bab 32

356 26 0
                                    

Tanpa amaran, peluru dari pihak musuh dilepaskan begitu saja. Afliq lebih peka segera menarik aku dan Aurel untuk berlindung sebalik dinding yang berada disitu.

Bang! Bang!

Tembakan dilepaskan lagi. Aku menutup telinga. Bunyi yang sangat menakutkan bagi aku. Afliq keluarkan sepucuk pistol yang aku kenali. Pistol yang menggunakan peluru picagari.

"Ini ubat tidur juga ke?" bisik aku.

"Ya, aku akan tembak pada lelaki seperti ketua mereka tu." Afliq mengeluarkan lagi sesuatu daripada bagnya.

"Aurel, bila mereka sudah ditembak dengan cecair ni, pergi dengan Eira untuk cucuk ni pada mama. Ini penawar untuk minda mereka yang dikawal," terang Afliq lalu menghulurkan satu picagari kecil dan didalamnya mempunyai cecair bewarna kebiruan.

Aku berdehem. "Mama aku." Aku perbetulkan ayat Afliq. Senang-senang dia claim mama aku.

Afliq hanya mengabaikan ayat aku.

"Ini tak akan sakitkan mama ke?" tanya aku.

"Tak, hanya cucuk seperti masukkan ubat." Afliq sudah bersedia dengan senjatanya.

"Sebelum tu, aku akan baling bom asap bagi menghalang mereka nampak kau orang. Sedia?"

Aku dan aurel angguk kepala.

"Mula!"

Serentak itu, Afliq bangkit dan membaling sesuatu yang mengeluarkan asap putih bagi menghalang pandangan musuh. Aku dan Aurel mengambil kesempatan untuk berlari ke arah mama.

"Mama!" Aku goncang badan mama bagi menyedarkan wanita itu. Tetapi hanya diam sebagai balasan. Mama memang sudah tidak sedar dengan apa yang berlaku.

"Aurel, cepat!" gesa aku bila dapati seorang musuh sudah dekati kami.

Aku keluarkan pistol yang diberi oleh Afliq tadi lalu menembak tepat pada kepala lelaki berbadan sederhana tegap. Setelah itu, dia rebah ke lantai. Aku tergamam. Aku tak bunuh dia kan? Bila lihat badan lelaki itu masih bergerak, aku lepaskan nafas lega.

Aku berkalih melihat Aurel yang sudah selamat mencucuk jarum picagari ke lengan mama.

"Ma? Mama! Ini Eira." Mama seperti separuh sedar terduduk. Aku pegang bahu wanita itu. Tiba-tiba saja mama rebah ke lantai dengan kelopak mata yang mula terkatup.

"Tak apa Eira. Itu memang kesan dari ubat ni. Apapun, minda mama sudah bebas dari dikawal." Aurel tepuk bahuku perlahan.

Aku pandang mama dengan pandangan sayu. "Maafkan Eira mama," gumamku perlahan.

"Aurel! Eira!"

Aku dan Aurel berpaling apabila nama kami diseru. Kelihatan musuh tadi sedang cuba membaling serpihan dari letupan ke arah kami. Dengan keadaan yang terkejut, tidak dapat kami mengelak.

Aku menutup mata dan menahan menggunakan tangan menunggu serpihan itu mengenai pada aku dan Aurel.

Kelopak mata dibuka apabila tidak merasakan apa-apa benda yang menyentuh. Sebaik sahaja mataku terbuka, aku ternganga melihat serpihan batu itu terapung di atas. Kelihatan Euria yang berada di belakang menahan serpihan itu daripada menyerang kami menggunakan kebolehannya.

Buk!

Afliq menghadiahkan satu tumbukan pada lelaki itu dan terus rebah.

Sebaik sahaja Euria berlari mendekati kami, serpihan yang terapung itu mula jatuh semula ke lantai.

"Mana Zryan?" soal Afliq pada Euria.

"Dia tengah tewaskan musuh yang lain. Dia suruh aku selamatkan diri dahulu." Euria pandang aku dan Aurel. "Kau orang okey?"

istimewaWhere stories live. Discover now