bab 5

509 35 0
                                    

Aku memandang diriku di pantulan cermin. Baju abaya bewarna hitam dan tudung bawal bewarna putih gaya labuh depan dan belakang dipadankan oleh aku. Handsock bewarna hitam disarungkan dilengan. Foundation disapukan sedikit ke wajahku bagi kelihatan seperti manusia hidup.

Hari ini mama mengajak aku pergi ke kenduri kahwin selepas penat memujuk. Aku sejenis tak suka pergi kenduri. Tak kisahlah kenduri apa, memang aku tak akan pergi.

Tapi disebabkan mama dah pujuk aku dengan mengungkit kejadian mama teman ketika aku malu ingin oder makanan di kedai, nak tak nak aku kena ikut juga. Lagipun tiada siapa nak temankan mama.

3 jam sebelum kejadian...

"Eira..." Meleret suara mama memanggil aku.

"Eira kat depan!" laungku dari ruang tamu supaya mama dengar.

Kemudian muncul mama mendekatiku lalu duduk disebelah aku.

"Hari ini Eira ada nak keluar ke?" soal mama. Buah anggur yang dibawa mama tadi di hulurkan kepada aku.

"Tak ada rasanya. Kenapa?" soalku semula. Mata masih melekat melihat televisyen yang melayarkan cerita Hawkeye.

"Jom teman mama."

"Teman?" soalku hairan.

"Teman pergi kenduri."

"Kenduri?" Aku dah buat muka bosan. Mama ni macam tak tahu je aku tak suka pergi tempat macam tu.

"Jomlah Eira..." Mama dah mulakan sesi memujuk.

"Tapi Eira tak suka tempat ramai..." Aku beri alasan.

"Kenduri ni kat dewan besar. Selesa kalau nak makan." Mama tak nak mengalah.

"Kenduri siapa?" Siapa je nak kahwin sekarang ni?

"Kenduri kawan papa. Uncle Araf Imran. Anak dia kahwin."

Uncle Araf Imran? Macam pernah dengar. Oh! Kawan baik papa! Tak silap, aku pernah jumpa dengan Uncle Araf ni sekali aje. Tu pun dah tak ingat rupa dia.

"Jomlah Eira, teman mama. Kalau ada abang, dah lama mama ajak abang," pujuk mama lagi.

"Yalah." Akhirnya aku mengalah.

Minggu lepas aku dan mama hantar abang ke Klia. Sempat juga ada drama air mata sebelum abang masuk ke dalam kapal terbang. Alhamdulillah, abang selamat sampai ke tanah London.

Sempat kami buat video call sebab aku kemaruk nak tengok dunia London. Maklumlah, lama tak pergi sana.

"Eira dah siap?" Suara mama bertanya.

"Dah!" jawabku lalu mengambil bag tangan dan keluar dari bilik.

Mama mengenakan jubah bewarna biru gelap dan tudung shawl hitam bercorak bunga putih. Mama sentiasa nampak cantik!

Kami memasuki kereta Honda kepunyaan mama lalu bergerak ke lokasi yang ingin di tuju. Mama membaca doa kenderaan sebelum bergerak.

istimewaWhere stories live. Discover now