"Tanyalah apa yang kau nak tanya dari tadi," ujar Afliq selepas kami melangkah keluar dari kawasan sekolah.
Aku ajak Afliq untuk ke pekan sebelum pulang ke rumah. Ada kedai buku di sana, aku mahu beli alat tulis yang sudah hilang entah ke mana.
"Waktu kita study di Tealive haritu. Kau kan menghilang di tandas, lepas tu ada kereta polis datang. Ada kena mengena ke dengan kau?" Aku utarakan soalan. Masa itu jugalah yang aku sudah syak sesuatu dengan Afliq.
"Tajam juga eh permehatian kau." Afliq kerling aku seklias. Aku senyum bangga. Ini Eira la!
"Masa tu aku diberitahu, musuh yang sedang mencari kau berada di sekitar kawasan tu. Jadi, aku beri alasan untuk ke tandas dan selesaikan sebelum jadi lebih teruk." Afliq mulakan pencerahannya.
"Lebih teruk?"
"Sebelum musuh tu ekori kita hingga ke rumah, aku selesaikan dia terus di sana."
Aku angguk. "Jadi, musuh yang digari dan dibawa keluar oleh polis dalam tandas tu yang cari aku?"
"Yup, aku dapat kesannya di dalam tandas. Selepas dia dikalahkan, terus aku hubungi polis." Afliq membelek pen Faber-Castell yang terdapat di dalam plastik.
Aku mengambil dua buku nota kosong dan beberapa batang pen. Kemudian aku berlalu ke arah kaunter untuk membayar. Belum sempat Afliq menghulur duitnya kepada pekerja kaunter itu, aku sudah menepisnya terlebih dahulu.
"Takyah nak tunjuk gentleman sangat," bisik aku padanya. Afliq hanya mencebik.
"Tak kuasa aku."
Kemudian kami berdua keluar daripada kedai itu.
"Kejam juga kau eh? Gari musuh dengan besi besar macam tu. Aku tengok pun takut." Teringat lagi sewaktu aku lihat musuh yang digari dan ditutup mulutnya menggunakan kain hitam.
"Oh, itu bukan aku buat." Afliq menjawab.
"Aik, habis tu siapa?" Aku pandang hairan.
"Aku."
Suara seorang lelaki dibelakang kami berdua menyentakkan aku. Segera aku berpaling. Dan serentak itu, seluruh badanku menggeletar.
Zryan memandang kami berdua yang terkejut dengan kehadirannya. Aku pandang Afliq, berharap dia buat sesuatu.
"Apa kau buat kat sini?" soal Afliq. Aku pandang hairan, dah kenapa bersoal jawab di sini? Dah la tempat awam.
Aku sudah bersiap sedia untuk larikan diri. Jika Afliq arahkan aku untuk selamat diri, aku akan menuju ke arah tempat ramai orang.
"Macam yang kau nampak," jawab Zryan tenang. Sekali lagi keningku bertaut apabila Afliq mula dekati Zryan dan...
Mereka bersalaman?
"Pandai bawa perempuan keluar eh sekarang!" Zryan memeluk leher Afliq dan menyerabaikan rambut lelaki itu.
Kemudian Afliq menumbuk kembali bahu Zryan. "Kepala otak kau. Eira nak pergi kedai, aku kena teman dia." Kemudian mereka berdua membalas tumbukan sesama sendiri.
Aku berdiri tidak jauh dari mereka, ternganga. Apakah?
"Afliq!" jerit aku.
Mereka berdua serentak memandang aku.
"Sejak bila kau berkawan dengan musuh ni? Kau hilang ingatan ke apa?" soalku cuba menyedarkannya, mungkin Afliq kena sihir guna-guna.
"Kau tak beritahu dia lagi?" Terdengar bisikan Zryan.
Afliq mendekati aku. "Hujan, Zryan dipihak kita."
"Hah? Sejak bila? Tapi kan dia yang culik aku sewaktu di tandas lobi. Dia juga cuba untuk bunuh kau guna belati. Takkan senang-senang dia dipihak kita?" Suaraku sedikit meninggi. Disebabkan Zryan, aku dapat pengalaman paling buruk dalam hidup aku.
YOU ARE READING
istimewa
Science Fiction"Kau mahukan dia juga, bukan?" Tidak tahu apa sedang berlaku. Tidak tahu apa mereka mahu. "Kerana mereka... Istimewa."