Bab 11

40 8 2
                                    

     Terpaku melihat kosa ayat di dalam nota kecil itu. Entah kenapa aku rasa tak sedap hati. Kalau darah rendah dah lama aku pengsan. Mata aku masih tertancap pada nota itu, seakan merasa ada sesuatu yang tersirat di balik ayat itu.

"Hayfa?" Suara garau itu menyapa namaku.

Tertoleh kepala aku menghadap Haqq yang sedang berdiri di depan pintu yang terkuak.

Terus fikiran aku kembali ke realiti. Di tangan aku masih ada kad kecil. Dapat aku pandang wajah Haqq yang penuh hairan. Mungkin dia pelik aku yang dari tadi berdiri tercegat sambil memegang sesuatu.

"Ada nak saya bantu?" Kata Haqq.

"Ye, boleh awak tolong angkat beg tu?" Kataku sambil mataku lali memandang ke arah lain.

Entah kenapa rasa tak sedap hati setelah isi kad itu aku baca. Tapi sebaik mungkin aku tidak tunjuk wajah penuh tanda tanya aku di hadapan Haqq.

"Cik Yah, saya balik dulu lah ya. Terima kasih untuk semua yang Cik Yah buat. Layanan Cik Yah saya hargai sangat" kataku sambil kad yang aku pegang tadi di simpan ke dalam poket seluar.

"Iyelah, kamu hati-hati balik ya. Kalau kamu lawat ayah kamu, kirim kan salam Cik Yah pada dia" kata Cik Yah.

Terus tangan aku mengangkat sedikit barang yang dari tadi di atas lantai. Haqq aku lihat sudah berlalu keluar membawa beg baju aku. Aku membuntuti Haqq.

"Masuk lah dulu" kata Haqq sambil membuka bonet kereta.

Aku membuka pintu bahagian depan sebelah pemandu. Syukur lah Haqq sudah pun memasang penghawa dingin dahulu. Memang berbahang sedikit cuaca hari ini.

Termenung. Kosa bisu. Entah mahu ungkap apa. Fikiran masih kosong. Memang hidup aku penuh dengan persoalan ke?

Kalau aku buka shawl sekarang ni, rasanya dah boleh kira berapa helai rambut yang dah beruban. Banyak betul berfikir. Memang hidup aku ni di takdirkan dengan banyak soalan bukan jawapan.

Setelah itu, Haqq pun buka pintu kereta dan punggung nya mula labuh ke tempat duduk.

"Awak okay?" Tanya Haqq.

Aku hanya angguk. Tak rasa mahu bercakap sekarang ini. Aku harap Haqq tak perasan akan apa yang aku musykil kan saat ini. Tak mahu lah beri dia beban untuk fikirkan masalah aku pula. Biar lah aku sendiri uruskan.

Kami pun mula bergerak. Aku melambai kecil ke arah Cik Yah di balik cermin tingkap kereta Haqq. Cik Yah menghantar kami dengan satu senyuman tua. Aku bakal rindu wajah itu nanti.

Kami pun bertolak keluar dari perkarangan rumah itu. Setelah itu, mata aku kembali merenung kosong. Sudah pun membuang pandang ke luar tapi masih fikiran melayang.

Haqq fokus dengan pemanduan. Sesekali aku lihat dia menoleh ke arah aku untuk beberapa saat. Mungkin dia pun hairan dengan aku yang dari rumah tadi termenung kan sesuatu.

Aku mahu membuka kad itu dan baca isinya semula, tapi aku batalkan hasrat itu. Tak mahu lah Haqq tahu akan hal ini. Cukup aku sahaja yang tahu.

Perjalanan kami tidak mengambil masa lama, dalam 20 minit sahaja aku sudah sampai ke kediaman rumah aku. Ya sunyi, hari ini hari Sabtu. Hari di mana semua orang bercuti, mungkin semua sudah berjalan dengan keluarga masing-masing.

Tapi aku? Cuti yang ditemani persoalan yang bermacam timbul. Apa lah nasib aku ni. Harap la Dean tak busy, boleh aku call dengan dia.

Setelah sampai di depan rumah Terrace aku, Haqq terlebih dahulu keluar dan menuju ke bonet mengambil barang-barang aku. Aku pun keluar dari kereta.

Termaktub Dalam DoakuWhere stories live. Discover now