Bab 06

48 9 0
                                    

Aku dapat rasakan tubuh Dean sedikit mengeras. Mungkin terkelu dan terkedu melihat sosok jejaka di hadapannya. Aku masih menyorok di belakang Dean sambil memaut erat tangannya. Mungkin dah merah tangannya aku kerja kan. Hahaha.

Haqq masih tersenyum melihat kami berdua, dia ni memang murah senyuman ke? Kalau aku ni iman tak kuat, pasti dah jatuh dengan senyuman dia itu. Aku mengaku, memang cantik senyuman dia!

"Apa awak berdua buat kat sini?" Tanya Haqq sesudah membetulkan ekspresi wajahnya.

"Awak tu pulak buat apa dekat sini? Awak ni siapa eh? Mana-mana je saya pergi mesti ada awak" aku melontarkan soalan kembali pada Haqq.

Entah la, aku masih curiga kenapa setiap kali aku ke mana sahaja, mesti ada dia. Kebetulan sangat ni.

Haqq menjongket bahunya sebelah dan membuat riak wajah biasa. Geramnya! Annoying.

"Takdir kot?" Jawabnya selamba. Itu masih belum menjawab soalan ye Encik Mercedes!

"Awak lupa ke yang awak update status dekat Whatsapp tu? Ke saya yang salah tengok?" Kata Haqq dengan ekspresi seakan memerli.

Aku menepuk dahiku sekali. Terlupa pula yang aku tidak hide status Whatsapp ku dari dia. Nasi dah pun menjadi bubur, nasib kau la Hayfa.

Dean ibarat batu di situ. Sepatah pun dia tidak berkata apa-apa. Oh baru teringat, aku yang dari tadi menutup mulutnya dengan tanganku. Aku melepaskan tanganku dari mulutnya. Hampir lemas dia gara gara aku.

Dean membetulkan irama nafasnya terlebih dahulu sebelum berbicara.

"Wifi! Kalau aku mati tadi macam mana?!" Marah Dean sambil menarik tangannya yang dari tadi aku genggam.

"Sorry babeeee! Bukan sengaja pun.." cebik ku sedikit.

"Encik Mercedes buat apa kat sini?" Tanya pula Dean kepada Haqq.

"Tujuan nak cari barang, tapi tak sangka pula terjumpa orang" ketawa kecil Haqq dapat didengari.

"Habis tu? Yang lain kat mall ni bukan orang la?" Perli ku kepadanya. Menyampah la dengan statement tak berguna dia itu.

Terbahak ketawa Haqq menampakkan gigi cantiknya itu. Kelakar sangat ke?

"Seems like you're not even busy? Jadi boleh la awak join saya petang nanti?" Soalan yang sama ditujukan. Kenapa dia nak sangat aku keluar dengan dia?

Aku mengeluh kecil. Mata dijulingkan ke atas tanda menyampah. Aku dah tak boleh nak beri alasan. Nak tak nak terpaksa bersetuju.

"Selepas saya hantar ayah saya balik dari hospital" kataku sambil tangan di silangkan ke dada.

"That's not a big matters" jawabnya selamba sambil menjongket kening sebelah.

"Bagi saya lalu dulu wahai Encik Mercedes, saya nak ambil ayah saya. Lupa ke? Nak pukul 12 dah ni" jawabku sambil tangan mengarah nya untuk ketepi memberi laluan.

"Oh ya sure. Pastikan minta izin dari pusat perkhidmatan pesakit luar ya. Tak pasal di tuduh penceroboh pula" perlinya sambil tersenyum sinis.

"Huh!" Keluh ku lalu menarik tangan Dean. Tanpa menghiraukan dia yang masih terpegun berdiri di situ.

Aku nampak Haqq melambai kecil tangannya ke arah kami. Dean sahaja yang menyambut lambaian itu. Tolong lah!

Kami pun masuk ke dalam kereta. Dean tanpa menunggu terus menghidupkan enjin keretanya. Dengan bismillah, Dean menukar gear keretanya dan bergerak la kereta itu.

Baru sahaja ingin bergerak, Dean hampir terlanggar sebuah kereta Toyota 86 berwarna biru gelap. Terkejut aku disebabkan tekanan brek mengejut dari Dean. Terdorong sedikit badanku ke depan.

Termaktub Dalam DoakuWhere stories live. Discover now