"Nah, Eira."
Aku mengangkat kepala. Secawan air green tea berada di depan aku. Keningku terangkat, memandang Aurel.
"Untuk kau. Dari tadi berkerut buat latihan tu," ujar Aurel mengambil tempat dihadapan aku.
Aku capai cawan green tea, lalu diteguk sekali. Aku kerling jam di telefon. 9:15 pagi. Awal pagi tadi Aurel sudah ajak aku keluar pergi ke kafe. Awalnya aku menolak, tapi dipaksa oleh Aurel, aku turuti juga. Katanya ada benda nak beritahu.
Aku tahu, tindakan aku jauhkan diri daripada Aurel memang tak matang. Walaupun aku layan acuh tak acuh, tapi Aurel masih layan aku dengan baik.
Sepatutnya aku tanya dan minta penerangan padanya. Aku tak kisah jika Aurel memang ada hubungan dengan Afliq, cuma aku mahu tahu kenapa dia perlu rahsiakan hubungan mereka.
"Eira," panggil Aurel.
Aku yang sudah dalam dunia sendiri menatap Aurel. Kening diangkat.
"Kau okey?"
Dahiku berkerut. "Kenapa?"
Aurel angkat bahu. "Sejak ni kau macam tak okey. Kita pun dah jarang berborak. Aku... Ada sakitkan hati kau ke?" soal Aurel takut-takut.
Aku terkedu. Dia perasan semua tu. "Kenapa kau cakap macam tu?"
"Aku risau, kalau disebabkan aku... Kau terasa hati. Maaf, sebab aku tak pernah merasa ada kawan baik. Mungkin aku tak berapa faham kau."
Aku tertunduk. Terasa diri ini amat pentingkan diri.
"Aku takut. Disebabkan aku sendiri, kawan baik yang sudi berkawan dengan aku, tinggalkan aku," sambung Aurel. Kepalanya ditunduk.
Serentak itu aku menggeleng. "Bukan, Aurel. Kenapa cakap macam tu! Aku tak pernah terfikir pun nak tinggalkan kau."
Aurel pandang aku.
"Maaf. Sejak ni aku cuma serabut. Biasalah, nak spm, kena study, dan..." masalah keselamatan aku. Tentang aku ternampak dia dan Afliq, aku akan tanya nanti.
"Kau tak marah aku?"
Aku geleng. "Tak. Buat apa aku nak marah best friend aku?" Aku senyum.
"Eira! Dah lama aku tak nampak kau senyum tau. Selalu masam je." Aurel peluk tubuh sambil muncungkan bibir.
"Eleh, ya ke?" Aku garu kepala. "Maaf, Aurel, sebab tiba-tiba jauhkan diri daripada kau."
"Tak apa. Cuma, jangan buat macam tu lagi. Kalau ada apa-apa tak kena, beritahu je aku. Kalau kau diam macam tu, aku pun tak tahu nak buat apa."
Aku angguk. "Ay, ay, Orel."
Orel nama khas yang aku beri pada Aurel. Nampak macam pelik kan? Tapi kisah apa aku.
"Nak hug!" pinta Aurel lalu bangun memeluk aku. Aku balas pelukan Aurel sambil ketawa. Macam budak kecil.
"Rindunya kau!" Aurel lepaskan pelukan.
"Aik, bukannya aku pergi mana-mana pun." Aku mencebik. Over betul.
"Memanglah tak pergi mana. Tapi dah lama tak berborak sama macam kau pergi jauh tau." Dijelingnya aku sekilas.
"Kita nak balik pukul berapa ni?" Aku kerling jam di telefon.
"Eh, kejap. Ada makanan belum sampai lagi." Aurel mengintai menunggu makanan yang diodernya sampai.
"Aik, kau ada oder apa lagi?" Tak silap aku tadi hanya oder air dan dua biji croissant.
YOU ARE READING
istimewa
Science Fiction"Kau mahukan dia juga, bukan?" Tidak tahu apa sedang berlaku. Tidak tahu apa mereka mahu. "Kerana mereka... Istimewa."