Seusai mandi nenyegarkan diri, aku duduk di birai katil bilik Dean. Badan rasa penat, lesu dan macam macam lagi, rasa nak aje baring tapi teringat yang aku masih belum solat Maghrib. Azan pun baru sahaja berkumandang jadi baik lah aku mengerjakan kewajipan dahulu sebelum sambung berehat di atas katil empuk ni.
Habis sahaja solat, aku baring di atas katil semula sambil badan masih diselimuti telekung. Aku pandang syiling bilik Dean yang tak jauh bersihnya macam rumah baru. Pandai juga minah ni jaga rumah, kalah la aku rasanya kalau nak dibandingkan. Memang patut la kawan aku ni high standard.
Termenung aku di balik syiling putih itu, sambil termenung memikirkan hal yang terjadi petang hari ini. Memang betul betul tak terjangka, dan lebih tak terjangka lagi orang yang dia jumpa itu bukan lah calang calang orang.
"Patut ke aku contact dia? Tapi nak cakap apa? Saya minta maaf atas hal semalam? Hish macam formal sangat" masih berdalih sama ada perlu atau tidak untuk menghubungi lelaki misteri itu. Serabutnya kepala aku sekarang ini.
Tepat tepat sahaja Dean masuk ke bilik, dia seperti baru sahaja keluar dari bilik mandi.
"Wifi, kau lapar tak babe? Jom keluar makan" kata Dean sambil melibas-libas rambut perangnya yang masih basah itu.
"Fea, kau rasa patut ke aku contact mamat Mercedes tu?" Aku bertanya kepada Dean.
"Tanya aku pulak, kau yang hadap benda tu kau la yang patut pilih. Tapi aku rasa patut kot kau contact dia, mana tau korang jumpa lagi lepastu dia ajak kau candle light dinner ke" terus berubah jadi miang kawan aku seorang ini. Tak pernah serius!
"Kau ni, tak akan la dia nak ajak aku. Aku ni siapa jela, bukan orang ternama pun sampai dia nak ajak candle apa semua tu" aku jeling Dean dihujung mata.
"Mana la tau, lagipun kau bukannya ada pasangan lagi jadi tak pelik lah kalau kau dah jumpa calon yang sesuai" Dean senyum gatal sambil ketawa kecil. Suka ya kau kena kan aku!
"Hish dah la wifi, siap la kita pergi makan ni, kita pergi makan dekat 4fingers nak? Aku dah lama tak makan situ" ajak Dean sambil menarik tangan malas aku yang masih sedap terlentang di atas katil.
Sakit macam nak tercabut bahu aku bila lengan ditarik oleh Dean secara paksa. Nasib la kau ni kawan aku, kalau tak tamat juga riwayat kau kat sini.
"Yelah aku siap kejap" kataku malas.
"Jangan lama-lama, kau tu siap lama pun bukan boleh jadi macam Dahlia Rizal pun" perli Dean. Dia memang hobi suka memerli aku. Nasib aje aku sayang kau.
"Diam lah hish. Tunggu aku tau babe" jeritku setelah Dean keluar dari bilik itu. Tanpa buang masa, terus aku bersiap sekadar yang mampu.
...
Sesampai sahaja di restoran 4fingers, aku melilau mata mencari tempat duduk sementara Dean memilih untuk memesan makanan. Sedang aku sibuk mencari tempat duduk, tiba-tiba bahu aku seakan terlanggar sesuatu yang keras. Perlanggaran itu menyebabkan aku tertolak ke hadapan, terus aku memandang apa yang telah aku langgar itu.
"Hey jalan tengok depan boleh tak? Tau la saya ni pendek tak payah la menonong jalan tak tengok orang!" Marah kecil aku apabila terasa ada seseorang melanggar tubuh kecil molek aku ni.
"Maaf cik saya..." tidak sempat lelaki itu menghabiskan ayatnya, lelaki itu pun berkerut dahi melihat aku yang berada di depannya. Kenapa? Ada lipstick comot ke kat mulut?
"Eh? Hayfa?" Soal lelaki itu dengan serius.
"Abang Daniel?" Tak percaya aku dengan lelaki yang baru sahaja dilanggar itu. Seakan macam kenal tapi di mana ya?
"Ya Allah abang Daniel, lamanya tak jumpa abang!" Bertukar teruja seperti budak tadika saat bertembung dengan bos di tempat kerja lamanya.
Abang Daniel adalah seorang bos yang sangat prihatin terhadap anak majikannya. Dia juga seorang majikan yang disenangi orang. Dia amat bersedih bila aku mengatakan hasrat untuk berhenti kerja atas sebab penghijrahan aku ke Osaka, Jepun dahulu. Kalau bukan disebabkan urusan kerja ayah, sudah pasti sampai sekarang aku masih bekerja dibawah syarikat abang Daniel.
YOU ARE READING
Termaktub Dalam Doaku
RomanceManusia itu lemah, tapi selemah-lemahnya manusia itu mereka akan kembali kepada fitrah. Entah doa apa yang aku tadahkan, sampai Allah kurniakan aku seorang lelaki yang serba serbi sempurna. Takdir atau kebetulan? Atau mungkin pinjaman? Atau untuk se...