Waktu ini, saat ini, aku seakan sukar mahu bernafas. Hati terasa berat seperti ada beban yang ditanggung. Hangat pipi yang kini hanya berlumuran air mata. Jantung berdetak seolah sedang berlari.
"Ayah tak memaksa. Tapi kalau Hayfa masih mahu berbakti pada ayah, ayah minta untuk Hayfa tunaikan hajat ayah" kata ayah lembut.
"Hayfa...Hayfa tak tahu" tergagap aku menjawab. Bergetar mulutku.
Dari sisi, aku melihat Haqq berlalu ke tingkap bilik itu. Mungkin membuang pandang ke luar. Tapi jauh dari sudut hati, aku tahu dia pun sedang berfikir. Dia tidak menangis tetapi hanya perasaan sebak yang mengaburi.
Diam.
Hanya kekosongan yang mengisi. Sejak ayah mengatakan hal itu, aku tidak tahu mahu membalas apa. Dan Haqq, dia masih tidak mengalih pandang ke arah kami. Hilang segala senyuman macho nya.
"Ayah beri kamu berdua masa untuk berfikir. Ayah tahu, ni bukan semudah yang disangka. Banyak persediaan yang perlu diambil" suara garau ayah memecahkan kesunyian.
Aku rebahkan kepala di atas riba ayah. Berat terasa seperti mahu pengsan. Aku sudah penat menangis. Masih bingung untuk mencerna segala ayat yang sedang bermain di kepala. Sesekali, mata aku hampir terlelap.
Kondisi badan sangat lemah, namun aku gagahkan juga untuk bangun. Aku ingin bangun untuk pergi ke arah Haqq yang sedang terduduk di tepi jendela yang sedikit terbuka itu. Kaki diatur perlahan ke arah Haqq. Tetapi...
"H...Haqq"
Dan duniaku menjadi gelap.
"Hayfa...sayang bangun"
"Sayang ibu...bangun"
Sayup-sayup aku mendengar suara itu. Tapi dari mana?
"Hayfa, membesar dengan baik ya"
"Cantik anak kita kan abang?"
"Hayfa! Smile baby!"
Suara siapa tu? Suara seorang wanita.
"Ever since I became your wife, you lied everything Ghufran!"
"Itu ke cara you treat I as your wife?! Kalau sekarang pun you boleh tipu I, apatah lagi kalau Hayfa dah besar?"
"Dia gugur Ghufran...! Anak ni dah gugur! Because of you!"
"BEEP! BEEP! BEEP!"
Dada aku berombak, nafas laju, anggota badan seperti dikawal sendiri. Mata masih aku pejam. Terasa lengan dirangkul oleh seseorang.
"Hayfa..! Wake up!" Suara garau itu memanggil.
Mata yang dari tadi terpejam, automatik terbuka mengejut saat suara itu menyapa. Ibarat orang yang baru sedar dari lemas, jantung laju dan sakit di bahagian kiri. Tubuh dengan sendirinya terbangun setelah itu. Mencungap macam baru lepas berlari.
"Hayfa...you awake"
Sayup-sayup mataku ingin melihat empunya suara. Melilau anak mata mencari. Aku dekat mana ni? Terasa tubuhku dibungkus dengan selimut.
"Sa..saya kat mana" aku bertanya.
"Awak dekat atas katil wad sekarang ni" jawab suara seorang lelaki. Ternyata dia Haqq. Aku pandang wajahnya dalam keadaan yang masih lemah, tampak kerisauan dalam air mukanya yang kacak itu.
"Apa...jadi dekat saya" tanyaku lagi. Aku langsung tak ingat apa yang berlaku.
"Awak pengsan, dehydrated" jelas Haqq.
YOU ARE READING
Termaktub Dalam Doaku
RomanceManusia itu lemah, tapi selemah-lemahnya manusia itu mereka akan kembali kepada fitrah. Entah doa apa yang aku tadahkan, sampai Allah kurniakan aku seorang lelaki yang serba serbi sempurna. Takdir atau kebetulan? Atau mungkin pinjaman? Atau untuk se...