"Istimewa?" Keningku bertaut.
"Ya, itu adalah nama organisasi kami. Organisasi Istimewa adalah sebuah kumpulan yang mencari maklumat dan pelindung kepada manusia yang dianugerahkan keistimewaan," terang Afliq.
Terkebil-kebil aku memandang Afliq. Keistimewaan? Orang kurang upaya?
"Awak tahu tentang mind reader, Eira?" soal papa Afliq.
Aku angguk. Aku minat juga cerita begitu.
"Itu adalah salah satu maklumat keistimewaan yang kami cari dalam negara ini."
"Cari? Maksudnya mind reader ni wujud?" soalku terkejut. Selama ni aku hanya anggap fiksi semata-mata.
"Boleh dikatakan ya, dan tidak. Keistimewaan ini sahaja yang masih kami belum temui."
"Kejap, berapa banyak keistimewaan ni?"
Terlihat Uncle Araf beri isyarat mata. Afliq bangun dan bergerak ke arah komputer. Sekelip mata, keluar satu skrin besar dihadapan. Uncle Araf beralih memandang skrin dihadapan yang dibelakanginya tadi.
Terdapat beberapa maklumat yang dipancar. Satu apa aku tak boleh baca kerana tulisannya penuh satu skrin.
"Setakat apa yang kami kaji dan mencari, kami menjumpai 3 keistimewaan yang wujud di dunia ini. Pertama, mind reader. Seseorang yang boleh membaca minda orang lain dalam jarak yang dekat. Kedua, telekinesis. Iaitu seseorang yang berkebolehan menggerakkan sesuatu objek tanpa sentuhan fizikal. Keistimewaan ini terdapat dua jenis," terang Afliq panjang lebar.
Kemudian dia tunjuk slide gambar contoh seseorang yang mempunyai anugerah keistimewaan itu. Sekarang ini aku seperti sedang belajar sesuatu yang luar biasa.
"Tahap pertama bagi telekinesis adalah dengan mengawal menggunakan tangan mereka sahaja. Jadi, keistimewaan mereka hanya terletak pada tangan. Tahap kedua, seseorang telekinses yang mengawal menggunakan minda dan mata mereka. Tahap kedua ini, mereka juga boleh menggunakan tangan. Buat masa sekarang, kami telah jumpa seorang telekinesis, dengan tahap kedua."
Mataku membulat."Seorang? "
Afliq angguk. "Agak mustahil sebab tahap pertama belum ditemui, tetapi sudah jumpa tahap kedua. Tetapi, dia sudah dipihak kami." Afliq senyum bangga.
"Wau... Mana dia sekarang?"
Afliq mengabaikan soalan aku lalu sambung dengan pembentangannga tadi.
"Ketiga, keistimewaan mind control. Ini lebih kurang dengan mind reader, cuma yang ini lebih berbahaya. Seseorang yang mempunyai keistimewaan ini boleh mengawal minda orang lain untuk melakukan sesuatu yang disuruh. Kami ingatkan keistimewaan ini adalah amat rare dan tak mungkin akan jumpa. "
"Tapi... Dua bulan lepas, kami dapat kesan seseorang yang mempunyai kelebihan mind control," sambung Uncle Araf.
"Seramnya," kataku perlahan. Tak dapat bayang jika mindaku dikawal.
"Dan orang itu, dipihak musuh kita,"
"Hah? Dia tak tak tahu ke organisasi Uncle untuk lindungi orang macam dia?"
"Itu kami tak pasti. Sekarang pihak kami sedang siasat tentang itu. Sama ada orang itu terpaksa untuk sertai pihak musuh atau memang dia berpihak pada mereka."
Aku diam. Cuba cerna apa yang sudah masuk ke kepala. Tak sangka di dunia ini wujud organisasi yang lindungi orang yang mempunyai keistimewaan seperti itu.
"Kejap, jadi apa kena mengena dengan saya yang dalam bahaya?" soalku pelik. Segala penerangan tadi tiada lagi yang jawab persoalanku.
"Ketua pertama untuk organisasi ini sebelum Tuan Araf adalah Tuan Armand." Afliq bersuara.
YOU ARE READING
istimewa
Science Fiction"Kau mahukan dia juga, bukan?" Tidak tahu apa sedang berlaku. Tidak tahu apa mereka mahu. "Kerana mereka... Istimewa."