Bab 04

46 9 1
                                    

"Hi ladies, I'm doctor Haqq al-Elyas. Nice to meet you two" senyum lebar lelaki itu ke arah kami.

Aku yang dari tadi terduduk lemah ditemani Dean, terus menyerbu lelaki yang digelar doktor Haqq itu di iringi air mata yang tak berhenti mengalir.

Terkejut kecil doktor Haqq tapi tidak membuatnya tertolak kebelakang.

"Doktor..please do tell me what happened? Ayah saya kritikal ke? Bagitau saya doktor tolong lah.." bertalu soalan aku tujukan sambil menangis.

Doktor Haqq menghela nafas kecil sebelum menjawab semua persoalan aku.

"Ayah awak tak kritikal. Tapi kami masih perlu memantau ayah awak dalam masa 24 jam. Jika tak ada apa-apa yang teruk berlaku, InsyaAllah dia boleh discharge dari wad" jelas doktor Haqq dengan tenang. Memang dia lah pakar yang akan pantau ayah aku dalam tempoh itu.

Aku masih menangis tapi sudah sedikit reda. Aku pun terus terduduk lemah di atas lantai dek kerana terlalu penat. Kenapa lah semua benda nak jadi dalam satu masa.

Jujur, aku penat. Entah kali ke berapa aku menangis, baru je semalam gembira dengan hasrat nak jumpa dengan ayah setelah sebulan tidak bertemu. Tahu tahu takdir mengatakan demikian.

Doktor Haqq menghampiri dan duduk mencangkung berhadapan dengan aku. Punya menghayati air mata sampai tak sedar dia ada kat depan aku.

"Awak sabar ya, banyak hikmah Allah nak beri" kata doktor Haqq memujuk.

"Saya cuma tak nak dia pergi, saya dah tak ada siapa-siapa selain dia..." makin laju air mata aku turun ke pipi. Sakit tekak aku menangis yang tak henti dari tadi.

"Berdoa la kepada Allah, insyaAllah tak ada apa-apa yang boleh awak takutkan. Trust Allah more than His Creation" lembut aje doktor Haqq menasihati. Tampak kerisauan dalam nada suaranya.

Doktor Haqq mengeluarkan satu kain di kocet kod putihnya lalu diberikan kepada aku. Sungguh gentleman Encik Mercedes ini.

Doktor Haqq berdehem sekejap sebelum dia berkata sesuatu.

"Ayah awak serangan jantung, tapi tidak terlalu kritikal. Tapi langkah yang bijak diambil oleh house maid ayah awak, dia terus menelefon pihak hospital" jelas doktor Haqq sambil membelek helaian dokumen pesakit ayah.

Berkerut dahinya ketika dia membelek setiap satu helaian tersebut. Entah apa yang membuatnya runsing.

"Ayah awak ada sakit lain selain masalah jantung?" Tanya serius doktor Haqq.

Aku yang sudah reda dari tangis sayu, terus menghembus kecil nafasku sebelum menjawab persoalan itu.

"Saya tak berapa pasti. Apa yang pelik dengan dokumen tu doktor?" Tanya aku serius kepada doktor Haqq.

"Ini apa yang saya dapat setelah pihak kami menjalankan ujian x-tray pada ayah awak" ditunjuknya dokumen itu ke aku.

"Nampak tak? Jantung ayah awak terdapat ketumbuhan kecil di situ. Sistem arteri ayah awak juga ada sebahagian kecil yang tak berfungsi" jelas doktor Haqq dengan wajah datar tak bereaksi.

Aku terkejut dengan apa yang dijelaskan oleh doktor itu. Tak sangka ayah ada penyakit tersebut, dia tak pernah cakap dengan aku pun selama ini.

Mata mula bergenang kembali, aku takut. Sumpah aku takut dengan apa yang bakal aku hadapi nanti. Entah bila tak tahu tapi aku yakin akan terjadi.

"Awak jangan risau ya? Kami HAE Specialist Centre akan selalu jalankan tanggungjawab kami dengan efisien. Kami cuba sehabis baik untuk ayah awak" lembut suaranya memujuk aku yang mula berkaca.

Termaktub Dalam DoakuWhere stories live. Discover now