Apa yang aku saksikan sekarang ini? Mimpi atau realiti? Jari kecil curi-curi mencubit lengan tapi terasa sakitnya, ini realiti!
Yang terpampang di depan mata aku sekarang ini adalah sebuah kapal terbang yang ukuran nya boleh dikira besar. Nampak macam jet peribadi dan bukan sembarang orang boleh naik. Mengapa ia di sini? Ada orang besar ke? Sepanjang jalan hingga ke pintu jet, karpet merah terbentang menjalar. Dihiasi dengan kelopak bunga yang bertaburan di sekeliling.
"Haqq..what is this?" Aku cuba bertanya dalam suaraku yang tersekat. Gila tak gagap? Dibuatnya ada orang paling terhormat yang datang menggunakan jet peribadi ini. Haqq auto memandang wajahku dengan satu tatapan dan senyuman.
"I bought this private jet Hayfa, for our dinner. The name is AJ70" jawab Haqq sambil berdiri di depan dan mendepakan tangan macam gaya mempersembahkan sesuatu.
"You bought or rent?? Saya tak salah dengar kan?" Soalku lagi, sumpah tak percaya kalau dia membelinya. Haqq jarang menipu.
"I bought it Hayfa" balas dia lagi. Kali ini aku harus percaya, tapi tak mungkin lah..
Dan tak langsung tangan aku ditarik perlahan oleh dia. Aku memandang dia yang juga menatap aku, seakan mengajak aku jalan bersama dia.
"Come, walk on this rose's petals" ajak Haqq disertai dengan huluran tangan. Haqq juga memakai sarung tangan, walaupun begitu aku tetap segan mahu menyambut huluran itu. Tapi aku kuatkan jiwa untuk memegang tangannya, masih terasa kasar walau berlapik.
Aku dan dia jalan berdampingan, perlahan-lahan melintasi setiap kelopak bunga rose itu. Gaya tangan kami seperti pasangan pengantin yang sedang berjalan menuju ke pelamin. Makin kuat detakkan jantung ketika ini, sepatah ayat pun tak terkeluar di mulut. Masih terkesima dengan apa yang aku nampak saat ini, dan fikiran merencana apa yang bakal dibuat selepas ini.
Walaupun dengan langkah perlahan, kami sampai juga di tangga jet itu. Terdapat seorang wanita lengkap beruniform pramugari menunggu kami di depan tangga. Lalu wanita itu menunduk hormat menghadap kami. Aku lihat Haqq hanya angguk sahaja tanda membalas tunduk hormat itu. Woah, sampai begitu sekali.
Aku menjadi pegun seketika, kaki seperti dipaku untuk tetap berdiri tegak. Kata-kata aku mati buat masa sekarang.
"Ready for your trip Mr Haqq and Mrs Hayfa?" Tanya wanita di depan kami itu. Atau patut aku memanggilnya pramugari?
"Hayfa, are you ready to fly high?" Haqq bertanya pula sambil memusingkan badan menghadap aku.
Aku tidak tahu nak membalas apa, sebaliknya aku hanya angguk sahaja. Haqq tersenyum bahagia melihat aku begitu. Janggal betul rasanya, campur baur pula dengan debaran hebat. Dia nak bawa aku ke mana ni?
"Y-yes...I'm ready" teragak agak nak menjawab. Oh tolong lah jangan nervous!
Dengan itu, kami beriringan menaiki anak tangga jet, pintunya sudah siap terbuka untuk menjemput kami masuk. Selangkah kaki memasuki, terpancar terang sinaran lampu jet itu. Ini memang betul jet peribadi, bukan seperti kabin biasa tetapi kerusi nya hanya ada dua dan terdapat satu meja tidak terlalu besar. Ia seperti ruang untuk menjamu selera. Kejap..adakah kami akan makan malam di dalam jet ini?
"Jom kita duduk" Haqq mengajak lagi serta menarik lembut tanganku untuk lebih dalam memenuhi ruang kabin itu. Ruang kabin itu cukup besar untuk memenuhi 20 orang penumpang. Tetapi sayang, ia peribadi dan hanya orang yang memiliki sahaja boleh naik. Dan hari ini, malam ini aku dapat merasa naik. Entah rezeki atau kebetulan?
Sesampai kami di meja, Haqq menarik satu kerusi untuk aku duduk dahulu. Tanpa menyoal, aku menghenyakkan punggung di kerusi itu. Empuk betul rasanya, kerusi itu berwarna hitam dan kusyen nya berwarna merah eksklusif. Garis emas menjalar hingga ke hujung kerusi dengan cantik. Haqq telah pun duduk di tempatnya, kini kami berduaan di meja itu.
YOU ARE READING
Termaktub Dalam Doaku
RomanceManusia itu lemah, tapi selemah-lemahnya manusia itu mereka akan kembali kepada fitrah. Entah doa apa yang aku tadahkan, sampai Allah kurniakan aku seorang lelaki yang serba serbi sempurna. Takdir atau kebetulan? Atau mungkin pinjaman? Atau untuk se...