bab 17

377 33 1
                                    

"Aku letak harapan tinggi tau... Tapi... " Air mata mengalir lagi. Afliq kekal di sisi mendengar luahan aku.

"Kau dah berusaha, Indra. Aku sendiri nampak semua effort kau nak lulus matematik. Kau dah berusaha, berdoa, tawakkal, tapi Allah tak bagi apa yang kau nak. Mesti ada sebab. Dan sebab dia boleh jadi Allah nak kau menuntut ilmu lagi. Sebab apa? Sebab Allah nak bagi kau banyak pahala. Kan orang yang menuntut ilmu sama seperti orang berjihad di jalan Allah," ujar Afliq panjang lebar.

Aku terdiam. Apa yang keluar daripada mulut Afliq menusuk ke dalam hati aku. Betul, aku tak boleh persoalankan apa yang Allah dah tetapkan. Tapi...

"But people only see the result, they don't even see the struggles behind it." Aku mengeluh.

Afliq toleh memandang aku. "Ada orang bandingkan result kau ke?"

Alamak, terlepas pula.

"I know it. Come, tell me." Afliq menghadap aku. Sedia untuk mendengar cerita yang ingin aku ceritakan.

Aku menggeleng perlahan. "Tak ada apalah."

Mata kembali memandang ke atas. Melihat langit malam yang gelap ditemani bintang-bintang kecil yang bersinar. Udara dihirup sekali, kemudian dilepaskan.

Aku tidak berpaling memandang Afliq. Malu kerana sudah menangis di depan dia.

Tiba-tiba Afliq bangun. Tanpa beritahu apa-apa dia terus beredar tinggalkan aku yang memandangnya hairan. Nak panggil, tapi mungkin dia perlu balik. Tak apalah.

Sedang khusyuk aku mengira bintang, ada seseorang menghulurkan sesuatu di depan muka aku. Ais-krim.

"Your medicine?" Afliq bersuara.

Patutlah. Dia pergi shopping kat kedai bawah rupanya. Bukan main penuh barang dalam plastik merah yang berada di tangannya.

"Thanks," ucapku seraya menyambut ais-krim tersebut.

Afliq mengambil tempatnya tadi sambil tekun menjilat ais-krimnya.

"Apa lagi kau beli?" tanyaku.

"Eh, ni semua aku punya. Kau punya ais-krim tu je," jawabnya selamba. Aku berdecit. Kedekut!

Kemudian sunyi menemani kami. Hanya dengar bunyi plastik ais-krim dan suara kanak-kanak mandi kolam.

"Bintang," panggilku.

Dia menoleh menghadap aku.

"Kau pernah tak study hard sebab nak dapat markah tinggi, tapi end up kau gagal juga?" soalku tanpa memandang wajahnya.

Dia senyap seketika. Dalam beberapa minit baru dia bersuara. "Mestilah," jawabnya bersahaja.

"Kau tak rasa sedih? Kecewa?" soalku hairan.

"Mestilah sedih. Tapi aku dah berusaha dan berdoa. Sekarang hanya tinggalkan harapan pada Allah je untuk tentukan takdir yang baik atau buruk. Kalau baik, Alhamdulillah. Tapi kalau buruk? Alhamdulillah juga. Mungkin ada sesuatu yang lebih baik Allah nak gantikan," jawabnya tenang.

istimewaWhere stories live. Discover now