bab 14

400 34 1
                                    

Sampai sahaja di lobi apartment, tiba-tiba saja tekak craving nak makan ais-krim. Terus aku melangkah ke My News yang bersebelahan dengan Watson. Ya, apartment aku ada Watson, kau ada?

Setelah lama aku merenung pilihan ais-krim yang banyak itu, akhirnya aku memilih aiskrim La Cremeria Chocolate Brownie. Salah satu ais-krim kegemaran aku.

Aku berlalu ke arah kaunter. Sebaik sahaja aku sampai di kaunter, kaki aku menjadi keras. Terkedu melihat seseorang yang sedang membuat pembayaran tanpa menyedari kehadiran aku.

Setelah dia mengambil baki dari pekerja itu, baru dia menyedari kehadiran aku yang berdiri tidak jauh darinya. Mukanya juga kelihatan terkejut.

“Afliq?”

Aku bergerak membayar aiskrim dengan beri amaran pada Afliq supaya tunggu diluar kedai. Nasib baik dia ikut arahan aku. Afliq tunggu di luar kedai sambil mengunyah chew gum yang dibelinya tadi.

Sebaik sahaja aku melepasi pintu kedai, pandangan tajam di halakan pada Afliq. Dia hanya mengenakan T-Shirt biasa berwarna hitam dan juga selipar.

Kemudian mata melirik ke arah tangannya yang dibalut bersama beberapa plaster yang ditampal pada wajahnya. Terdapat juga luka kecil di pipi.

Ya, itu yang aku terkejut tadi. Bukan sebab terjumpa dengannya, tapi lihat dia seperti baru lepas dibelasah. Selama tiga hari ini dia pergi perang ke?

“Kau gaduh dengan siapa?” soal aku. Tangan membuka plastik ais-krim.

“Biasalah, lelaki,” ringkas dia jawab.

Aku menjelingnya. “Lelaki memang macam ni eh? Luka je kata ‘biasalah jantan’. Kalau tengah nazak pun kata ‘biasalah jantan’ macam tu?” Perangai mak-mak sudah keluar.

Aku hela nafas. Sekurang-kurangnya Afliq masih hidup. Tak adalah aku perlu cari orang lain untuk ajar aku matematik.

“Maaf tak datang sekolah. Tiga hari aku tak ajar matematik. Insya-Allah, nanti aku ajar apa yang tertinggal.” Afliq menunduk kepala. Sempat dia tayang sengihan.

Aku mengeluh kecil. Nak marah pun tak boleh bila tengok dia macam ni.

“Coklat aku dah makan?” Afliq memandangku.

Coklat? Oh! Baru teringat tentang coklat Ferrero Rocher tu. Sampai hari ni aku belum buka kerana tak tahu kabar beritanya.

“Belum.”

“Kau tak maafkan aku ke?” Afliq memandangku dengan riak wajah risau.

Aku berdecit. “Luka sikit je, bukan terbelah pun tangan aku.”

“Yalah, dosa dengan manusia selagi orangnya tak maafkan, Allah pun takkan ampunkan. Bahaya tau.”

“Tahu. Tapi, kenapa kau belikan coklat, boleh je kau minta maaf depan aku?” soalku. Aku tersenyum kecil. Afliq takut rupanya aku tak maafkan dia, sebab dosa dengan manusia Allah tak ampunkan selagi orangnya tak maafkan.

Tanpa menjawab pertanyaan aku, Afliq berlalu ke arah lif.

“Nak pergi mana?” Mengelat pula dia.

istimewaWhere stories live. Discover now