Terus kami memecut laju. Macam dah bukan manusia kami berlari, tergelak-gelak. Aurel pula asyik menjerit, marah sebab aku mendahuluinya.
Beberapa minit, akhirnya kami sampai di hadapan kelas. Tercungap-cungap aku dan Aurel mencari nafas.
Nak tahu siapa yang menang? Semestinya...
"Menang!" ucap aku bangga sambil tangan di layangkan ke atas udara.
Aurel menjeling aku. "Tak aci!"
"Tak aci apa, aku dah menang. Dengki ke?" usik aku.
"Aku nak coklat Ferrero Rocher tau!" Aku claim hadiah yang di tawarkan tadi.
Aurel merampas botol air aku lalu bersila di atas lantai.
Selesai Aurel menghabiskan air aku, terus kami membuka pintu kelas. Terlihat Afliq sedang menulis sesuatu di dalam bukunya. Serentak itu Afliq mengangkat wajah.
Berkerut dahinya lihat kami yang masih tercungap-cungap. Nasib baik dalam kelas ni ada penghawa dingin.
Kami mengambil kerusi lalu terbalikkan menghadap meja yang diduki Afliq.
"Kenapa lambat? Lupa?" soal Afliq. Sebiji seperti seorang cikgu yang sedang menyoal pelajarnya.
"Haah. Kau pula pergi macam tu je. Bukan nak panggil," jawab Aurel selamba. Aurel ni nampak aje pemalu, tapi bila dah kenal kasar juga dia.
"Kau orang berlari ke?" tanya Afliq lagi pandang kami bergilir-ganti.
"Aurel ajak lumba," jawabku.
Afliq keluarkan kertas daripada bagnya. Mungkin kertas matematik yang ingin diajarkan pada kami.
"Siapa menang?" Afliq menyoal.
Aku mengangkat kepala. Biar betul Afliq tanya soalan tu? Ingatkan dia tak layan perangai kami yang macam budak-budak ni. Dari segi fizikal, Afliq memang nampak seorang yang matang. Jenis tak layan benda remeh-temeh.
"Eira." Aurel tolong jawabkan.
Kami bertiga senyap seketika sambil menyediakan segala peralatan untuk mengulang kaji. Aurel bangun untuk kuatkan suhu penghawa dingin.
Lepas kami bertiga sudah bersedia, Afliq mulakan sesi 'kelas tambahan' kami.
"Okey, tell me. Apa yang korang faham dalam topik ni?"
Kami berdua senyap seketika sebelum memberi pendapat tentang topik yang dipelajari. Kebanyakkan semua topik aku hanya faham yang asas saja. Aurel pun sama.
"Cuba korang jawab soalan dalam kertas ni dulu," arah Afliq sambil menghulurkan kertas nipis yang berada di atas mejanya.
"Kalau tak tahu, tinggalkan dulu soalan tu, jawab soalan lain," sambungnya lagi.
Kami berdua menyambut kertas yang dihulurkan itu. Tanpa menunggu arahan, terus kami menjawab. Sambil menunggu, Afliq siapkan latihan yang diberi cikgu tadi.
"Afliq," panggil Aurel setelah lama kami bertiga berdiam diri.
"Macam mana kau boleh pandai?" tanya Aurel yang masih menulis di kertas.
"Kenapa?" soal Afliq kembali.
Aurel mengangkat bahu. "Kau kan lelaki, jarang jumpa lelaki pandai."
Aku memandang Afliq. Aku pun nak tahu juga jawapan dia. Tapi sampai kesudah Afliq tak menjawab. Hanya riak bersalah terpancar di wajahnya.
Kemudian kami bertiga kembali senyap tanpa seseorang bersuara.
"Siap," ucap Aurel bangga. Aku juga melepaskan nafas lega. Fuh, nampak je nipis, tapi soalan bukan main banyak.
YOU ARE READING
istimewa
Science Fiction"Kau mahukan dia juga, bukan?" Tidak tahu apa sedang berlaku. Tidak tahu apa mereka mahu. "Kerana mereka... Istimewa."