bab 13

411 33 0
                                    

Aku memandang pelik. Oh, abang Arena rupanya. Boleh tahan.

"Rena, kenapa ni?" tanya abangnya. Riak wajahnya cukup cemas.

"Kawan adik jatuh tadi, nak hantar dia balik rumah." Arena memandang aku.


"Kita ada kecemasan." Abangnya bersuara.

"Tapi..." Arena pandang aku.

Seperti faham apa yang Arena fikirkan, aku bersuara. "Tak apa, aku boleh balik sendiri. Pergilah." Aku faham apa yang Arena risaukan. Sebenarnya aku memang perlukan seseorang untuk hantar aku balik, tambah pula dengan kaki yang terseliuh. Tapi kejam pula nak halang Arena.

"Maaf Eira, maaf sangat-sangat."

"Ish, apa pula. Aku yang kena terima kasih sebab teman aku sampai sini," kataku dengan senyuman.

"Maaf. Take care tau," ucap Arena kemudian memboloskan diri kedalam kereta.

Aku hanya memerhati kereta itu berlalu pergi. Aku menghela nafas kecil. Macam-macam ujian aku sekarang.

Aku meneruskan langkah untuk sampai ke rumah. Di sebabkan kakiku yang terseliuh ni, membuatkan perjalanan aku sangat lambat. Mahu maghrib aku sampai rumah.


Apartment kondo rumah aku sudah kelihatan. Mungkin dalam beberapa langkah lagi sampailah ni.

Krak!

Bunyi ranting kayu dipijak dari arah belakang mengejutkan aku. Segera aku menoleh kebelakang. Jantung dah berdegup pantas. Kalau ada penculik memang nasib buruk kaulah Eira! Dengan kaki terseliuh ini macam mana kau nak lari?

Kelihatan figura seorang lelaki tinggi lampai. Tak jauh dengan aku yang berdiri di sini.

"Kenapa?" soalnya selamba.

Berkerut dahi aku memandang lelaki yang aku kenali itu. "Kau buat apa kat sini?" Aku menyoal kembali. Pelik.

"Hantar kau?" jawabnya sambil mengangkat kening. Terdapat nada soal dihujung ayatnya.

"Hah?" Apa dia merepek ni.

"Jom." Terus dia berjalan melepasi aku. Menghiraukan aku yang masih terpinga-pinga.

"Afliq!" jerit aku sambil bersusah payah ingin jalan seiring dengannya.

"Kena-" Belum sempat aku ajukan soalan kepada Afliq, dia sudah memotong.

"Aku nampak kau balik dengan kawan kau dengan kaki terhinjut macam tu. Tiba-tiba ada kereta datang. Ingatkan nak tumpangkan kau orang, tiba-tiba kawan kau tu aje yang balik," ceritanya.

"Dia ada kecemasanlah." Aku jelaskan hal sebenar. Dari nada suaranya macam nak salahkan Arena sebab tak tumpangkan aku.

"Oh, thank you for the gift," ucapnya pandang aku sekilas, kemudian kembali memandang hadapan.

Gift?

Oh. Semalam semasa rehat, aku belikan air tin Milo untuknya. Aku lekatkan sticky note bertulis 'Sorry' di tin air itu. Tanda minta maaf sebab buat Afliq menunggu aku. Kemudian aku letakkan di bawah mejanya.

istimewaWhere stories live. Discover now