Bab 17

40 8 2
                                    

   "Selamat pagi dunia tipu-tipu!" Suara Dean menjerkah ke telinga aku. Pagi-pagi lagi telinga dah sarapan dengan pekik lolong dia. Apa lah nasib.

   "Jangan nak pagi sangat, aku ni stress tau" tak larat betul nak bercakap. Terasa seperti sekejap sahaja cuti, dah kena kerja balik. Sangkaan aku betul, banyak betul dokumen dan fail dekat ofis. Sakit kepala bila teringat kembali. Nak tak nak perlu hadap aje.

Terimbas kembali segala perkara yang aku lakukan beberapa hari lepas. Kelakar, sedih dan hambar. Tiga ungkapan yang sesuai, hari cuti yang jarang sekali aku berehat di rumah. Sepanjang tiga hari bercuti, semua masa dihabiskan di luar. Ulang alik dari rumah ke hospital, ibarat rumah kedua aku.

Hari ini terasa sendu, Haqq tidak mesej mahupun call. Bertanya khabar pun tidak, status Whatsapp nya sunyi. Entah mengapa hati secara tak langsung mempersoal hal itu. Jangan kata aku ada perasaan pada Haqq...

"Hoi! Amboi dah sampai ke mana tu mengelamun? Luar bumi?" Dean menjerkah kecil. Bab perli memang dia lah nombor satu.

Fikiran kembali ke dunia asal. Aku menjeling maut ke arah Dean, kot iye pun beri lah salam. Kus semangat mak! Tapak tangan kecil aku ni dilayangkan ke lengan Dean.

"Auch! Kau yang mengelamun, aku pula yang kena!" Lengan nya digosok sambil muka berkerut. Kuat juga penampar tunggal aku.

"Aku ni tengah stres tau, banyak kerja dekat ofis tu" omelku mencuka.

"Dah lah Haqq tak mesej a.." alamak! Aku dah terlepas cakap. Nama Haqq pula yang terlepas dari mulut becok aku ni! Sebaik tersedar, terus tangan menepuk mulut sendiri.

"Haqq tak apa? I heard it wifi!" Dengar pula si Dean Sofea ni. Lagi pula dia dekatkan telinga nya pada aku, memang cari nahas betul. Bukannya sengaja, tapi dah memang itu yang terlepas dari mulut. Tak ada insurans punya mulut.

"Tukar topik please...waiter!" Aku mengangkat tangan memanggil pelayan restoran itu. Sebenarnya mahu tukar topik, kalau tidak sampai nak masuk kereta nanti dipersoal topik yang tak bawa faedah ini.

Hari ini kerja habis awal. Tapi aku difahamkan yang masih terdapat dokumen penting yang belum di sign dan di hantar. Alamatnya? Terpaksa lah OT sampai malam. Harapan aku untuk pulang awal punah dibawa arus. Perlu bersengkang mata lagi demi sebungkus nasi ayam gepuk!

Jam pun berlalu seperti biasanya, dan Haqq masih tidak menghantar sepatah mesej. Ada juga aku mesej ayah menanyakan khabarnya, alhamdulillah masih normal buat masa sekarang. Hilang sedikit rasa gusar aku terhadap orang tua ku. Tapi Haqq? Mengapa aku rasakan yang dia semakin nak menjauh dari aku?

Otak terus bekerja menghantar mesej ke anggota badan. Mata bersauna tiba-tiba, teringat akan perbualan aku dan ayah ketika di hospital. Haqq hanya menjadi saksi, tapi jauh dari sudut fikiran yang dia turut terkesan dengan perbincangan itu. Walaupun pada azalinya dia sudah lama merancang bersama ayah.

   Jari jemari mengetik papan keyboard, ada kala aku menulis di kertas. Perlu fokus, kalau ada yang salah memang sampai minggu depan lah penyesalan tak kesudah. Walau badan tak larat, tapi tetap multitasking. Sedang taip dan telinga rancak mendengar omelan client di telefon.

"Ting!" Bunyi notifikasi Whatsapp. Aku intai sedikit di layar skrin, nama Haqq yang muncul. Okay kali ini tak tipu, jantung berdegup laju entah kenapa. Tenang Hayfa, siapkan kerja kau dulu. Sabar ya doktor Haqq Al-Elyas.

   Setelah selesai kerja, baru lah aku berehat sekejap. Lenguh juga jari dan tangan dari tadi tak berhenti menaip. Sakit urat tengkuk. Ini lah masa yang sesuai untuk membalas Whatsapp dari seorang Haqq. Tangan meraup dahulu muka yang dari tadi macam nak lelap, baru lah ambil telefon di tepi komputer. Buka sahaja aplikasi Whatsapp, terpancar lah mesej dari orang yang selama ini aku tunggu.

Termaktub Dalam DoakuWhere stories live. Discover now