Pagar besar berwarna hitam dan emas itu dari jauh mata sudah menangkap. Pagar sahaja sudah besar, apatah lagi rumahnya. Memang benar, rumahnya tidak kalah seperti rumah agam, agaknya berapa ramai lah yang duduk di rumah tu ya?
"Haqq..ni ke rumah umi?" Seperti biasa, aku yang memulakan pertanyaan.
"Ya sunset, kita sampai dah" jawabnya yang masih mengawal stering kereta. Pagar yang besar itu automatik terbuka bila mana kereta Haqq berada betul-betul di gigi pagar. Canggih betul sampai ada sensor.
"Rumah awak juga kan?" Tanyaku lagi.
"Nope, ni rumah keluarga saya. Saya ada rumah sendiri tapi jauh dari sini" ujarnya setelah keretanya sudah berparkir di satu tempat tertutup pada bahagian dalam rumah itu. Seakan garaj tetapi sedikit terbuka.
"Tapi besar rumah ni...ramai ke duduk dekat sini?" Soalan dan soalan, betul-betul curious. Dibuatnya hanya umi dia sahaja yang tinggal, lagi lah buat aku terkejut. Seketika Haqq menoleh dan senyum senget.
"That's why I brought you here, sweetheart. Saya nak awak kenal dulu dengan family saya, especially umi" balasnya sambil jari nakal mencuit hidung mancung aku.
"Jom, umi dah tak sabar nak jumpa awak" dia membuka pintu di sebelahnya. Aku yang masih termanggu di situ, perasaan takut tu menguasai diri. Apa yang aku takutkan?
"Sunset, I'm here" ucapnya lagi sambil matanya bersabung dengan aku. Separa yakin, namun tetap aku kuatkan kudrat untuk mengikutinya. Haqq membuka kan pintu untuk aku dan dengan sekali langkah sahaja, maka keluar lah aku dari kereta itu.
Kaki hanya ikut langkah besar Haqq menuju ke pintu rumah itu. Di depan terdapat dua orang pengawal lengkap beruniform putih dengan wajah serius, pasti pengawal rumah. Jejak sahaja kami berdua di depan pengawal itu, sekaligus mereka tabik hormat pada kami, atau lebih tepat lagi pada Haqq.
"Selamat sejahtera tuan!" Seru dua pengawal itu serentak. Dari tepi, aku nampak Haqq hanya senyum dan menganggukkan kepalanya sebagai ganti membalas tabik hormat itu. Aku jadi gerun pula, tangan kecil aku menarik sedikit baju kot kelabu Haqq. Haqq tertoleh kepalanya ke arah tepi memandang aku yang seakan menyorok di belakang badannya.
"Why sunset? Takut ke?" Tanya dia dengan ekspresi lembut. Teragak-agak aku ingin angguk, Haqq pula tersenyum melihat aku sebegitu.
"Don't be scared Hayfa, mereka ni baik" kata Haqq berserta menunduk tepat pada wajah aku. Malu dibuatnya. Setelah itu, dia lantas bertukar posisi berdiri tegak.
"Mana Puan Sri?" Haqq bertanya pada dua orang pengawal itu.
"Di dalam tuan, dia menunggu kedatangan tuan" kata seorang pengawal itu dengan profesional. Dua pengawal itu berlalu ke muka pintu dan keduanya serentak membuka gerbang kayu itu.
Maka, tersergam indah lah dalaman rumah itu. Kagum melihat setiap isian di dalam, semuanya mewah dan tersusun rapi. Memang tidak dinafikan banyak perabot, bagaimana lah ya orang tukang membersihkan rumah ini?
Haqq memimpin lengan aku untuk menyuruh ikut masuk ke dalam. Kami sama-sama menjejakkan kaki ke lantai rumah itu, segan pula mahu pijak jubin yang bersih lagi cantik itu. Berdebar rasanya mahu bertemu bakal ibu mertua dan keluarganya, mereka pasti bukan calang-calang. Manakala aku pula orang yang biasa sahaja.
Tubuh kami sudah sepenuhnya masuk ke dalam rumah itu, tepat pada masanya ada seorang wanita berpakaian kemas dan elegan lenggang lenggok berjalan ke arah kami. Itu pasti umi Haqq. Dari gayanya sahaja aku dapat mengecam. Wajahnya tidak lah terlalu tua, ada sedikit kedutan di bahagian mukanya, bentuk badannya masih tak kalah dengan orang muda, cantik dan manis orangnya. Dia menghampiri kami dengan tersenyum lebar.
YOU ARE READING
Termaktub Dalam Doaku
RomanceManusia itu lemah, tapi selemah-lemahnya manusia itu mereka akan kembali kepada fitrah. Entah doa apa yang aku tadahkan, sampai Allah kurniakan aku seorang lelaki yang serba serbi sempurna. Takdir atau kebetulan? Atau mungkin pinjaman? Atau untuk se...