"Yey, dah nak sampai!" ujar gadis yang seronok bertepuk tangan bermain dam ular.
"Macam main tipu je," balas lelaki yang sedang bermain dengan gadis itu. Wajahnya seakan tidak puas hati dengan permainan yang dimain.
"Mana ada! Abang tu yang tak reti baling dadu," balas gadis yang menggelarkan lelaki dihadapan dengan panggilan 'abang'.
"Lah, baling je. Bukan kena kira, tu pun salah ke?"
"Baling pun kena ada cara la!"
"Ya ke? Abang tengok adik baling sama je."
Tak percaya apa yang aku lihat depan mataku sekarang. Aurel yang masih tekun membaling dadu, manakala Afliq hanya melayan karenahnya. Apa diaorang bahasakan diri tadi? Abang dengan adik?
"Eh, Eira!" Aurel yang perasan kehadiran aku tidak jauh dari situ berlari mendapatkan aku.
"Kau okey?" tanya Aurel. Memandang wajahku dengan riak wajah yang risau.
"A-Apa ni?" Aku tunjuk Afliq yang sedang mendekati kami.
Aurel seperti baru sedar aku masih disampuk dengan perasaan terkejut, terus ketawa besar. Menepuk lengan aku sekali.
"Kau ni, Eira. Aku tahulah kau jeles kalau bintang kau ni ada orang lain. Tapi tak ada maknanya mamat ni dengan aku, abang aku sendiri kot. Euw!" Aurel tunjuk muka geli.
"Afliq abang kau?" Muka aku dah mula berbahang. Ya Allah, malunya aku!
"Adik angkat sebenarnya," sampuk Afliq selamba.
"Hei! Bagitahu papa!" Aurel mencubit lengan Afliq. Marah dia bila digelarkan adik angkat.
Aku pandang wajah Aurel. "Betul ke?"
"Percayalah sangat cakap Pensel Astar tu. Tak adanya. Aku adik kandunglah," Aurel menjeling abangnya tajam.
Afliq hanya buat muka selamba. "Kau okey, Eira?"
Aku angguk. "Tapi, tak tahu kenapa boleh rebah. Sakit sangat kepala aku tadi." Aku gosok kepala dimana tempat yang sakit tadi. Itu kali pertama aku rasa sakit kepala seteruk itu.
"Tadi ada ejen perubatan kami yang periksa kau. Buat masa ni masih tak dapat kesan sebab sakit tu. Apa-apa maklumat baru, aku beritahu kau," terang Afliq.
"Kenapa kau tak beritahu adik kau, Aurel?" tanya aku pada Afliq. Macam tu je aku kena gula-gula dengan dua beradik ni. Patutlah selama ni Aurel elok bergurau kasar dengan Afliq sewaktu ulang kaji. Sedangkan bila dengan orang lain bukan main pendiam.
Afliq angkat bahu. "Tak penting pun."
Aku berdecit. "Tengok, habis aku buat fitnah tahu?"
Afliq pandang wajah aku. "Kenapa? Kau takut aku ada orang lain?" soalnya selamba.
Muka aku tiba-tiba berona merah. "Dah la!" Terus aku berlari ke arah Aurel.
Aku mengambil tempat duduk di kawasan sepertinya tempat berehat. Tempat ni aku belum pernah datang. Mungkin tempat makan atau kafe? Sebab banyak kerusi dan meja disini. Lagipun dekat dengan bilik perubatan.
"Siapa bawa aku ke sini?" Mata menghala ke arah Aurel yang sedang mengemas mainan-mainan yang dimainnya tadi.
"Akulah. Waktu kau pengsan tadi, gelabah aku hubungi Afliq. Dia suruh bawa kau ke sini." Aurel ambil kerusi di depan aku. "Nah, makanlah. Aku beli untuk kau."
Aku pandang makanan di atas meja. "Tak naklah, tadi baru lepas makan." Masih kenyang dengan seketul croissant yang dimakan tadi.
"Kenapa kau tak bagi tahu awal-awal?" soalku lagi. Susah untuk percaya dengan kejutan tadi.
YOU ARE READING
istimewa
Science Fiction"Kau mahukan dia juga, bukan?" Tidak tahu apa sedang berlaku. Tidak tahu apa mereka mahu. "Kerana mereka... Istimewa."