"Nak saya bagi awak ubat telinga? Biar gegendang telinga tu berfungsi"
Auch! Sangat mendalam perlian itu. Bukan aku sengaja buat tak dengar, tapi mahukan kepastian. Kalau aku silap dengar dan salah bagi jawapan kan dah malu. Haqq ni pun satu, setiap ayat yang dia cakap selalu buat aku terpinga-pinga dan blur.
"Saya dengar lah! Tak payah lah perli macam tu" jeling berat aku ke arah Haqq. Dia hanya membalas dengan senyuman. Ergh!
"Jom kahwin!" Kata Haqq lagi, kali ini suaranya berubah riang macam baru menang sepuluh juta. Laju tangan aku menampar lengan kekar Haqq. Geram!
"Awak ingat kahwin tu macam lepak mamak?" Kataku marah. Tak boleh pakai betul hujah yang dia keluarkan.
"Then let's go to mamak, biar mereka jadi saksi kita" kata Haqq lagi. Ya Allah, ujian apa ini. Masih cuba bersabar dengan Haqq, kalau tampar dia buat kedua kalinya belum tentu jawapan dia munasabah. Aku hela nafas panjang dahulu sebelum berkata sesuatu.
"Awak nak apa sebenarnya ni? Kenapa awak sungguh-sungguh nak ajak saya kahwin?" Tanyaku. Berharap semoga jawapan dia kali ini masuk akal. Haqq memandang aku dan keningnya terjongket sedikit.
"Amanah dari Tengku Ghufran. Saya tak berani membantah, I guess you know your father well Hayfa" jawab Haqq bernada biasa.
"Lagi? That's it?" Aku bertanya lagi, masih tidak puas hati dengan jawapan yang diberi.
"Sebab syarikat Tengku akan ditukarkan kepada nama saya. Jadi selepas ni, dan apa yang akan tiba nanti, I will own three companies. I don't wanna be selfish or greedy for the wealths. Sebab tu juga saya berbincang dengan Tengku untuk kahwin dengan awak, at least kita sama-sama jaga" hujah Haqq panjang lebar.
Lebih kurang dua minit juga aku membaca air mukanya, tapi jelas tak terpancar sebarang penipuan. Matanya terlihat jujur, dia tahu apa yang dia ungkapkan tadi adalah hasil dari perbincangan dia dan ayah.
"Saya tak ada langsung rasa cinta pada awak" kataku jujur. Aku menunduk sahaja ke bawah, tak mahu aku menatap wajah Haqq ketika ini. Dari sisi mata, dapat aku lihat Haqq tersengih.
"Rasa cinta tu dari Allah, sampai masanya akan datang sendiri tanpa dipinta. Allah created our soul and He knows what is hidden behind a closed heart" ujar Haqq. Kali ini aku sedikit tersentak, apa yang Haqq katakan tadi terasa seperti angin lembut lalu ke telinga.
"Bagi saya masa, boleh?" Pintaku padanya. Aku tahu, kami sekarang ini dalam sesi berbincang. Tapi aku tak rasa yang ini adalah masa yang sesuai. Boleh jadi aku tetap tidak setuju dengan cadangan nya walaupun berjela jawapan yang aku dengar, atau ragu-ragu sama ada betul atau tidak apa yang aku bakal pilih. Dan apa respon dari dia bila aku cuba menafikan?
Haqq hanya angguk tanda faham. Riak wajahnya tak berubah, datar sahaja dari tadi. Mungkin dia faham dengan keadaan yang sangat tidak mengizinkan ini. Harap dia tidak kecewa dengan pilihan aku sekarang. Aku ingin waktu untuk berfikir.
"Shall we?" Haqq sudah bangun dari duduk.
"Where to?" Tanyaku, mahu kemana pula?
"Tea? Maybe we can get something to eat before you go back home. Tak nak discharge ke?" Ujar Haqq. Sempat aku kerling jam di telefon, ternyata sudah menunjukkan pukul 5:00. Lantas aku bangun dari duduk.
"HATI HATI!"
Tidak sempat aku menoleh ke arah suara itu, ada sebiji bola menghampiri aku. Dan-
"Aduh!" Bola itu terkena kepala aku, tidak terlalu kuat tetapi tekanan yang deras itu mampu membuatkan kepala aku berpusing.
"Sorry auntie..! Kami tak sengaja" suara dua orang budak lelaki.
YOU ARE READING
Termaktub Dalam Doaku
RomanceManusia itu lemah, tapi selemah-lemahnya manusia itu mereka akan kembali kepada fitrah. Entah doa apa yang aku tadahkan, sampai Allah kurniakan aku seorang lelaki yang serba serbi sempurna. Takdir atau kebetulan? Atau mungkin pinjaman? Atau untuk se...