Segala soalan yang sedang terbang di minda. Aku perlu tahu juga pengakhiran ayat Haqq tadi. Sebenarnya? Dia siapa? Jadi tak lalu nak menjamah makanan yang sedia terhidang itu.
Aku merenung sahaja makanan di depan aku itu. Siap bersama air kosong. Masih panas dan nampak sedap, tapi entah kenapa tak lalu mahu makan.
"Makan lah. It still hot" kata Haqq
Ternyata dia dari tadi lagi melihat aku hanya tenung makanan itu. Perut memang dah buat konsert tapi dengan otak serabut, susah nak hadam apa yang bakal di makan.
Aku hanya pegang sahaja sudu dan garfu di meja. Terdapat juga pisau untuk memotong. Ingin sahaja melihat ke depan, tapi dapat aku rasakan yang Haqq masih melihat aku.
"Saya..tak lalu nak makan" kataku perlahan.
Aku pandang Haqq sekali, mukanya penuh kekeliruan. Tapi tampak wajah kerisauan. Mungkin dia fikir aku tak sihat agaknya?
Ya Haqq, saya tak sihat sebab kepala pening memikirkan apa jawapan awak tadi. Aku nak tahu juga apa yang dia ingin katakan. Ayah pun tak lekang di bibir dengan nama Haqq, jadi mesti ada something wrong somewhere gitu.
"Awak okay ke? Demam?" Katanya sambil tangannya ingin menghampiri dahiku. Aip! Apa ni nak sentuh anak orang!
Aku alihkan kepala ku sedikit ke tepi. Haqq terhenti dari terus mengarahkan tangannya menuju ke dahi ku. Mungkin terkejut dengan tindakan itu.
Dia pun senyum hambar melihat gelagat spontan aku. Macam mana aku tahu dia senyum? Ya sebab entah kenapa mata aku tak boleh berganjak dari terus tengok dia. Dia ada jampi aku ke?
"Sini nasi goreng tu" tangan Haqq laju mengambil pinggan nasi goreng di tempat ku.
Terkejut akan tindakan itu, aku pun laju tangan tergapai-gapai inginkan makanan aku semula walaupun usaha aku sia-sia.
Mataku laju melihat Haqq memotong kambing itu dengan penuh kemas. Seperti seorang chef lima bintang. Dan di kauk sedikit nasi goreng itu dengan sudu.
"Bismillah dulu" katanya sambil tangannya menyua nasi goreng itu ke mulut ku. Dia ingat aku kudung ke tak boleh suap sendiri?
Tanpa banyak cakap, aku pun hanya menyambut suapan dia dengan perlahan. Bukan apa, dibuatnya nasi tu masih panas tak pasal kebas lidah.
Gigi mula mengunyah sedikit demi sedikit nasi goreng yang sudah di dalam mulut itu. Agak lembut juga daging kambing ni, senang juga nak kunyah. Tak ada lah macam tengah makan chewing gum.
Haqq senyum sahaja melihat aku makan. Tengok orang makan pun nak senyum ke? Pelik sungguh la Encik Haqq ni.
Haqq melakukan benda yang sama. Dia memotong daging itu dan kauk sedikit nasi lalu disuakan kepada aku. Aku hanya akur dengan perbuatan nya, mungkin sebab aku pun tak lalu nak makan. Ada nya Haqq terisi la sedikit perut aku yang macam tengah buat mosh ni.
"Uhuk!" Aku terbatuk kecil sedikit ketika mengunyah.
Haqq terkejut lalu dia terus datang kepada aku dan menepuk sedikit bahagian belakang aku. Terus tangannya laju sua air di depan aku itu. Dengan rakusnya aku menyedut air itu. Lega rasanya tekak.
"Banyak sangat ke saya suap? Saya minta maaf" kata Haqq sambil memandang aku dengan wajah penuh risau. Tersedak sikit aje pun, apa yang dia terkejut sangat ni.
"Ya..saya okay. Terima kasih" jawabku seusai tekak aku lega setelah batuk reda.
"Nak makan lagi? Ada banyak lagi ni" kata Haqq.
"Tak apa, saya dah kenyang. Awak makan aje lah" jawabku sambil menyedut lagi air yang masih sejuk itu.
"Doktor Haqq, lime juice with less sugar dah siap. Enjoy your drink sir" kata pelayan itu.
YOU ARE READING
Termaktub Dalam Doaku
RomanceManusia itu lemah, tapi selemah-lemahnya manusia itu mereka akan kembali kepada fitrah. Entah doa apa yang aku tadahkan, sampai Allah kurniakan aku seorang lelaki yang serba serbi sempurna. Takdir atau kebetulan? Atau mungkin pinjaman? Atau untuk se...