Mataku berkelip-kelip dek kerana cahaya yang memantul ke wajahku. Walaupun mata masih terasa lemah, aku gagahkan juga untuk membuka kelopak mata. Kepala berasa pening. Mungkin disebabkan aku pengsan tadi. Ketika separuh sedar, aku bangun daripada katil putih yang sedang aku baring.
Mataku melilau melihat sekeliling. Kat mana ni?
Kelihatan sebuah bilik serba putih tanpa sebarang perabot. Kosong. Tiada apa-apa selain katil putih ini. Hanya terdapat pintu yang juga berwarna putih di belah kanan.
Aku melepaskan nafas lega ketika tanganku dapat merasa tudung yang dipakai masih tersarung dikepala. Sekurang-kurangnya auratku tak terdedah. Baju dan bag yang dibawa ke tandas tadi pun masih ada.
Pelik. Kenapa diorang tak ambil bag ni? Selalunya mereka akan ambil segala barang mangsanya.
Kejap. Sekarang aku kena culik kan? Siapa yang culik aku? Apa mereka nak? Kenapa mereka bawa aku ke bilik macam hospital ni?
Tapi nasib baik mereka tak letakkan aku di bangunan terbengkalai buruk dan kotor tu. Disini bersih daripada segala kotoran. Mungkin mereka cuci tempat ni 5 kali sehari.
Kemudian kedengaran derapan tapak kaki mendekati bilik ini. Serta merta jantungku berdebar. Bunyi pintu bilik sedang dibuka kedengaran, dan muncul figura seorang lelaki tinggi kemas berpakaian baju hitam. Lelaki tadi.
Aku memandangnya berani walaupun jantungku seperti ingin pecah.
Ya Allah, lindungilah hamba mu ini.
"Beritahu apa yang kau tahu," arah lelaki itu dengan suara garaunya. Mukanya beku, tajam memandang aku.
Dahiku berkerut. Banyak benda yang aku tahu. Dia nak tahu pasal apa? Sejarah negara? Matematik?
"Apa benda? Banyak yang aku tahu," jawabku kasar. Memandang lelaki dihapanku jengkel. Matanya aku tatap. Kenapa lelaki ini nampak seperti lain? Kenapa matanya memandang aku tidak seperti manusia biasa?
"Jawab dengan jujur kalau kau tak nak mati," katanya keras. Tak mahu aku main-main.
Air liur diteguk. Kalau tak nak mati? Ya Allah, apa yang tengah aku lalui sekarang?
"Aku tak tahu apa yang kau nak tahu," kataku mendatar.
Lelaki itu lepaskan nafas kasar lalu mendekati aku. Serta merta, aku berundur ke belakang.
"Cakap."
"Tentang apa?" Suaraku meninggi.
Dia tertawa sinis. Mungkin fikir aku bermain.
"Maklumat tentang mereka."
Dahiku belapis. Mereka? Siapa?
"Siapa pula ni? Kau salah culik orang ke apa? Kalau tanya pasal sejarah aku bolehlah jawab," kataku kasar.
Dia maju ke arahku dengan wajah yang merah, mungkin berangin kerana aku tinggikan suara. Tangannya diangkat ingin menampar aku. Tetapi belum sempat tangannya mendarat ke pipi aku, terdengar besi jatuh ke lantai.
Bam!
Aku mengangkat kepala. What the fish?
Kelihatan figura Afliq melompat turun daripada siling. Aku ternganga. Macam mana dia masuk dalam tu? Macam mana dia tahu aku kat sini?
YOU ARE READING
istimewa
Science Fiction"Kau mahukan dia juga, bukan?" Tidak tahu apa sedang berlaku. Tidak tahu apa mereka mahu. "Kerana mereka... Istimewa."