Aku pandang Aurel yang tiba-tiba berwajah sedih. Aku kerutkan kening. Haih, tadi kemain teruja, tiba-tiba aje muka sedih.
"Kenapa muka macam tu?" tanya aku.
Aurel angkat muka pandang aku sekilas. "Tak ada apa. Cuma... Aku tak pernah rasa keluar dengan kawan macam ni."
Keningku terjongket. "Maksud kau?"
"Sebelum ni aku tak ada kawan baik. Kawan rapat pun tak ada. Memang tak pernah la merasa keluar jalan-jalan dengan kawan macam ni." Aurel sengih.
Terbit rasa sayu dengar luahan Aurel. Walaupun aku juga tiada kawan baik, tapi aku pernah juga merasa keluar dengan beramai-ramai. Cuma sekarang aje dah jarang.
"Aurel," panggil aku. Mataku bersinar.
Dia angkat kepala memandang aku.
"Kau jadi best friend aku, nak?"
Riak Aurel berubah terkejut. "Ha?"
"Jadi best friend aku. Berkepit dengan aku 24 jam." Aku senyum lebar.
"Seriuslah? Tak naklah."
Aku pandang terkejut. Mati senyuman teruja aku. "Sampai hati kau tolak lamaran aku!"
Aurel ketawa. "Bukan, tapi aku tak pernah ada best friend. Nanti kena layan macam boyfriend-girlfriend ke?" Aurel garu kepalanya yang dibaluti tudung.
"Aku dah lamar kau jadi best friend. Jadi, pernah kan la. Alah, bukannya kena sweet-sweet pun. Janji kau ada aku, aku ada kau."
"Kau tak kisah ke ada kawan macam aku?"
Soalan Aurel buatkan tangan aku laju mencuit pinggangnya. Dia jerit menepis tangan aku. "Kau ni! Apa kata macam tu."
Aurel ketawa kecil. "Okey."
"Yey, sekarang kau dah jadi bestie girl aku!" jerit aku teruja.
"Ish, janganlah jerit, orang dengar nanti." Aurel menekup mulut aku sambil pandang sekeliling.
Kelihatan beberapa mata pelanggan memandang ke arah kami. Aurel hanya membalas dengan senyuman."Hehe, maaf," ucapku selepas Aurel lepaskan tekupan di mulut aku.
Kemudian muncul pelayan menghantar makanan yang di oder kami. Terus aku dan Aurel nikmati makanan tanpa bersuara. Lapar punya pasal lepas pusing satu mall.
"Eira," panggil Aurel.
Aku yang sedang mengunyah keledek goreng palingkan wajah. Mengangkat kening seperti bertanyakan 'apa?'
"Kau ada crush?" soal Aurel.
Keningku bertaut. Haih, apa pasal Aurel tanya macam tu?
"Kenapa?"
Aurel angkat bahu. "Saja tanya."
Memandangkan Aurel sudah jadi bestie girl aku, tak salah aku nak beritahu. Tapi... Aku tak pasti sama ada aku masih suka dengan Chris. Sejak akhir-akhir ni, aku rasa sesuatu. Tapi, kenapa?
"Ada ke?"
"Ada."
"Wah, siapa?"
"Adalah."
YOU ARE READING
istimewa
Science Fiction"Kau mahukan dia juga, bukan?" Tidak tahu apa sedang berlaku. Tidak tahu apa mereka mahu. "Kerana mereka... Istimewa."