bab 2

670 42 1
                                    

Aku menggunakan isyarat kepala menyuruh dia mengambil sendiri gunting di dalam kotak pensel aku. Tak perlu lihat wajahnya, aku dah kenal siapa suara yang meminta itu.

Terlihat tangan lelaki itu membuka kotak pensel yang berada di atas meja lalu mengeluarkan gunting bewarna hitam.

"Kau ni Chris, tak ada budak lelaki ke nak pinjam." Fana pandang Chris dengan riak jengkel.

"Kau ni macam tak tahu je kelas kita ni miskin gunting. Kalau ada pun, semua kedekut," jawab lelaki bernama Chris. Terlihat dia sedang menggunting plastik keropok Super Ring yang dibawanya.

"Dia orang ingat aku nak bawa lari kot gunting buruk dia orang tu," sambungnya dengan ketawa kecil.

Aku yang sedang menulis tergelak kecil.

Selesai menggunting, dia letakkan gunting tadi di atas meja. "Terima kasih," ucapnya lalu ingin melangkah pergi. Belum sempat dia melangkah...

"Nak sikit!" minta Fana.

Chris berdecit. "Pantang nampak makanan. Tak boleh!" jawabnya sambil menjauhkan Super Ring daripada Fana.

"Hari tu kau minta aku punya Pocky aku bagi sebatang tau!" balas Fana tak nak mengalah.

"Sebatang apa, kau bagi aku setengah! Itu pun bahagian yang tak kena coklat," laju Chris membalas.

Aku yang melihat pergaduhan tu tertawa kecil. Ada ke Fana belah dua batang Pocky dan beri Chris bahagian yang tak ada coklat. Memang tak rasalah!

Chris menjeling Fana sebelum menghulurkan plastik keropok. "Satu je."

"Terima kasih," ucap Fana tersengih selepas mengambil tiga ketul Super Ring. 

"Nak?" tanya Chris sambil menghulurkan plastik ke arahku. Aku hanya menggeleng kepala. Lalu dia berjalan menjauhi meja kami berdua.

Adam Chris.

Siapa saja yang tak kenal dengan perangainya yang lawak dan friendly. Salah satu pelajar jika tak datang sekolah, maka sunyilah kelas. Semua cikgu yang ajar kami pun dah kenal sangat dengan perangai Chris. Tambah pula dengan rupa dan ketinggian yang membuatkan orangnya kelihatan sempurna. Ada juga segelintir pelajar perempuan yang menaruh hati pada Chris.

Termasuklah, aku. Crush yang aku kagumi secara diam selama 4 tahun. Semua bermula ketika Chris, iaitu murid baru memasuki kelasku sewaktu tingkatan 1. Kali pertama aku melihat Chris jantungku sudah berdegup laju.

Tiada siapa tahu tentang perasaan aku terhadap Chris. Aku hanya simpan kemas di dalam hati. Tambah pula aku tak mempunyai kawan baik, jadi lebih selamat aku simpan rahsiaku yang satu itu.

Sikap Chris yang terlebih friendly itu tidak merosakkan perasaan aku padanya. Kenapa? Chris sentiasa beramah mesra dengan semua pelajar perempuan dalam kelasnya, dan itu tidak terkecuali dengan aku.

"Bangun!" Suara pengerusi kelas menyentakkan lamunanku. Terlihat Cikgu Ismail yang baru sahaja tiba sedang meletakkan barang di atas mejanya.

"Assalamualaikum Cikgu Is," ucap pengerusi kelas lalu diikuti oleh pelajar yang lain.

"Waalaikumussalam, duduk," arah Cikgu Ismail. Cikgu Ismail mengira bilangan pelajar di dalam kelas supaya mencukupi.

istimewaWhere stories live. Discover now