Kaki terus melangkah memasuki hutan yang dimasuki oleh Afliq tadi. Sebaik sahaja aku melepasi hutan itu mataku sedikit membesar. Ada sebuah rumah kecil bewarna putih di tengah-tengah kawasan yang lapang ini.
Rupanya hutan ni tak adalah tebal mana. Hanya depan itu aje yang banyak pokok. Lepasi dari pokok itu, terus ada kawasan lapang dan sebuah rumah. Sini ke Afliq pergi?
Aku pandang sekeliling, hanya ada sebuah rumah ni sahaja. Aku melangkah mendekati rumah itu sambil mata melihat setiap inci dinding. Rumah ini bukan jenis terbiar. Seperti dijaga kerana warna putihnya yang cerah dan tiada secalit kotoran.
Pintu juga cantik dan tak berlubang. Bacaan bismillah dibaca sebelum tangan mengulas tombol pintu.
Aku masukkan separuh kepala ingin melihat pendalaham rumah. Kosong. Tiada sebarang perabut. Ruang rumah ini seperti satu bilik tidur.
Aku melangkah ke arah dinding berhadapan pintu rumah. Aku tahu ini bukan rumah kecil biasa. Mesti terdapat satu pintu rahsia yang boleh ke sesuatu tempat. Aku perhatikan setiap inci dinding. Perasan akan satu bahagian petak yang timbul, aku tekan.
Dan sekelip mata, dinding putih ini bergerak membuka seperti lif. Aku tergamam, walaupun aku sudah agak ini akan berlaku, tetapi masih tak dapat sorok perasan terkejut ini. Kali pertama kot!
Tanpa banyak soal, aku melangkah memasuki lif canggih itu. Di dalamnya terdapat 3 button. Aku tekan pada button A. Mungkin aras satu. Aku yakin ini tempat Afliq pergi. Mungkin tempatnya bekerja? Tapi takkan secanggih ini?
Terasa lif mula bergerak turun kebawah. Jantung mula berdebar. Rasa tak sedap hati. Gunting aku bawa keluar. Menjadi senjata jika ada sesuatu berlaku yang tidak diingini.
Ting!
Pintu mula terbuka. Dan sekali lagi aku tergamam. Aku melangkah sambil memandang sekeliling.
Tempat apa ni? Aku melihat satu ruang kosong seperti koridor. Koridornya luas dan aku yakin dinding dan lantainya diperbuat daripada besi. Sama seperti di dalam lif canggih itu.
Di kanan dan kiri aku terdapat satu pintu seperti mall yang bewarna kelabu, menghalang aku daripada melihat sebalik pintu itu. Di tepinya terdapat alat imbasan tangan. Jika ingin masuk ke situ mungkin perlu menggunakan imbasan tangan.
Aku mula keliru. Sekarang nak pergi arah mana? Betul ke Afliq pergi ke aras ni? Kenapalah tiada peta? Boleh aku tahu tempat apa yang berada di kanan dan kiri aku.
Hujung koridor berhadapan dengan pintu lif ini terdapat satu pintu besar. Di tepinya sama, perlukan imbasan tangan untuk masuk ke dalam.
Sedang aku berfikir-fikir, tiba-tiba lampu yang terang di koridor ini terpadam. Gelap. Aku teguk air liru. Alamak, blackout ke?
Aku mencari telefonku di dalam bag. Lampu flash dibuka. Jantung mula berdegup pantas. Risau tiba-tiba keluar perangkap sepeti dalam cerita aksi-aksi yang lain. Aku jalan kehadapan menuju ke arah pintu besar.
Tap!
Kepalaku pantas berpaling kebelakang ketika bunyi sesuatu. Hatiku sudah berdebar. Apa benda tu? Mataku tak dapat lihat dengan jelas kerana tiada cahaya. Lampu flash aku masih tidak mencukupi.
YOU ARE READING
istimewa
Science Fiction"Kau mahukan dia juga, bukan?" Tidak tahu apa sedang berlaku. Tidak tahu apa mereka mahu. "Kerana mereka... Istimewa."