Bab 26

12 1 0
                                    

Angin hari ini lembut saja, daun turut bertautan, cuaca yang redup dan tak bertanda nak hujan. Hari pertama menjadi seorang isteri, esok kami perlu bersedia untuk berkerah tenaga mengangkat barang. Hari ini berehat aje, buat sementara di rumah umi. Penat di majlis semalam masih lagi tersisa. Itu lah kali pertama aku menguruskan sebuah acara. Tapi syukur Allah permudahkan segala urusan.

Sedang elok termenung mengingatkan hal semalam, aku merasakan ada tangan yang menyentuh pinggang aku. Seram pula rasanya, takkan hantu kut? Genggaman itu makin kuat, tanpa banyak soal aku menyiku siapa sahaja yang menyentuh itu.

"Aduh..! Sayang"

Terbeliak biji mata aku bila menyedari itu adalah Haqq. Kuat sangat ke aku siku tadi? Muka nya berubah aduh kesakitan.

"Abang...! Sorry Hayfa tak sengaja.." terus aku mendekat ke tubuhnya yang masih berdiri itu. Aku menggosok bahagian yang sakit itu.

"Nasib siku tu kecil je, kalau besar dah patah riuk rusuk abang ni"

Aku memandang Haqq dengan wajah penuh keliru, bukan dengan dia tapi diri sendiri. Apa yang aku fikir sampai suami sendiri pun aku siku kan? Mungkin dah terbiasa hidup seorang diri, jadi agak janggal bagi aku.

Aku mendapatkan kerusi yang berdekatan dan menyuruh nya untuk duduk. Tak tahu apa yang perlu aku buat sekarang ini. Patut ke aku buat air untuk dia? Makanan?

"Ab..bang tunggu sini kejap tau, sayang buatkan air. Abang haus ya?" Terus kaki ku ingin berlalu pergi dengan bergegas. Tangan aku bagaikan ditarik olehnya. Dia pandang aku dengan renungan tenang, dan senyum senget. Kepala nya seolah memberi isyarat untuk aku duduk di hadapan nya. Tanpa banyak soal, aku turuti saja. Setelah duduk, dia merenung aku kembali.

"Cantik isteri abang ni"

Alamak, dia puji tiba-tiba ni. Tersipu malu jadinya, tak tahu nak balas apa. Akhirnya aku angguk perlahan saja.

"Sini dekat sikit dengan abang" dia menunjuk isyarat agar aku dekati nya. Aku menarik kerusi sedikit ke depan sehingga lutut aku dan dia bertemu. Sekaligus dia menggapai tangan aku dan dikucup nya sekali.

   "Abang, rumah tu besar ke?" Tanyaku. Lama dia menatap aku dengan sayu.

   "Bagi abang rumah tu kecil, mungkin sebab dulu abang tinggal sendiri. Tapi bila sayang datang dalam hidup abang, rumah tu terasa luas sangat" jawabnya dengan nada romantis. Seperti biasa, Haqq dan kata puitis nya berpisah tiada.

   "Ab..bang terima sayang sebab apa?" Soalan yang sering kali bermain di fikiran. Dia hela nafas pendek sambil mengeratkan lagi genggaman tangan aku.

"Because I choose you sayang. Kalau itu apa yang ditakdirkan untuk abang, abang terima"
Haqq mengherotkan senyum trademark nya. Aku turut gembira mendengar nya.

   Tak sangka, ada orang yang mampu terima aku apa adanya. Kini aku faham, mengapa ayah sangat percayakan Haqq. Dan saat ini, baru aku temui lelaki seperti dia.

   "Haqq!! Hayfa!!"

   Lantang suara umi memanggil kami.

   "Ya umi!" Haqq menjawab.

   "Jom lah turun bawah, minum sekali!"

   "5 minutes umi" jerit Haqq.

   "Jom sayang, umi panggil tu" ajak Haqq. Aku angguk dan dia terus menarik tangan aku agar mengikuti langkahnya.

   "Semua dah ada ke sayang? Ada tertinggal?" Soal Haqq sambil menarik luggage. Aku cuba ingat apa yang patut dibawa ke rumah baru nanti. Hanya tinggal barang di rumah aku saja yang perlu dibawa masuk nanti, katanya tak perlu bawa semua.

Termaktub Dalam DoakuWhere stories live. Discover now