Bab 12

37 8 2
                                    

Aku tenung Haqq dari atas sampai ke bawah. Ya aku tahu baju yang sama seperti beberapa jam yang lepas. Tapi tetap nak tenung. Biar lah.

Wajah Haqq sedikit kusam tapi tak mencacatkan kekacakkan dirinya. Mungkin penat dari tadi bekerja, dan sekarang mungkin dia sedang berehat. Aku lihat Haqq sedikit pelik ketika memandang aku. Kenapa? Ada garis tidur ke kat muka aku?

"Kenapa bertuala ni?" Tanya Haqq kehairanan.

"Nak libas awak. Nak rasa?" Jawabku perli. Dah tahu orang nak tutup rambut lagi ditanya.

Haqq ketawa bebas mendengarnya.

"Jom makan, saya bawa makanan ni. It still hot" kata Haqq sesudah ketawa nya selesai.

Aku masih bersandar di tepi pintu. Ya cubaan mahu menghalang dia dari masuk. Sambil tangan aku silangkan ke dada. Kening aku jongket sedikit. Garang tak? Haha.

"Encik Haqq Al-Elyas, kenapa awak tak bagitahu nak datang? Kenapa tak tanya dulu saya buat apa? Tahu tak saya baru aje bangun tidur, bersiap mandi pun belum tahu?" Soalku dengan nada seakan marah. Ya biar dia takut!

Haqq senyum meleret ke arah aku. Cair juga aku dengan senyuman dia. Eh apa aku fikir ni? Ini bukan masa untuk memuji.

"I love surprise. So is it necessary to tell you or ask your permission?" Katanya sambil wajahnya dia rapatkan sedikit ke wajah aku. Hampir menyentuh hidung mancung aku.

Berbahang rasa muka. Nak aje aku lilit tuala di kepala aku ni ke leher dia. Ada juga masuk berita. Sebab membunuh? Ya ada orang gatal di sini.

Aku tarik mukaku ke kanan. Segan mahu membalas pandangan matanya. Bau minyak wangi masculine yang menusuk ke hidung itu sangat tajam. Dapat aku rasakan Haqq seakan meniup sesuatu di telingaku. Terkejut dengan tindakkan nya itu lalu aku tepis mukaku ke arah berlainan.

"Apa awak buat ni?!" Tanyaku marah. Mana tak nya, tiba-tiba tiup telinga orang!

"Ada lalat dekat tuala awak tadi. Saya halau aje" kata Haqq selamba dengan bahu terjongket sebelah.

Terus aku meneliti satu badan. Baru teringat yang aku masih belum mandi. Wah aura tak mandi sampai lalat pun singgah ya. Lalat pun tak beri kerjasama, kalau ya pun jaga la aib.

"Saya belum mandi. Mohon faham!" Kataku.

Haqq senyum senget seketika.

"You still look hot and spicy" jawab Haqq sambil menggigit bawah bibirnya. Gatal!

Terbuntang mataku mendengarnya. Rasa mukaku saat ini berona merah. Tambah berbahang. Kalau letak termometer mesti dah positif demam panas.

Laju tanganku genggam penumbuk dan siap untuk di hayun ke arah Haqq. Tapi dia lebih laju menganalisis pergerakkan aku, terus dia menangkap penumbuk aku dengan tangan besarnya. Geramnya!

"Tak baik gaduh depan rezeki. I bet you're so hungry, that's why you become angry. Let's feed this angry tummy" kata Haqq sambil senyum nya tak lekang di bibir merahnya.

Aku pun menarik tangan ku yang nak menumbuk Haqq tadi sebaik sahaja Haqq melepaskan cengkaman. Ikut aje lah, lagipun memang perut aku dah seperti kelab dangdut bunyi nya.

Aku berinjak ke tepi sedikit untuk membenarkan Haqq masuk terlebih dahulu. Sementara itu, aku menuju ke pintu pagar luar untuk mengunci. Dan setelah itu baru lah giliran aku masuk ke dalam rumah.

Haqq membuka plastik berisi makanan itu sebaik sahaja dia tiba di meja makan. Dapat aku lihat dia membawa satu mangkuk kertas dan satu kotak kertas serta air minuman. Haqq mula buka penutup mangkuk kertas itu lalu terserlah lah bau sedap hinggap ke rongga hidung aku.

Termaktub Dalam DoakuWhere stories live. Discover now