Bab 24

22 6 2
                                    

Lutut kini rasa lemah. Ingin aku berpaut pada sesuatu tetapi tak tercapai. Sabut mata dah mula basah, air mata turun sederasnya macam air sungai. Suara seakan tersekat di kerongkong. Hati suruh jerit, tapi otak kata jangan. Aku ikut saja kata hati, aku menjerit sekerasnya.

"HEARGHHHH!!" Aku sungguh tak sedar akan tindakan aku saat ini. Dapat aku rasakan lengan dirangkul oleh seseorang yang aku sendiri tidak mengetahui siapa dia.

"Hayfa! Bangun!" Samar saja suara itu namun masih dapat aku dengari.

"Hayfa Fellysha! Wake up!"

Jerkahan itu buatkan aku terkejut, jantung bagai nak terhenti. Laju irama nafasku bergolak, dada naik turun, air liur sukar nak telan. Sesaknya seperti baru lepas berlari dari tempat yang jauh.

Aku memandang sekeliling, ada ramai nurse mengepung aku. Di hadapan adalah Haqq yang sedang kerasnya mengenggam erat tanganku. Ada juga nurse bantu memegang badan, cuba menahan dari aku hilang kawalan.

"Ha-Haqq...apa dah jadi dengan saya..?" Ayat itu aku ungkapkan walaupun sekat. Sungguh mata tak dapat menganalisis dimana aku berada sekarang. Kali terakhir aku ada di depan bilik kecemasan. Entah betul atau tidak.

"Hayfa, awak tertidur atas kerusi menunggu ni. Awak mimpi apa?" Jelas Haqq. Aku tenung wajahnya yang penuh dengan kerisauan. Baru lah dapat aku lihat dia dengan nyata. Nada nafas pun kembali stabil, masih tersekat tetapi tidak seperti tadi. Kepala nak rebah, kali ini tak dapat aku tahan. Akhirnya dahi dihempap atas bahu bidang Haqq.

   Dalam tak sedar, air mata dari tadi tak kering lalu jatuh menitik beralaskan baju Haqq. Aku menangis sejadi jadinya. Tersedu-sedu dan itu membuatkan nafas kembali berlagu. Terkebil mata dek air mata yang membanjiri.

   Tak dapat aku gambarkan perasaan saat ini. Memori cuba mengimbas apa yang aku ingat, namun gagal. Sama ada itu benar atau mimpi, sungguh aku tak ingat satu babak pun. Penat betul rasa seluruh anggota badan.

   "Sa-saya mimpi..ayah dah tak ada. Saya tak tipu Haqq, awak ada dalam mimpi tu" sedaya upaya aku beritahu akan hal itu. Tak mampu lagi aku nak berbohong sedang aku yang alaminya sendiri. Tak kisah lah ianya mimpi sekalipun.

   "Saya percaya awak, Hayfa. Awak ada saya" ujar Haqq cuba menenangkan. Kepala aku diusap perlahan oleh tangan nya. Tenang sedikit jiwa. Ya Allah, apakah ini satu petunjuk buat aku?

   Entah berapa lama pula kami berkeadaan begitu, sehingga lah badan aku dipapah oleh beberapa orang nurse. Dibawanya aku ke dalam wad dan dibaringkan atas katil pesakit. Lega bila dapat rebahkan seluruh badan. Nak pitam bila di ingatkan kembali situasi tadi. Mujur ada yang menyambut saat aku hampir gila, hilang kewarasan.

   "Awak rehat dulu, saya ambil air" kata Haqq sesambil itu dia bangun. Tindakan aku lebih pantas, tangan kecil aku tarik pergelangan tangan nya. Dia terhenti dari perbuatan, kepala terus dikalihkan menghadap aku.

   "Jangan pergi, temankan saya" itu apa yang aku mampu kotakan. Seakan mengikut kehendak, dia duduk semula di sebelah. Kot bedahnya sudah dia buka dan sekarang berbaju biasa. Kuyu mata cuba kubuka untuk melihat dia.

"Apa jadi dengan ayah..?" Dalam serak suara, aku usaha untuk berbicara dengan dia. Haqq mula duduk tegak serta lengan bajunya dia sengseng ke atas.

"Ayah terkena serangan jantung. Semasa memantau keadaan dia di bilik, ada seorang nurse yang temankan dia. Mujur tak jadi apa-apa, sempat di selamatkan" terang Haqq.

Ucapan syukur saja yang aku mampu ungkap sekarang ini. Aku harap ayah baik-baik sahaja. Apa lagi yang aku mampu buat selain dari terus berdoa. Siling putih bilik itu aku tatap, kaku rasa tubuh badan.

Termaktub Dalam DoakuWhere stories live. Discover now