Misi aku harini untuk mencari Arena. Minta dia ajarkan aku matematik. Harap sangat dia boleh ajarkan aku.
Sampai di hadapan pagar sekolah, mata terus mencari kelibat Arena. Tiada. Mungkin dia dah masuk kelas.
Tiba di level 3, segera aku ke kelas Arena. Nasib baik di dalam kelasnya tak ramai lagi pelajar. Kalau tak memang aku dah patah baliklah. Aku mengintai ke dalam kelasnya. Pelik, tak ada pun. Mungkin belum sampai? Cari waktu rehat ajelah. Arena pengawas sekolah, boleh aku jumpa waktu dia bertugas.
Ketika aku nak berpatah balik ke kelas, terlihat Arena sedang berjalan di koridor bersama kawannya. Terus senyumanku meleret.
Alhamdulillah, Allah permudahkan urusan aku.
Arena juga tersenyum melihat aku sebelum menegur aku terlebih dahulu.
"Hai Eira."
"Hai Rena, aku nak minta tolong boleh?" soalku terus.
Arena memandangku hairan. "Tolong apa?"
"Kau pandai matematik kan?"
"Bolehlah, kenapa?" soalnya semula. Kami berjalan ke arah kelasnya.
Aku tergelak kecil dengan jawapannya. Sama macam aku. 2 kalai 5 je, eh 2 kali 5.
"Nak minta tolong kau ajarkan aku matematik, boleh?" soalku dengan mata bercahaya.
"Matematik? Bukan kau pandai juga ke?"
"Memanglah, tapi tak sepandai kau."
"Boleh, tapi mungkin aku akan ajar sekerat je," jawab Arena dengan muka bersalah.
"Kenapa?"
"Bulan ni aku banyak latihan. Bulan depan ada perlawanan silat antarabangsa," jawab Arena tersengih.
"Oh, yake? Tak apalah kalau macam tu." Suaraku dah mula kecewa.
"Tapi aku boleh ajar sikit." Wajah Arena bertukar bersalah. Cepat-cepat aku tayangkan senyuman.
"Eh, tak apa. Nanti kacau pula masa kau nak berlatih. Nanti aku minta orang lain. Good luck game nanti." Aku beri kata semangat.
"Terima kasih Eira!" ucapnya kemudian kami berdua beredar.
Aku masuk ke kelas dan meletakkan bag di kerusi. Syara di sebelah aku tegur.
"Syara, kau tahu siapa yang pandai matematik?" tanyaku sambil melihat plastik keropok ditangannya.
"Afliq," jawabnya sepatah. Nampak mataku merenung makanan ditanganya, Syara menghulurkan plastik keropok dia padaku.
Nafas dihela, dah agak nama itu akan terbit. Tapi aku tak nak lelaki! Keropok yang dihulur itu aku ambil sekeping.
"Kenapa?" soalnya.
"Aku nak cari orang yang boleh ajar aku matematik," jawabku kemudian kepala di letakkan atas meja.
"Mintalah Afliq ajar." Syara beri cadangan.
YOU ARE READING
istimewa
Science Fiction"Kau mahukan dia juga, bukan?" Tidak tahu apa sedang berlaku. Tidak tahu apa mereka mahu. "Kerana mereka... Istimewa."