka surat? Tapi macam pelik je.
Tanpa mengendahkannya, kaki terus melangkah ke arah perpustakaan sekolah. Aku masukkan nama ke dalam komputer untuk program nilam. Selesai, aku terus mencari meja kosong. Perpustakaan di sekolah ni amat besar. Terdapat banyak rak buku dan meja untuk pelajar ulang kaji di sini. Penghawa dingin jangan cakaplah, masuk aje dah macam kat London.
YOU ARE READING
istimewa
Science Fiction"Kau mahukan dia juga, bukan?" Tidak tahu apa sedang berlaku. Tidak tahu apa mereka mahu. "Kerana mereka... Istimewa."