Pagi mula menjengah, dan ya aku masih terlena dibuai mimpi yang tak berapa indah. Apa aku mimpi pun tak tahu tapi yang pasti buruk.
Terasa sakit sebaik sahaja mahu membuka mata. Laju tangan aku menggosok mata dan ya ada tahi mata. Biasa la baru bangun pagi.
Perkara pertama yang aku buat setiap hari bangun pagi, mesti lah cari telefon. Ya rutin wajib. Aku meraba di tepi bantal mencari telefon. Setelah dapat aku capainya, terus membelek apa yang masuk di layar telefon saat aku tidur.
Mata terbuntang melihat dua puluh notifikasi dari seseorang. Ya mahu tahu orang itu siapa? Dah tentulah Haqq. Menyampah.
"Apa dia nak ni? Semalam dah ajak keluar, hari ni nak apa?" Keluh aku sambil tangan menekan password telefon untuk membaca isi Whatsapp dari Haqq.
"Good morning"
"How was your sleep?"
"Don't forget to brush your teeth, semalam dah makan ais krim"
"Mulakan pagi dengan bismillah. Tetap semangat!"Dan blah blah blah. Itu aje ke dia nak bagitahu? Perlu ke sampai dua puluh?
Jari laju mengetik kekunci, membalas Whatsapp dari seorang Encik Mercedes.
"Baik Encik Haqq!"
"Terima kasih kerana mengingatkan"Itu aje aku mampu balas. Tak mahu la panjang lebar. Banyak lagi benda aku perlu buat selain melayan dia. Mandi pun belum.
Aku ni bukan macam Dean, rajin, awal pagi dah bangun, kemas-kemas. Aku tak mampu jadi macam dia, tapi aku perlu juga belajar. Mana tahu satu hari nanti ada orang masuk meminang aku ye tak? Hahaha berangan aje lebih.
Hari yang biasa bagi aku, mungkin hari ini hanya di rumah? Teman ayah. Bila fikiran mula terlintas tentang ayah, aku terus ingin menapak keluar dari bilik. Nak tahu juga sama ada ayah dah bangun atau belum. Sebelum tu perlu lah cuci muka dulu. Dan ye berus gigi, bak kata orang tu "semalam dah makan ais krim" duh.
Sebaik sahaja siap mandi dan berwangian, kaki terus lah dibawa keluar dan berjalan menuju ke tangga. Hampir sampai ke bawah, aku melihat pembantu rumah ayah sedang sibuk ulang alik dari dapur ke meja makan. Mungkin siapkan sarapan.
Sebaik sahaja melangkah ke bawah, ayah sedang duduk di sofa bersama komputer ribanya di lapik dengan bantal. Fokus mata ayah melihat ke skrin dan tangan laju mengetik.
"Assalamualaikum ayahku tercinta!" Ucapku sambil berlari kecil ke arah ayah dan memeluk tubuh nya.
Ayah sedikit terkejut dengan keberadaan aku di situ. Terus tangannya yang tadi mengetik kekunci, membalas erat pelukkan aku.
"Waalaikumsalam anak ayah, bangun dah dia" balas ayah seraya memberikan senyuman.
"Hehe...awalnya ayah bangun" kataku sambil tangan beralih ke perut ayah. Buncit hahaha.
"Terjaga lepas solat subuh. Terus dah tak boleh tidur. Lagipun ayah memang tak biasa tidur lepas subuh, kurang rezeki nanti" kata ayah sambil mengusap rambut ku.
Aku hanya angguk kecil dalam pelukan dia. Mengada ye dah umur 23 pun melekap bawah ketiak ayah. Betul la orang kata, cinta pertama anak perempuan adalah ayah.
Sedang seronok bermanja dengan ayah, tiba-tiba suara pembantu rumah itu memecahkan hening.
"Tuan, sarapan dah siap!" Kata pembantu rumah itu.
YOU ARE READING
Termaktub Dalam Doaku
RomanceManusia itu lemah, tapi selemah-lemahnya manusia itu mereka akan kembali kepada fitrah. Entah doa apa yang aku tadahkan, sampai Allah kurniakan aku seorang lelaki yang serba serbi sempurna. Takdir atau kebetulan? Atau mungkin pinjaman? Atau untuk se...