bab 4

536 35 1
                                    

+60 12-345 678
Boleh, alamat.

Dia balaslah! Bersosial juga Afliq ni. Fast reply pula tu. Kiranya esok dia akan datang rumah Ziyad la kan?

Niat aku nak menonton movie Marvel terbantut serta-merta. Minatku sekarang berarah kepada telefon.

Ziyad
Cun. Alang-alang joinlah kita orang sekali. Boleh ajar kita orang.

Aku merenung skrin telefon. Nak lihat apa yang Afliq balas. Beberapa minit kemudian, muncul mesej baru daripada nombor yang tak kenali tadi. Afliq.

+60 12-345 678
Tak apa. Ada hal.

Aku menggulingkan mata ke atas. Drynya!

Kemudian, group itu di penuhi dengan mesej kawan-kawan yang lain. Ada juga aku tunggu mesej Afliq menyelit dalam group tu. Tapi sampai ke sudah tak ada.

Aku menekan profile Afliq. Tak ada apa yang menarik. Tiada gambar ataupun bio. Group yang di join pun hanya group kelas. Kalau di ikutkan, aku dengan Afliq tak ada beza pun. Tak ada profile ataupun bio. Status pun boleh kira dengan jari berapa kali aku update setiap tahun.

Nak save ke nombor dia? Takyahlah. Kat sekolah pun tak pernah bertegur, tiba-tiba nak save nombor, kan?

Nak tahu kenapa dengan dia? Sini aku cerita.

Afliq Astra.

Pelajar baharu sebulan yang lalu a.k.a musuh ketat aku. Secara teknikalnya, aku aje yang anggap dia musuh. Entah-entah dia pun tak kenal aku.

Sejak dia bersekolah di sini, dia dah rampas tittle aku sebagai pelajar cemerlang. Ikutkan peratus, aku tinggal 40% sahaja. Afliq sudah rampas 60% tittle aku sebagai pelajar cemerlang.

Kali pertama dia masuk kelas, aku ingatkan dia cikgu praktikal. Sebab nampak sedikit matang dan tak nampak macam pelajar. Tapi bila lihat dia berjalan duduk di belakang kelas, baru tahu dia sebenarnya pelajar baharu.

Awal persekolahan dulu, aku tak syak pun yang dia pandai. Tapi sejak awal ujian, kebanyakkan subjek semua markah dia lagi tinggi dari aku. Ada markah kami seri, ada juga markah aku lagi tinggi dari dia. Tapi macam aku cakap tadi, kebanyakkannya semua dia lagi tinggi. Ya, tinggi macam orangnya.

Mulai daripada itu, aku mulakan kerja. Kerja sebagai stalker. Aku memerhatikan dia setiap masa dalam kelas. Tak adalah setiap masa, mahu lebam mata aku kalau asyik tengok dia.

Dari apa yang aku dah perhatikan, dia memang seorang yang pendiam. Pendiam yang cool. Pernah beberapa kali je aku tengok dia bercakap dengan classmate lelaki. Itupun sebab nak tanya pasal buku teks muka surat berapa, kerja apa yang nak kena buat. Itu jela yang aku tahu.

Dan apa yang aku perhatikan. Dia pandai matematik. Markah awal tahun pun dia dapat gred A. Aku? Subjek yang paling aku lemah sekali semestinya matematik. Tak tahulah apa mama makan sampai semua subjek aku cemerlang, tapi sampai je subjek matematik, memang aku tak boleh pergi.

Sebelum arwah papa meninggal, aku dah janji dengan papa akan belajar rajin-rajin untuk lulus matematik dalam spm.

Tapi... Allah lebih sayangkan papa. Aku akan tunaikan janji papa untuk lulus matematik dalam spm. Demi tuhan, aku janji.

— 𓆩⚝𓆪 —

Aku memandang deretan gelang dan barang perhiasan lain yang cantik bersinar itu. Sekarang aku berada di kedai aksesori sementara menunggu mama dan abang membeli barang di kedai mall yang lain.

istimewaWhere stories live. Discover now