bab 12

403 34 0
                                    

"Like snow at the beach..." Terdengar halus suara Afliq menyanyi. Siapa sangka lelaki macam Afliq pun layan lagu Taylor Swift.

Dua jam sebelum...

"Kalau aku buka lagu boleh tak?" tanya aku.

Satu saja tujuan aku. Tak nak terasa janggal. Kalau ada Aurel aku tak kisah, sebab dia boleh jadi radio. Bising je kerja. Tapi sekarang dia tak ada. Tambah pula aku tak reti berborak. Jadi aku rasa lebih baik buka lagu untuk hilangkan rasa janggal ini.

"Bukalah," jawab Afliq sambil menekan kalkulator.

Aku mengambil IPhoneku lalu membuka aplikasi Spotify. Hm, Afliq suka lagu apa ya? Kalau aku buka lagu yang aku suka, takut dia tak selesa pula.

"Kau suka lagu apa?" Aku melihat Afliq yang masih tekun membuat latihan.

"Tak kisah."

Okey dia tak kisah. Playlistku dibelek. Aku menekan start pada playlist berlambang bintang. Semua lagu yang ada didalam playlist itu lagu Taylor Swift. Aku memang suka dengar lagunya.

Lagu Cardigan kedengaran. Afliq mendongak, mungkin nak kenal pasti lagu apa yang aku mainkan.

"Kau suka lagu Taylor Swift?" tanya Afliq.

"Suka! Lagu dia semua best-best," jawabku teruja. "Kau?" Aku menyoal kembali.

"Bolehlah. Tapi aku lagi suka lagu Najwa Latif," jawabnya lalu mengambil satu batang Nabati. Ya, kami belajar sambil berkelah. Aku dan Afliq membawa makanan masing-masing.

"My childhood singer!" jeritku teruja. Siapa aje yang tak kenal dengan Najwa Latif. Semua lagunya aku suka.

"Indra." Suara Afliq menyedarkan aku. Habis hilang kejadian dua jam lalu tadi.

Aku mengangkat kepala, kening diangkat seperti 'apa dia?'.

"Boleh jawab tak?" Dia memandang kertasku yang sedang mengulang kaji.

"Oh, boleh-boleh." Baru tersedar yang aku sedang mengalamun.

Alhamdulillah aku boleh biasakan diri walaupun masih terasa janggal dengan Afliq. Afliq pun macam biasa aje. Macam tak ada perasaan.

Setelah hampir jam lima petang, kami mula kemaskan barang. Aku pulangkan buku Afliq yang dipinjam tadi.

"Afliq Astra." Aku baca namanya yang tertulis di buku.

Dia mengangkat kening.

"Peliknya nama. Selalu aku dengar Astro. Ini Astra," kataku berseloroh.

Terlihat bibir Afliq tersenyum kecil, mungkin lucu dengar aku mengutuk namanya.

"Tapi cantiklah." Tiba-tiba rasa cemburu. Walaupun pelik, tapi nama dia memang cantik. Kenapa mama tak letak nama aku macam tu?

"Tengoklah orangnya," kata Afliq bangga. Aku mencebik. Dah pandai loyar buruk nampak.

"Tak silap aku, Astra maksudnya bintang kan?" soal aku. Aku tahu pun kerana aku pernah masuk ke kelas astronomi.

"Ya."

"Untunglah, nama lawa. Maksud pun cantik." Aku menyerahkan buku tadi kepada Afliq. Tiba-tiba terasa amat cemburu. Aku suka bintang. Suka apa saja yang berada dilangit dan angkasa.

"Eira Indra."

Aku berpaling kearah Afliq yang sedang tekun mengemas buku tanpa memandang aku.

"Eira maksudnya salji. Indra pula maksudnya hujan. Cantik apa? Hujan salji," katanya.

istimewaWhere stories live. Discover now